tabung kereta :)

Sunday, December 4, 2011

cemburu



Assalamualaikum :)



"Seorang wanita sanggup menyembunyikan rasa cintanya bertahun-tahun, tetapi seorang wanita tidak mampu menyembunyikan rasa cemburunya walau sesaat.."


Friday, December 2, 2011

pasti punya hikmah :)

Assalamualaikum :)


sudah hari ketiga melangkah ke bulan terakhir, Disember. sekejap sahaja masa berlalu. rasa macam baru sahaja melangkah ke tingkatan satu di Scipp. baru sahaja berjauhan dengan keluarga untuk meneguk selautan ilmu. terasa baru sahaja belajar untuk selesaikan masalah sendiri. tapi, sedar tak sedar sudah mahu meninggalkan angka 21 :')


kadang-kadang bukan semua yang hadir dalam hidup kita akan datang buat kali kedua. tidak semua benda yang membahagiakan akan menjenguk kita sentiasa. kita selalu rasa 'tidak cukup' untuk segelintir perkara yang kita ada. kadang kala mencampaknya umpama tak berharga. meskipun ia 'nyawa' kita tanpa kita duga :')


sekarang umi kerap berpesan tentang perasaan, hati, cinta dan alam rumahtangga. mahu mengingatkan sebelum tiba masa. juga mahu anak-anaknya lebih bersedia sebelum waktunya tiba. moga tidak berlaku yang bukan-bukan dan tidak diingini katanya. dan begitulah harapan seorang bonda. tambahan yang punya lebih ramai puteri dari putera.


umi pesan kita sepatutnya menyayangi orang yang sayangkan kita. yang pastinya akan menghargai kita. bukan kita yang terhegeh-hegeh mencanang cinta buta. yang mengharapkan tangan tidak bertepuk sebelah sahaja. memang tidak mudah jika sekadar mengatur bicara atau memasang keinginan semata, perlu diiring restu dan doa, dan yang paling penting adalah beroleh redha Nya :')


kadang-kadang hati manusia ini goyah bila diuji. merasakan seolah-olah dunia ini tidak adil dan berhenti. menyalahkan sesiapa sahaja yang bisa membuatkan hati dipalit benci. tidak sedar pula akan kelemahan diri, yang sentiasa lalai dengan dunia yang tidak pernah abadi. bukan niat mahu menghina dan mencaci. kerna diri ini juga sentiasa melakukan dosa meskipun sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri :(


segelintir lelaki salah jika mereka beranggapan harta menggunung mampu menarik perhatian segelintir wanita. bukan kereta mewah yang gah dipandu menjadi ukuran sebuah kebahagiaan. bukan wang berjuta menjadi jaminan kesetiaan. bukan kata-kata hebat menceritakan tentang kejayaan diri yang menjadi taruhan sebuah kejujuran. dan bukan kemewahan dunia yang mampu mengukir sebuah keikhlasan.


wanita yang ikhlas hanya mahukan sebuah pengertian dan ketulusan. yang mahu diri dihargai seadanya tanpa sebab dan alasan. yang mahu janji setia tanpa pengkhianatan. yang mengharapkan teman ketawa, duka dan kesepian. yang mendambakan kejujuran dan ketaqwaan seorang insan. untuk membimbing dirinya menjadi wanita solehah dan memimpin ke arah syurga idaman :')



berubah kerana Allah :')



segala apa yang singgah dalam hidup kita pasti ada sebab dan hikmah. Allah tidak akan menjadikan sesuatu tanpa sebab. yang pasti Allah tahu yang terbaik buat kita. Allah merahsiakan jodoh kita adalah untuk kita 'mencari' redhaNya yang utama, sepanjang perjalanan mencari cinta seorang teman. Wallahu'alam.


Wassalam :)

bahagia

Assalamualaikum :)



semalam melalui hari bahagia, sangat bahagia. sudah lama tidak menjengah dapur dan memasak bersama umi dan adik beradik yang lain :) sudah lama tidak menjamah masakan air tangan bonda tercinta.


