tabung kereta :)

Wednesday, August 19, 2009

Piala Ramadhan

assalamualaikum..

beberapa hari sahaja lagi, tirai Syaaban bakal dilabuhkan. Sayu meninggalkan bulan penuh kenikmatan. namun bahagia bakal menyambut bulan penuh kemuliaan dan keberkatan. Ya Ramadhan.

sebagaimana seorang pejuang persiapkan diri ke medan perang, sebagaimana seorang ibu persiapkan anak untuk hari pertama persekolahan, dan sebagaimana kita persiapkan diri untuk ke dewan peperiksaan, seperti itulah persiapan perlu diperkemas untuk menyambut Ramadhan Mubarak ini.

langkahan ke bulan penuh kemuliaan ini bukanlah satu jejak semata. tapi harus disusun dengan perancangan dan persiapan untuk ke lapangan bulan istimewa ini. perlu persiapan rohani dan jasmani. justeru, wafa'kan setulus kesyukuran ke hadrat Ilahi atas kesempatan yang masih dibuka kepada kita untuk menjenguk lagi ke bulan Ramadhan kali ini.

masih dipanjangkan umur. dimurahkan rezeki. dikurniakan nikmat yang tidak putus-putus. nikmat kesihatan yang walafiat. nikmat akal. islam. iman. dan segalanya yang tiada tolok bandingnya.

bergembiralah untuk kedatangan bulan Ramadhan. Sesungguhnya Rasulullah senantiasa membawa khabar gembira kepada sahabat-sahabat baginda setiap kali datang bulan Ramadhan. pada bulan ini. Allah membuka semua pintu-pintu syurga dan menutup semua pintu neraka jahanam. justeru, berkejarlah untuk merebut Piala Ramadhan.

bertekadlah mengisi detik-detik Ramadhan dengan ketaatan.banyakkan taubat nasuha.

Sambutlah Ramadhan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Kepada Allah, dengan taubatan nasuha. Kepada Rasulullah SAW dengan melanjutkan risalah dakwah baginda dan menjalankan sunnah-sunnah baginda.

Kepada orang tua, isteri dan anak serta karib kerabat.... mempererat hubungan silaturrahim. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka.

jadikan Ramadhan yang hadir kali ini ibarat Ramadhan terakhir buat diri kita. Mungkin tiada lagi Ramadhan seterusnya untuk kita.
rebut Piala Ramadhan! selagi kita masih berpeluang.

InsyaALLAH.
Wallahu'alam.

Monday, August 17, 2009

eXploraCe!

assalamualaikum w.b.t..
selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat baginda, ulamak dan pejuang-pejuang Islam.

Salam kerinduan buat keluarga.
Salam persahabatan buat sahabat-sahabat.
Salam persaudaraan buat semua.

penat. tapi best!
geng KS 1 joint INFOHUNT atau nama ikut bahasa ibundanya Jejak Maklumat. :)
Pertandingan ini dianjurkan oleh Perpustakaan Negeri Pulau Pinang. Bertempat di Times Square Penang.

Pagi tadi...dalam pengiraan kami, rancangan kami untuk join explorace ni hampir terkubur bila mana segala apa yang kami harapkan tidak berjalan seperti yang dimahukan. Kata pihak library, segala pengangkutan dan benda alah lain akan mereka uruskan. tapi tahu-tahu, cakap tak serupa bikin.

segala pengecualian kuliah, pengangkutan dan pengiring kami terpaksa uruskan sendiri. memang. bukanlah perkara besar. tapi, jika dimaklumkan sejam sebelum bertolak, memang perkara rumit. turun naik pejabat juga lah.

pertandingan INFOHUNT ini hanyalah sampingan sahaja, sempena Majlis Pelancaran Kempen Mengibar Jalur Gemilang dan Menghias Premis-Premis Kerajaan. sempena Hari Kemerdekaan. terdapat juga gerai-gerai pameran yang menjadi serbuan kami untuk MENJEJAK MAKLUMAT! yeah!:)


ada 6 sampul bersoalan untuk kami selesaikan. dalam masa hanya 20 minit, kami perlu serbu 6 gerai untuk dapatkan maklumat melalui pembacaan. dan tak semua maklumat tertera di situ. pengetahuan am masing-masing. letih. serius penat. tapi best.

tak larat nak tulis panjang-panjang entry ni.:)
terima kasih untuk kumpulan yang best!

