tabung kereta :)

Wednesday, November 10, 2010

En Geog bin Rafi

11/11/10 - 11.30 pagi

Assalamulaikum WBT~

hmmm....
mengakhiri paper major Geografi Persekitaran dengan senyuman. senyum kerana?? keliru..susah.soalan yang susah.=( apa lah yang saya belajar selama satu sem ni. pengajaran dari pensyarah sudah baik, cara pembelajaran saya yang salah, mungkin =) tidak mengapa lah. bak kata pepatah, yang sudah jangan dikenang...(yo iyo lah tuu....)

Oh En Geog bin Rafi~

melukis carta pai tanpa jangka sudut atau peralatan lain yang boleh digunakan untuk menekap amatlah menyeksakan. mahu sahaja terburai ketawa sorang-sorang bila tengok carta pai sendiri atas kertas...PAI?? dah macam nasi lemak dah 'carta pai' saya...maaf ye En.Salis...=) tidak terlintas pula nak bawa jangka lukis. dan saya yakin, kawan-kawan yang lain pun berkongsi nasib yang sama dengan saya...ahaks!

satu lagi paper terakhir Isnin nanti. paper minor.PJ. agak menyeksakan jiwa apabila berada dalam satu sistem pendidikan yang BERORIENTASIKAN PEPERIKSAAN. tapi itulah hakikat sistem pendidikan kita. anda mahu pendidikan?? anda wajib tempuhi peperiksaan......=)

p/s ::: enjoy jap sementara menunggu paper PJ 3 hari lagi =)

Tuesday, November 9, 2010

sELamat HaRi Lahir PutEri SuLuNg UMI AYAH~

KAKLONG~

SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN KE 24.

semoga bahagia.
dipanjangkan umur.
dimurahkan rezeki.
berjaya dunia akhirat.
jadi solehah.
tercapai segala hajat.
cepat-cepat kahwin.
terima kasih jadi kakak yang baik.
terima kasih atas sikap yang menyenangkan.
terima kasih atas segala teguran da nasihat.
maaf atas segala salah silap.
maaf atas segala ketelanjuran kata.
acik menyayangimu...=)

SELAMAT HARI LAHIR!

warkah buat sahabat~ ALLAHYARHAM AHMAD SYAMIL BIN BASRI

091011 – 5.35 petang (Selasa)

Bismillahirrahmanirrahim… Syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih dikurniakan segala macam nikmat bagi meneruskan hidup dimuka bumiNYA ini.

Warkah ini terhasil tatkala hati dan ingatan yang merindui sahabat yang telah kembali ke rahmatullah hampir sebulan yang lalu. Warkah tanda kerinduan yang tak pernah terhenti.

AHMAD SYAMIL BIN HJ BASRI,

Hampir sebulan Syamil meninggalkan kami. Meninggalkan keluarga tercinta. Meninggalkan dunia yang fana. Meninggalkan segala-galanya untuk menemui yang Maha Pencipta. Selama hampir sebulan ini jugalah senyuman-senyuman kami tidak berseri, tawa kami bagai satu lakonan, bahagia kami tidak bermakna. Tapi hakikat ini harus kami akui…..kenyataan ini perlu kami redhai…..Allah lebih menyayangi dirimu~

Usia persahabatan dua tahun setengah ini akan dikenang hingga hujung usia. Sampai bila-bila. Terlalu banyak kenangan dan memori bermakna terukir dalam persahabatan ini untuk dikenang. Untuk diketepikan jauh sekali.

Sha masih ingat lagi hari kita buka puasa satu kelas dengan tutor dan Pn.Khartijah kat Bangkok Station. Syamil beriya-iya ajak sha naik kereta sekali dengan kawan-kawan yang lain. Padahal masa tu kereta yang Syamil bawak tu dah ada 3 penumpang kat belakang. Sha naik juga kereta tu walapun kami terpaksa berhimpit-himpit dalam kereta tu…sedangkan kereta yang Nabil bawak kosong dan tak ada penumpang…=) sampai Kak QQ tak boleh duduk atas seat…Syamil bawak kami pergi bazaar, round-round dulu sebelum balik…on the way balik, kami (sha, kak nad, ieza, kak qq & haq) nyanyi lagu raya ramai-ramai…sampai Syamil baca Yasin sebab suruh kami berhenti…=) rupa-rupanya itu kali terakhir Sha jadi penumpang Syamil.