^_____^

Tuesday, November 29, 2011

kepada para lelaki yang ingin menikah. . . .

Assalamualaikum w.b.t

sumber : syahirul.com


kepada para lelaki yang ingin menikah, dinasihatkan buatlah perkara berikut selepas sahaja selesai akad nikah.

1. solat dua rakaat dan sujud syukur.
2. Datangi isteri, bagi salam padanya, pegang ubun-ubun kepalanya dengan tangan kanan dan berdoa "Ya Allah, aku mohon kebaikan dari wanita yang menjadi isteriku".


Moga hubungan kalian akan sentiasa diberkati Allah :)


p/s : Jangan pula menambahkan sesuatu yang dilarang dalam majlis kahwin seperti cium di khalayak ramai, renjis-renjis, bersanding di hadapan orang ramai dan lain-lain..supaya perkahwinan diberkati Allah. Bagi mereka yang menikah di masjid, pastikan saudara mara perempuan yang datang bulan dan tidak menutup aurat tidak memasuki masjid. Elakkan bercampur lelaki dan perempuan. Tidak perlu juga membawa hantaran ke dalam masjid dan hanya perlu membawa mas kahwin sahaja. Pengantin jangan berpelukan dan bergambar dengan aksi-aksi yang tidak sopan dalam masjid.


Insyaallah diberkati. ameen! :)




perkahwinan itu janji setia dua hati untuk bercinta dalam landas keredhaan Allah. hingga sampai syurga ^__^



Wassalam~

Monday, November 28, 2011

Hijrah

Assalamualaikum w.b.t.


rata-rata di muka buku terbaca tentang hijrah, penghijrahan, azam dan tekad baru teman-teman sempena melangkah ke tahun baru. mahu melangkah ke fasa yang lebih maju. juga mahu menutup lembaran buku dahulu. memang bukan senang, tapi azam itu perlu :)


sewaktu di alam persekolahan, setiap kali tahun baru pasti ada satu azam ini tersenarai dalam kepala. iaitu melangkah ke menara gading dan berjaya. kini, kaki sudah menjejaki menara gading, satu demi satu azam lain bertandang pula. bukan semua wajib dipenuhi tapi apa salahnya mencuba.


dulu sewaktu masih memegang gelaran kanak-kanak manja, sangat teringin untuk menjadi gadis matang dan dewasa. yang bebas membuat keputusan sebagai orang muda. namun terlupa akan tanggungjawab yang semakin bertambah seiring usia. bila fikirkan tanggungjawab dan amanah sebagai dewasa, mahu sahaja memanggil doraemon untuk memutarkan masa. kembali ke alam kanak-kanak yang bebas dari memikirkan masalah dunia. hanya tahu menangis bila bergaduh dengan rakan sebaya, dan hari-hari pula dipenuhi tawa, gurau dan senda. oh bahagia :D


terlalu banyak azam yang dipacak dalam diri.


azam. lebih menghargai insan di sekeliling. selalu sahaja mendengar pepatah 'kita hanya akan menghargai orang yang disayangi, apabila mereka sudah tiada'. kadang-kadang, sikap kita terlalu keras untuk dihidangkan kepada orang yang disayangi. kita sering terlupa untuk berbakti dan menghargai orang dicintai ketika mereka masih bernyawa di depan mata kita. kita terlalu leka mementingkan diri sendiri daripada menjaga hati dan perasaan mereka sewajarnya. harus muhasabah, hidup kita bukan menongkat langit :(


jika bercakap tentang azam dan tekad baru, beribu batu perjalanan belum tentu habis diberitahu. bukan kuantiti azam yang perlu, tetapi kualiti azam yang ditunaikan satu persatu. bukan sejauh mana kita mengira bilangan azam yang ditanam, tetapi sekuat mana kita untuk menegakkan azam daripada terbenam.