.bab.ieza.scha.wani.


thanks juga untuk kumpulan LNJ dan Pak Yus Raja Lawak for entertaint us.
kamu bertiga memang sempoi! hehe..



p/s : umie bertolak ke China malam ni. sama-sama doa umie selamat sampai dan balik ye.

wassalam.

Wednesday, August 12, 2009

fuhh!!

::PENAT::TAK LARAT::PENING KEPALA::TEGANG::LETIH TUBUH::LESU::LENGUH::SAKIT PINGGANG:: aduhai pameran...

:::mata dah jadi macam mata PANDA. 24 jam ALLAH bagi sehari. 4 jam sahaja untuk tidur. 20 jam lagi???:::

Monday, August 10, 2009

pameran oh pameran

assalamualaikum..
syukur alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk menikmati kehidupan di bumi Allah ini.

dekat kelas hari ini, seorang pensyarah pun tidak menjengah ke kelas kami. semua sibuk dengan kerja masing-masing. termasuk tutor kesayangan kami. jadi, kesempatan digunakan oleh KK (Bab) untuk mengumpul tugasan PNB. Bersengkang mata juga semalam nak siapkan. susah.:)

selepas waktu rehat, En.Zahari arahkan setiap ketua kumpulan pameran untuk ke stor ambil barang. nama lagi ketua, mesti la wakil sahaja. tapi, saya dan Cik E menyibukkan diri tolong Lan. hehe :) barang-barang yang diminta untuk persiapan pameran Program Semarak Perpaduan dan Patriotisme, alhamdulillah 80% dapat dipenuhi oleh peruntukan maktab.

konsep pameran kumpulan saya ialah Kebudayaan: Pakaian Tradisional. lihat pada tajuk macam perkara 'simple' sahaja. tapi hakikatnya, susah juga. pameran bukan sekadar satu pertunjukan bahan-bahan yang ada sahaja. tapi idea-idea untuk mempamerkan bahan-bahan dengan cara yang paling menarik. konsep bagaimana diperlukan untuk menarik minat pengunjung ke tempat pameran. bagi saya, mencabar.:)

kata Encik, Program Semarak Perpaduan dan Patriotisme ini bukanlah calang-calang program. program besar. dihadiri oleh ramai orang kenamaan. justeru, program ini diharapkan dapat berjalan dengan sempurna dan mampu meninggalkan impak yang besar dalam diri setiap individu.

insyaallah. segala usaha akan dikerah untuk menjayakan program dan pameran ini. tetapi, usaha bukan harus diletakkan pada sebesar dan seeksklusif mana sesebuah event itu. kecil atau besar sesebuah program itu, usaha perlu sentiasa pada 'ranking' yang paling atas. insyaallah.

setelah meneliti semula kekangan ketika melakukan persiapan, idea pertama kami terpaksa diubah sedikit sebanyak dan diolah dengan idea baru. walaupun tidak lari jauh dengan idea asal, tapi cukup sarat kepala untuk memikirkannya. tapi semua ahli kumpulan masih lagi mampu tersenyum.:)

bermula dari malam ini dan seterusnya, persiapan bahan-bahan akan dilakukan pada setiap malam. arahan En.Zahari. hari Rabu nanti. complete! insyaALLAH.

terima kasih untuk semua ahli kumpulan. terima kasih untuk Wani dan Cik E kerana bersama-sama design bookmark tadi. terima kasih Ley untuk tenaga yang mengangkat bahan-bahan pameran.:) terima kasih yang tidak terhingga juga kepada En.Zahari yang memberi kepercayaan kepada kami untuk terlibat dalam pameran ini.

p/s : semangat nyanyi 4 buah lagi masa rehearsal kat Kirkby tadi..hehe..:) lepas tension.
(scha.ieza.mimi.bib.wani.bab.ley)

Saturday, August 8, 2009

thanks to timex.

(timex: selaku rakan sekelas, satu biro Penerbitan JPP, satu GERKO, satu jawatankuasa tertinggi kajian lapangan, satu blok asrama, satu kepala, satu angin..apa lagi yang kita sekali Timex?huhu)

terima kasih buat fatimah saidah a.k.a TIMEX kerana bagi kepercayaan penuh pada scha untuk tolong buat kertas kerja kajian lapangan dengan timex sejak dari bulan 6 lagi walau scha hanya vice secretary sahaja. hehe..:)
our efforts near to the goal! alhamdulillah :) thanks untuk Nabil sebagai presiden dan semua jawatankuasa KS 1 & 2 jugak.

usah diukur pada nama

assalamualaikum w.b.t.
subhanallah. alhamdulillah. allahuakbar.