Sha masih ingat lagi hari yang kita pergi Perlis…Syamil, Sha, Kak Nad, Ieza, Haq, Kelly dan Bib….Kami yang paksa Syamil sewakan kereta untuk pergi kenduri kakak Timex. Dalam ‘malas’ Syamil pun, Syamil akan buat jugak…=) Syamil cakap kami dah kacau waktu tidur Syamil sebab kena bangun awal-awal pagi….satu hari kita round Perlis. Kita g Padang Besar, g tengok burung unta…Syamil bawak kami balik rumah…mak Syamil pun terkejut sebab bawak penumpang semua perempuan…=) Syamil je yang mudah untuk kami mintak tolong..ajak kemana-mana sekalipun….tak pernah menolak……..tak pernah berkata TAK BOLEH….=)

Sha masih ingat lagi betapa gembiranya hati bila dapat pergi Tambun. Walaupun perancangan asal nak pergi satu kelas, tapi last-last tinggal Bab, Syamil, Kak Nad, Sha, Ieza dan Bib je yang ikut. Kita sewa Avanza. Tersangat –sangat gembira hari tu…Syamil dan Bab paksa2 sha suruh naik terowong gelap tu…sha taknak sebab takut…=) pastu confirm kena ejek dengan syamil. Nakal sungguh. Pastu bila masuk zoo, syamil sengaja elak kambing-kambing suruh kejar Sha ngan Bib….sampai kami lari lintang pukang..=) Tak habis-habis menyakat….tapi itu kenangan yang kami akan ingat sampai bila-bila….

Syamil suka tarik beg budak-budak perempuan kelas kita masa jalan. Dan Sha lah mangsa yang paling familiar sekali..=) sambil2 bawak motor pun sempat lagi tarik beg masa kami jalan nak balik hostel. Suka tarik kerusi masa dalam kelas…baling-baling pemadam tu dah biasa sangat…kalau tak menyakat, bukan Syamil lah namanya…..

Sha ingat lagi masa Majlis Persaraan Puan Khartijah….Syamil, Bab, Nabil, Lan, Sha, Kak Nad dan Ieza duduk semeja masa majlis tu…kami bertiga pun tak tahu kenapa kami duduk semeja dengan kalian..sedangkan banyak lagi tempat kosong kat meja lain…..rupanya itu majlis terakhir kita bersama…

“Sha potong kek selekeh laaa….macam tuan jugak…” sambil Syamil ketawa besar. Sha mencebik. Memang dah lali dengan kutukan-kutukan Syamil…=)

“Yela…yang selekeh tu sha la…tapi kalau sha yang tak potong, sape nak potong….” Sengaja menuturkan ayat kesian…

“Eh…eh…sha kira bertuah la ni diberi pengiktirafan untuk potong 2 biji kek Pn. KB ni….Meh Syamil tolong….selekeh….selekeh….” Syamil ketawa lagi. Hahaha…ketawa la puas-puas Syamil oii..tapi tangannya bergerak membenarkan kata-kata untuk tolong tadi. Kek yang dipotong, Syamil letak dalam pinggan polestrene dan bagi kat budak-budak kelas yang lain…=) malam tu memang sangat terasa keakraban kita…kita bersembang, bergelak ketawa, makan bersama……alangkah indah jika masa itu dapat diputar kembali….ingin sha ulangi kenangan itu berjuta kali sekalipun…..

Sha ingat lagi masa Syamil, Kak Nad, Sha n Ieza keluar untuk beli barang-barang sumbangan untuk BIG hari tu, Syamil belanja kami bertiga makan pizza. Memang itulah sikap Syamil yang jarang ada pada orang lain. Generous dan tak pernah berkira. Sha ingat lagi masa on the way balik dari BIG, kita turun untuk ambik gambar kat signboard dan signboard tu jatuh, sampai tutor marah-marah kita…=)

Sha ingat lagi pagi Sabtu kita buat latihan untuk amali pergerakan asas…hari tu Syamil paling nakal dengan Sha…tapi Atin n Mira cakap Syamil paling tak nakal minggu tu…=) pagi tu, memang sungguh-sungguh Sha kena sakat dengan Syamil….Syamil kejar Sha dengan bola gimrama yang besar tu…baling bola la…baling pundi kacang la..baling gelung rotan la…macam-macam lagi Syamil buat..bukan kat Sha je, Kak Nad ngan Kak QQ pun kena sama….Syamil cakap Sha lembik, tak reti nak buat pergerakan…Sha ingat lagi hari tu jugak…Syamil offer nak ajar cara nak tanduk bola…Syamil cakap tak best la kalau main bola sepak tapi tak tahu nak tanduk bola…Sha angguk je…Syamil ajar dan ajar…..tapi sha tak reti-reti jugak…=) Sampai Syamil cakap, lain kali plak…..tapi……`lain kali’ tu takkan pernah wujud dah….sebab itu yang terakhir kalinya………=(