senja tadi umi sempat berpesan. apapun yang kita lakukan perlu ada wawasan. perlu punya tujuan. tindak tanduk tanpa tujuan umpama melepaskan tembakan tanpa sasaran. peluru entah ke mana, yang ditembak hilang merata. kata-kata yang akan sentiasa terpahat di jiwa. sebagai ingatan sampai hari tua :)


Hijrah memerlukan banyak pengorbanan.
jom Hijrah! :)

wassalam~

Saturday, November 26, 2011

lelaki, perempun dan dapur

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk menikmati hidup di tahun baru. Salam Maal Hijrah :)


sudah dua minggu lebih menghabiskan cuti di rumah. kesibukan di rumah berbeza dengan kesibukan di maktab. lebih bahagia menjemur baju di ampaian berbanding mengadap laptop menyiapkan tugasan. lebih seronok mengemas rumah dan memasak berbanding membaca buku-buku penuh berisi fakta untuk diserap ke otak. di maktab, segala masalah yang ada sangat menyerabutkan walaupun hal remeh-temeh. tapi di rumah, sebesar-besar masalah pun dirasakan seperti remeh sahaja. jadi, haruslah menghargai masa-masa cuti yang berbaki :)


musim-musim hujan begini, pantang cahaya matahari muncul, diri ini mula berkejar-kejar setiap pagi meng'operasi'kan mesin basuh. kata umi, tidak mahu 'membazir' cahaya matahari :) sebelah malam pula suka saya menonton program Masterchef Malaysia di saluran Astro Ria. selain dapat mempelajari tersangat banyak banyak banyak banyak tips memasak dan mengilhamkan resepi baru, saya sangat teruja dan kagum dengan chef-chef selaku peserta program yang masih muda, dan terutamanya LELAKI. tidak dapat disangkal kebanyakan chef-chef tersohor di negara kita mahupun di negara luar adalah dalam kalangan lelaki.


sungguh. saya berasa kagum jika seorang lelaki itu pandai memasak dan cekap di dapur. tambahan pula di usia muda, bahkan ada yang belasan tahun. mencipta resepi sendiri, memasak dalam jangka masa terhad tapi mereka mampu! memang tabik!


tidak dinafikan, kata orang tua-tua, dapur adalah tempat orang perempuan. dan sebagai seorang isteri dan ibu, memasak adalah tugas rutin. itu wajib! orang perempuan mesti belajar memasak. harus tahu selera seisi keluarga. itu penting. tapi, tapi, tapi



"kelihatan kacak pula lelaki yang pandai memasak"
hihi ^_______^



wasalam~

Wednesday, November 16, 2011

kalau tidak suka tak mengapa

Assalamualaikum.

hakikat hidup di dunia sementara. bukan semua orang kita suka. tidak kurang bukan semua sikap kita orang boleh terima. pasti ada cela bahkan mungkin hina. kerna manusia tiada yang sempurna. walau apapun alasan kita, tidak semua hati ikhlas membela.

ada yang tegas membicarakan cemburu itu buta. perasaan penuh syak dan curiga. hingga hilang waras akal dan jiwa terbuka. tidak mampu untuk membezakan antara persahabatan atau apa sahaja. tapi bagi saya cemburu wanita itu juga berpada. menunjukkan tanda jiwa yang dambakan setia. mungkin juga hati yang penuh cinta.

tapi mungkin cara meluahkan cemburu itu salah. sehingga diri dituduh tidak rasional dan goyah. bahkan hati bagai dibuang dan dilapah. jiwa umpama kosong dan gundah. bahkan diri seakan lemah dan rebah. itu permainan perasaan yang penuh luluh tapi dirasakan gah. Oh, sudahlah, harus berubah!

dalam cemburu itu ada sayang. bukan mahu biar hubungan itu melayang. dalam cemburu itu tidak pernah terkandung dendam. kerna semua tahu dendam itu bukan anjuran Islam. cemburu itu punya kasih. tanda jiwa itu masih cakna tak pernah disisih. bukan mengharapkan ucapan terima kasih. dengan harapan diri dan hati ini dijaga penuh gigih.