sejujurnya, sudah lama kiranya hati ini memberontak dan meronta meminta diluahkan sesuatu. namun kepada siapa, bagaimana dan dimana. sesungguhnya kewujudan blog yang tidak seberapa ini bukanlah medan untuk saya meluahkan segala ketidakpuasan hati atau sebagai tapak demonstrasi terhadap sesuatu perkara. tetapi cukuplah sekadar satu hamparan ekspresi hati, perasaan, pandangan dan idea untuk sama-sama kita bermuhasabah.

usah diukur pada nama. kata orang, apa ada pada nama? adakah nama hanya satu kombinasi huruf-huruf dan dijadikan satu perkataan lalu memainkan peranan sebagai satu panggilan? entah.

Pengajian Sosial. Sains Sosial. ini juga satu nama. nama opsyen kami. yang menjadi masalah( kepada individu yang menjadikannya satu masalah) bukan pada perkataan PENGAJIAN. yang menjadi isu bukan pada perkataan SAINS. tapi pada SOSIAL!!

Subhanallah. sejak dari semester satu persediaan lagi kami dihujani dengan pelbagai tanggapan dan pandangan negatif. kerana? semata-mata nama kelas. SOSIAL. segala tingkahlaku dan tindak tanduk kami diukur hanya pada nama. adilkah begitu?

bagi saya? TOTALLY NOT! langsung tidak adil. itu penilaian tahap rendah. tahap yang paling tidak boleh diterima pakai. ya! kami akui, sebagai insan biasa yang tidak akan pernah terlepas dari melakukan khilaf dan dosa, kami juga sering melakukan perlakuan-perlakuan yang melanggari batas-batas norma kehidupan. tingkahlaku kami pasti ada sahaja yang tidak kena dimana-mana. pasti ada sahaja yang menjengkelkan. annoying.

mungkin bukan semua. mungkin seorang dua sahaja. tapi benarlah, kerana nila setitik habis susu sebelanga. pastinya setitik biru akan mengalahkan sebelanga putih. kerana nila, susu menjadi mangsa. tapi adilkah jika belanga juga turut terheret ke dalam masalah ini? begitulah diibaratkan.

perkataan sosial bahkan seolah-olah satu fenomena yang memaksa kami dikaitkan dengan pelbagai perkara negatif. dari segi pergaulan. pemakaian. percakapan dan pertuturan. disiplin. adab. keagamaan dan banyak lagi.

'perangai buruk, pelik..entah apa-apa..tapi tak hairanlah..kelas kajian sosial..nama pun sosial, perangai apa lagi...'
zzaassss!!! uish. bagai petir menyambar telinga saya bila mana mendengar ungkapan keramat itu!
tidak keterlaluan jika saya nyatakan disini bahawa itu satu penilaian yang zalim (minta maaf). cukup tidak berpuas hati dengan penilaian itu. saya meneliti perawakan individu itu. nampak alim dan baik-baik sahaja. hmm. mungkin dia tidak berpuas hati terhadap salah seorang dari kami.

ya! benarlah. kalau ya pun tidak berpuas hati terhadap salah seorang dari kami, adilkah kalau segala buruk dan pelik itu diletakkan ke atas kepala dan bahu kami untuk digalas?? wajarkah segala tanggapan negatif itu dihumban keatas semua daripada kami untuk dipikul?

seperti biasa, tepuk dada. tanya iman.
paling sinis, nama kelas kami yang disebut-sebut. KAJIAN SOSIAL. pedih. kecewa. amat ngilu.
pedih dengan penilaian itu. kecewa dengan sikap individu itu. dan ngilu dengan tanggapan serong ke atas nama opsyen kami. ahh!

beberapa persoalan disini. mengapa sebenarnya kami dipandang begitu? (bukan semua yang ada tanggapan begitu terhadap kami. hanya segelintir yang sangat sedikit tapi cukup untuk membuat kami pedih. ya!)
mengapa?

adakah kami dipandang SOSIAL hanya kerana subjek sejarah kami yang menyingkap peristiwa-peristiwa lampau dan penuh bermakna itu?
adakah kami dianggap SOSIAL hanya kerana subjek geografi kami yang mengkaji dan meneliti setiap ciptaan dan anugerah ALLAH swt di muka bumi ini?
adakah kami diberi penilaian SOSIAL hanya kerana subjek ekonomi dan pembinaan negara bangsa kami yang meninjau gelora politik dan pucuk kepimpinan negara?