Sha ingat lagi plan kita berempat nak pergi Langkawi dan beberapa tempat lain lagi awal tahun depan…tapi kita hanya merancang Mil…..insyaALLAH kami akan pergi meskipun tanpa Syamil…hobi dan kesukaan kita untuk travel dan jalan-jalan yang kita berempat kongsi ni akan kami teruskan jugak. Sha, Ieza dan Kak Nad dah banyak plan nak g jalan-jalan..=) setiap kali kami plan apa-apa, mesti nama Syamil yang akan kami sebut….

MIL…..saat mendengar perkhabaran pemergianmu, keceriaan bagai diragut serta-merta. Dunia ibarat gelap dan berputar. Separuh jiwa Sha bagai telah hilang juga bersama pemergian rohmu…perkhabaran itu ibarat mimpi ngeri yang Sha cepat-cepat mahu tersedar dari mimpi itu. Perkhabaran itu umpama penipuan terbesar yang pernah Sha dengar. Hanya air mata dan tangisan yang mampu menggambarkan betapa menderitanya hati seorang sahabat yang kehilangan sahabat yang terlalu baik. Namun, sehingga kering air mata sekalipun, roh dan jasadmu tidak mungkin akan bersatu kembali….Sungguh. Ibarat mimpi pemergian ini.

Saat Syamil dikapankan, Sha masih tidak mempercayai hakikat bahawa Syamil tiada lagi di dunia ini…sehingga jasad Syamil diturunkan ke liang lahad dan nama Syamil di baca dalam Talqin, saat itu barulah Sha dan rakan-rakan yang lain mampu untuk menerima hakikat dan kenyataan bahawa Syamil telah pergi….menemui Yang Esa…sesakit manapun jiwa ini…seberat manapun hati ini…tetap kami harus relakan jua pemergian Syamil buat selama-lamanya….. kalau tempoh hari Syamil bawa kami ke rumah, tapi kali ini, kami yang menghantar Syamil ke tempat persemadian sementara menunggu dibangkitkan semula…..

TERLALU CEPAT. Terlalu singkat masa kita bersahabat. Masih banyak lagi janji dan harapan kita seluarga KS1 ingin capai bersama. Masih terlalu banyak ungkapan-ungkapan yang tidak terluah antara kita sekeluarga. Kini, setiap hari pasti ada cerita-cerita tentang Syamil yang terkeluar dari mulut kami. Sayu melihat tempat Syamil yang kosong dalam kelas. Sunyi kelas tanpa gurauan dan usikan Syamil. Sepi suasana kelas tanpa lawak-lawak Syamil. Kehilanganmu teramat dirasai…….

KENANGAN. Terlalu banyak kenangan yang tak mungkin Sha lupa selagi ALLAH memberi nikmat ingatan ini. Terlalu banyak memori dengan Syamil yang terpahat kukuh dalam ingatan Sha dan rakan-rakan yang lain. Kenangan yang terlalu bermakna.

SYAMIL….

Kami telah meredhai pemergianmu. Bersemadilah dengan aman dan tenang di sana. Kami juga akan ke sana…cuma waktunya sahaja yang berbeza..mungkin esok…lusa…entah bilaa….nantikan kami. .Semoga kita akan terus bersahabat dan bersahabat di akhirat sana..semoga segala salah dan khilaf Sha pada Syamil diampun dan dimaafkan..tiada siapa yang dapat menggantikan Syamil di hati kami…Syamil telah pergi meninggalkan kami dan orang-orang yang disayangi, tapi Syamil akan terus hidup dalam jiwa-jiwa kami…semoga Syamil ditempatkan bersama para solehin..AMEEN….

Satu ungkapan yang tidak sempat untuk kami ungkapkan…bahawa……

KAMI TERLALU MENYAYANGIMU……….

……….Al-fatihah………

Sahabatku,

Hati manusia hanya mencintai sekejap…..kaki hanya bisa melangkah sejauh lelah….

Tetapi sebuah persahabatan adalah keabadian yang sangat bernilai buatku…..

Ketahuilah…salah satu hadiah terindah yang pernah ku dapat adalah mengenalmu dan bersahabat denganmu…



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tabung kereta :)

Daisypath Happy Birthday tickers