tidak diduga lilin menjadi bara. dilema menjadi batu prasangka. maaf andai tafsiran kita berbeza. kerna ia lahir dari dua jiwa. namun usah gusar membekas lara. itu sudah lumrah perjalanan hamba di dunia. yang pasti kita sentiasa didatangi ujian dan pancaroba. tabahlah menongkah arus yang tidak pernah diduga. jua yakin Allah sentiasa ada :')

Friday, September 9, 2011

and I'm glad.



Assalamualaikum!
and a very very good day :)





Friends oh! friends!
Having friends, finding new friends and friendly relationship is one of the compulsory things in every single life. Really, in the teen years, friendship is like the whole of the ball game :)


A best friend shares the good times and help you out by listening during the bad times. A friend is someone who knows the song in you heart and can sing it back to you when you have forgotten the words. A friend is someone you can simply forgive him/her when she/he doing wrong.

People say, the medicine of life is to have true faithful friends. Really, false friends are like leaves that you can found everywhere. but true friends are like diamonds, precious and rare.



A friend is a gift one give oneself.
and I'm glad i have them :)




p/s :: Please my Action Research task, stay away from me for awhile. YOU really annoying me and spoil my day :(


Assalamualaikum.

just to stay strong

Assalamualaikum


Dulu saya ceria dalam hari. kini saya penanggung sepi.
Dulu saya gigih menanti suka. kini saya lelah mengaut duka.
Dulu saya petik senyum indah. kini hanya bayangan dan berhati gundah.
Dulu saya ukir sinar dan harapan. kini hanya menanti tanpa jawapan.



Tapi saya tahu, saya harus tabah. kerna 'hujan itu akan berhenti sebelum bah'.
saya harus kuat. kerna saya yakin tiada sakit tanpa ubat.
saya harus tahu, Allah akan bagi apa yang kita mahu.
dan saya harus sedar, duka ini akan beredar.



Hidup ini terlalu singkat untuk mengenang perkara yang sia-sia.


Allah. give me strength. Just to Stay Strong :')

Tuesday, September 6, 2011

jauh di mata, dekat dalam doa

Assalamualaikum :)



walaupun kamu sudah bagi banyak senyuman kepada orang lain,
tapi senyuman kamu takkan pernah luak kan?
janji?


berjasa pada senyuman. senyuman itu pendamping terbaik :)


Penat jadi alasan akrab.

Assalamualaikum w.b.t.
Dalam sibuk-sibuk dengan timbunan assignment dan kerja-kerja amali, my fingers badly need to write something here :)

Hati tiba-tiba rindu dengan sahabat-sahabat dan kerja-kerja JPP. Majlis terakhir anjuran JPP sebelum pulang ber'PBS tempoh hari adalah Majlis Jalinan Sekampus: Berbuka Puasa. Sungguh, rindu benar mahu menggembleng tenaga memerah keringat dengan kerja-kerja JPP.

Masih saya ingat ketika mula-mula melangkah ke IPG KTB.

Minggu Orientasi/Minggu Pengurusan Pelajar Baharu.
kami diuruskan oleh barisan JPP 2008/2009. Masa itu agak 'blur2' dengan jawatan-jawatan yang disandang kakak-kakak dan abang-abang senior. Tidak pernah terlintas untuk menyandang salah satu jawatan itu sekarang.

Kali pertama termasuk dalam salah seorang AJK JPP tahun 2009. Secara tidak sengaja. terpilih untuk menjadi Bendahari Biro Penerbitan. seronok sebenarnya bekerja dalam JPP as long as kita tahu memberi komitmen dan pandai bahagi masa.

