tabung kereta :)

Saturday, January 9, 2010

aku

assalamualaikum..salam penuh kesyukuran dipanjatkan buat Ilahi. salam penghuni syurga. selawat dan salam buat junjungan besar, Rasulullah.

2010 menjengah hampir 10 hari. bukan bilangan tahun menjadi penanda. bukan kiraan hari menjadi ukuran. tapi sejauh mana amal ibadat kita selama umur kita di bumi pinjaman Yang Esa ini.

termangu-mangu mencari hikmah di balik itu.
pasti. hikmahnya ada. tapi apa?
gentar rasanya diri menongkah susur hidup ini.
terutama sebagai 'muslimah'.
wanita akhir zaman.

hampir 20 tahun diberi nafas percuma. tak berbayar.
namun sebanyak mana amal yang digarap dalam hidup.
sejauh mana jalan mujahidah ini diturut.
sedalam mana cinta ini dicurah untuk Maha Pencipta.

andai diriku ini punya orbit.
pasti lingkaran itu penuh dosa dan noda.
andai sekelilingku ini miliki laut.
pasti terapung-apung wajah maksiat.
hina.

ku wanita akhir zaman.
mahu tegar pertahan maruah dan kesucian diri.
mahu teguh di landasan keimanan.
mahu tempur badai nafsu.

kulimpahkan doa pada Yang Maha Pemakbul.
moga palingkan aku dari cinta manusia.
moga bencikan aku dari noda maksiat.
moga lindungi aku dari hasutan syaitan yang direjam.

terkadang aku tetap rebah.
aku tetap hanyut dalam pelukan nafsu.
aku tetap terjunam dalam gaung penuh liku.
aku tetap lemah pertahan pendirian hati.

sungguh.
jalan mujahidah ini panjang dan terlalu panjang.
sukar dan terlalu payah.
kiri kanan punya mehnah.
depan dan belakang punya fitnah.
tetap perlu ditempuh jua biar tanpa pedang. tak bersenjata.

berat benar hati untuk istiqamah.
perit benar amal untuk dijamah.
banyak benar nilai luntur dan punah.
harapan terus dibiar dan musnah.

aku mahu terus melangkah. tanpa berpaling lagi.
sedar. Allah akan menguji setiap kata-kata ini.
moga ditetapkan hati dalam perjuangan.
tidak lagi rebah di separuh jalan.

kumohon. bawa daku dalam dakapan kasih sayangMu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tabung kereta :)

Daisypath Happy Birthday tickers