saya ada jawapannya. mungkin juga anda.
mungkin kerana tingkahlaku. tindak tanduk. perangai. dan etika. mungkin segelintir ya. bukan semua. manusia pelbagai ragam dan perangai. tapi usahlah penilaian itu terlalu cetek. lebarkan sayap pemikiran kita sebelum meletakkan sesuatu tanggapan itu. luaskan skop pemikiran kita untuk memberi satu persepsi terhadap sesuatu.

mungkin sukar untuk mengubah penilaian pertama. tapi hendak seribu daya.

namun!
meskipun kami sering diasak dengan ini semua. tapi kami tidak pernah menyesal untuk berada di opsyen ini. malah, kami berbangga!
FAKTA!
sains sosial merupakan satu bidang pengajian yang paling tinggi dan luas skopnya berbanding bidang lain dalam sistem pendidikan sejak dari dahulu lagi. dan dengan ini, kami berbesar hati untuk menjadi salah seorang daripadanya!

'sometimes we need critics to build a higher pride!'

jangan diukur pada nama. tapi nilailah pada budi dan peribadi.
wallahua'alam.

*p/s: sorry, entry ni banyak tanda seru (!)..bukan marah tapi sekadar tanda. sama juga, Kajian Sosial, bukan sosial tapi sekadar NAMA!!

Thursday, August 6, 2009

sukar.sakit untuk positifkan pemikiran.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana masih dan terus diberi segala nikmat duniawi. semoga nikmat ini tidak melalaikan hidup sebagai khalifah di muka bumi ini.

setuju atau tidak dengan tajuk entry ini? saya pasti. ramai yang mengangguk setuju.:) mengapa? betapa sukarnya untuk mempositifkan fikiran dan minda kita. setiap hari yang kita lalui, 80% tenaga mental kita dimanipulasi untuk melayan karenah emosi berkaitan ketidakpuasan hati kita terhadap orang lain.

setuju? anda perlu mengangguk lagi. kerana ini fakta. fakta ya! bukan mitos.

lazimnya, emosi negatif ini akan mendorong kepada situasi negatif terhadap pandangan kita terhadap seseorang. kurang jelas? begini. andaikan anda telah berumahtangga dan mempunyai seorang suami, tiba-tiba dalam satu kejadian, anda terlihat seorang perempuan, dengan gaya yang mengada-ngada, suara yang mendayu-dayu, dengan penuh menggoda sedang berbicara dengan suami anda itu, dalam suasana yang mencurigakan.

apa yang ada dalam fikiran anda pada masa itu. geram. sakit hati. menyampah. geram. kecewa. terasa hak anda perlu disuarakan. bukan? saya pasti. tidak ramai yang mampu mempositifkan minda mereka pada situasi singkat begini. pasti tersangat jarang individu yang berfikiran begini.

~hmm..mungkin hal kerja. urusan penting. keperluan untuk berbincang. mungkin gaya dia bercakap memang begitu. mungkin nada suaranya azali lagi begitu. manja. mungkin dan mungkin. berapa banyak kemungkinan anda perlu cipta untuk berfikiran positif? sukar bukan? dan sakit pastinya. hmm. tapi, jika individu itu mampu berfikiran begitu. dia berjaya. memang berjaya. berjaya MEMPOSITIFKAN MINDA.

setiap kali fikiran kita ini memikirkan sesuatu terhadap seseorang, baik mahupun buruk, ibarat kita meminta agar benda itu berlaku keatas diri kita sendiri. ibarat berharap supaya benda yang sama didatangkan kepada kita. ibarat doa tak terucap.

hidup ini seimbang.akan sentiasa seimbang. adil. dan akan sentiasa adil. proses vice-versa akan sentiasa berlaku. dalam erti kata lain balasan.hmmm. percayalah. cepat atau lambat, apa yang anda lakukan terhadap orang lain akan turut berlaku ke atas diri anda. baik atau buruk.

jadi, sentiasalah berfikiran positif selagi kita mampu. selagi kita tahu kebenaran dan hakikat itu. berfikiran positif bukan bererti percaya 100%, tetapi lebih kepada memujuk hati supaya tidak terlalu berprasangka terhadap orang lain. ingat! syak wasangka juga perlu ada untuk menilai sejauh mana keyakinan kita terhadap sesuatu perkara.

fikirkan. and lets do it! don't take it easy. but take it calm.
tukarkan fikiran negatif anda kepada positif dalam sesaat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tabung kereta :)

Daisypath Happy Birthday tickers