Dan tahun ini. sedar tidak sedar hampir 5 bulan menyandang jawatan salah seorang Exco JPP. tidak mahu percaya, harus percaya jugalah. sudah bermacam-macam program kami anjurkan. sudah bermacam-macam kerja kami buat. sudah berbagai-bagai pendapat diutarakan dan ditolak. dan sudah beratus-ratus ragam juga yang kami jumpa.




meski kita berbeza, tapi kita serupa. kan? ke tak? :)


berselisih faham, bertengkar, bermasam muka, mengusik, tak sependapat. bermacam-macam kami 25 orang ni lalui. PENAT. tapi sangat lumayan bayarannya. hasil yang dibayar dengan sebuah pengalaman dan persahabatan yang tidak dapat dijual beli. persahabatan yang disulami perselisihan pendapat inilah yang mendapat tempat di hati. keakraban yang bertatahkan senda dan rajuk inilah yang mengungguli keindahan bersahabat.

keseronakan di'plus pula YDP Ustaz Khairul Anam yang cool dan tenang je. tambah pula best friend juga salah seorang exco. Haruslah excited! Kalau sebelum ini meeting apa-apa sibuk mencari dan mereka-reka alasan untuk excused, tapi meeting JPP sentiasa ditunggu-tunggu. Hiperbola? realiti ni. no doubt. sila percaya. meeting JPP kami sempoi dan 3 jam kejap je rasa. :)




geng riuh rendah JPP. kamu semua penceria suasana.
"penceria"? wujud ke this word? abaikan.


Umpama adik beradik. mungkin itu ungkapan yang sesuai untuk kami dalam JPP. jawatan dan kerja-kerja yang tidak pernah terjangkau dalam hati dibayar dengan sebuah keseronokan berukhwah. komitmen dan masa yang dicurahkan umpama dibayar dengan emas permata. Sungguh, saya akan merindui masa dan saat ini. Saat bergelar seorang Exco JPP :')


Bukan senang tahu hendak mempertaruhkan poster-poster dan kempen bermanifestokan 'Ayuh Telusuri Transformasi' untuk diundi. Bila sudah menang dan diberi kepercayaan, haruslah dihargai, bukan? :) *sengih sampai telinga*. dan saya tidak pernah menyesal memilih untuk terlibat menjadi salah seorang exco JPP. Bersyukur ada. kerana diberi peluang dan kepercayaan yang besar untuk menerajui kepimpinan guru pelatih di maktab ini :)



hah! bangga kejap. haruslah kan? :)
dan kepenatan bekerja inilah yang menjadi 'alasan' kami rapat dan akrab.
bagai adik beradik!



Insyaallah. kerja kerana Allah. ^_______^ *sengih lagi*

Sunday, September 4, 2011

Kamulah Hujan, dan Kamu Jua Pelanginya.


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Syawal :)


Kehidupan ini sentiasa dihujani ujian dan dugaan. Saat kita lemah, pasti sangat memerlukan seseorang yang sentiasa menenangkan jiwa dan sanubari selain berdoa dan merintih kepada Allah S.W.T.

Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup saya dan membahagiakan hari-hari yang dilalui. Terima kasih kerana sanggup mempertaruhkan kesabaran untuk segala macam karenah saya. Kamu meleraikan dengan hemah saat amarah saya yang tidak mengenal tuan memuncak. Kamu merungkai penuh tabah saat emosi saya menjulang megah ke langit.



you step in. please never step out


Kata-kata kamu amat mendamaikan saat hati berkocak gundah diuji duri duniawi. Segala nasihat dan teguran kamu utuh menjadi benteng laluan perjalanan saya. Senyuman kamu menjadi penawar segala duka dan perih yang dihimpit hina.

Terima kasih kerana sudi hadir dalam hari-hari saya. Saya berterima kasih kepada pengalaman kerana pengalaman inilah banyak memberi saya keindahan dalam sebuah ukhwah yang amat disayangi. Yang mampu hanya doa kepada Ya Rabb semoga ‘kamu’ yang hadir ini sentiasa hadir walau di mana sahaja saya berada :)


pull the ring into the glass. as you pull me to the right path


Jangan pernah berhenti bersabar untuk membimbing dan menasihati saya. Saya amat perlukannya :’)

Jangan juga melangkah pergi dari lingkungan hidup saya walau sekejap, sebab : Kamulah Hujan, dan Kamu Jua Pelanginya :)


you give me smile and tears :')




Keindahan bunga pada mekarnya.

Keindahan kata pada puitisnya.

Keindahan langit pada pelanginya.

Keindahan manusia pada hatinya.

dan keindahan hidup ini pada redhaNya.


Wassalam :)

Tuesday, August 16, 2011

dan bukankah selepas keperitan itu terhampar sebuah kebahagiaan?



Assalamualaikum w.b.t

Salam Ramadhan. Salam Nuzulul Quran. Salam selautan kesyukuran kerana masih dicurah-curahkan segala macam nikmat oleh Allah Taala. Sudah 17 hari menjengah ke bulan ramadhan penuh barakah. Sudah masuk fasa kedua. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan melalui hari-hari indah di penghulu segala bulan ini.

Kesibukan semester ini bagiku sebuah kebahagiaan. Sebuah pengalaman yang tidak dapat dikutip di mana-mana. Diri sendiri yang memilih jalan ini, dan diri sendiri juga perlu akur dengan segala macam tekanan yang melelahkan, ujian yang menjatuhkan dan dugaan yang melemahkan. Tapi harus ingat,





"Kita jatuh, dan InsyaALLAH bangun kita itu lebih kuat"




Berbalik kepada tajuk entry. "dan bukankah selepas keperitan itu terhampar sebuah kebahagiaan?". Siapa yang tidak pernah jatuh tanpa terluka? Siapa yang tidak pernah jatuh tanpa sakit dan pedih? mustahil ada. 'jatuh' yang kita lalui itu pasti diiringi suatu kekecewaan yang akan memberi kesan kepada hidup dan orang di sekeliling kita. tapi siapa yang mahu jatuh bila sedar bahawa susahnya mahu bangun selepas terjatuh. betapa susahnya membina kembali tembok-tembok kekuatan untuk melangkah meneruskan hidup.


Tapi, ingatlah yang ALLAH sentiasa ada bersama. Di saat Dia memberi ujian kepada hambaNYA yang mampu, harus ingat bahawa itu cara Dia mahu berkasih-kasihan dengan kita. Mahu kita menangis di depanNya. mahu kita yang semakin menjauh ini makin dekat padaNya. Segalanya dirancang dan ditentukan olehNya. Dari Dia hanya yang terbaik. Jangan pernah mengeluh. hikmah itu pasti ada.


Suatu masa dahulu, diri ini pernah terjatuh. Terjatuh dan luka-luka. pedih dan perit. Lama juga mengambil masa untuk pulih. I mean, pulih sepenuhnya macam sekarang! hehe.. Sekarang sudah boleh tersenyum dengan apa yang ada. Janji Allah itu pasti. saya sudah nampak hikmahnya sekarang. Allah mahu memberikan yang terbaik dalam hidup saya. Saya berdoa semoga apa yang saya ada sekarang akan tetap ada sampai bila-bila. Semoga kebahagiaan ini kekal mesti kadangkala pasti dan pasti akan diuji. semoga sentiasa ada, sampai ke Syurga nanti ^___^ ameen.





dan bukankah selepas hujan itu pasti ada pelangi yang indah?


assalamualaikum =)




Saturday, June 4, 2011

Ku Damba RedhaMu

Assalamualaikum


Bagaikan hausnya bumi gersang
Yang kering lantaran tidak disirami hujan
Begitu sepinya dan rindu hatiku
Bila cinta Mu tidak bersemi

Berjalan aku bagai kesesatan
Di tanah Tuhan diriku ditinggalkan
Tiada tempat untuk kumengadukan
Resah hidupku ditimpa sesalan

Aku dambakan
Dambakan cinta
Cinta sejati yang kekal selamanya
Biarpun pahit perjalanan meraihnya
Demi redha Mu kuharungi jua

Aku bersaksi bahawa Kau sesungguhnya
Tuhan yang Agung Pencipta segalanya
Tempat ku bermohon dan berlindung
Dari kehinaan dan kemusnahan

Kerana cinta lahir dari sanubari
Biarpun perit menuju cintaMu
Namun sedikitpun tidak menggoyah tekadku
Biar diracun dunia

Ya Allah tidak kusedari
Selama ini cinta Mu tak pernah menyepi
Rahmat kasih sayang Mu yang tiada bertepi
Setiap hambaMu tetap Kau sayangi

Biarpun banyak dosa yang menghimpit diri ini
Janji pada hambaMu tak pernah Kau mungkiri
Maafkanlah
Redhailah.....


Wednesday, June 1, 2011

bukan segalanya boleh dilafazkan

Assalamualaikum.
subhanallah. alhamdulillah. allahuakbar.

pernah dengan istilah 'hidup ini seimbang dan vise versa'? atau 'you deserved what you did'? ^________^. dan pernah lalui situasi ini? tipulah kalau jawapannya *geleng*. maksudnya hidup ini sentiasa adil. kita akan dapat balik apa yang kita pernah buat. kalau perkataan kasarnya, balasan. contohnya, kamu pernah cuba untuk menjatuhkan seseorang kerana cemburu mungkin. dan pada suatu masa, kamu sendiri yang dijatuhkan, atau kamu sendiri yang terkena tempias akibat tindakan sendiri.

bukan ini yang nak diluahkan dalam entry ni sebenarnya. tapi perihal sesuatu perkara yang bukan segalanya boleh dilafazkan. bukan semua benda yang kita nak ia terjadi akan terjadi. dan bukan semua perkara yang kita nak luah tetapi sungguh payah untuk dituturkan.

baru-baru ini saya membuat satu keputusan. keputusan yang amat penting yang telah merubah segala keadaan yang sebelumnya baik dan indah. andai saya tahu keputusan itu bakal merubah semua, mungkin keputusan itu tidak akan wujud sekalipun. kadang-kadang, keputusan kita ibarat lalang, yang bisa sahaja bergoyang-goyang tatkala ditiup angin. kadang-kadang, keputusan kita ibarat air yang boleh pasang dan surut. mengapa ya?

mungkin. kerana keputusan itu terlalu terburu-buru. mungkin. kerana apa yang diputuskan itu adalah cara terbaik untuk semua. biarlah orang terus tertanya-tanya mengapa keputusan itu dibuat. biar di satu pihak di sini juga turut mendapat keputusan yang sama seperti pihak di sana terima. biar kedua-duanya adil. mungkin itu yang terbaik.

jauh di lubuk hati, diri ini mahukan sebuah keadaan yang sama seperti sebelum keputusan ini wujud. sungguh, hati ini benar-benar merindui persahabatan yang akrab, yang tiada batasan perasaan yang terpendam. yang boleh berjenaka dan berkongsi masalah. yang selesa bercerita dan bergurau. rindu. meskipun persahabatan itu hanya singgah sebentar cuma. semua persahabatan ibarat seperti titisan embun yang mendamaikan kehijauan taman.

selepas keputusan itu, diri sedaya upaya mahu mengubah dan memperbaiki keadaan. namun, mungkin nasib tidak menyebelahi insan ini. semakin hari semakin jauh. meski yang dipinta sebuah persahabatan, tetapi sebuah kesakitan yang dilemparkan. kesakitan yang tidak pernah diduga dari seseorang yang dianggap ' the best 1st impression'. tanggapan berubah serta-merta. seseorang yang dianggap dapat memahami, tetapi menyakiti. seseorang yang dianggap menemani, ternyata mendustai. dan seseorang yang dianggap sejati, ternyata menghancurkan hati.

biarlah hati ini dan Allah s.w.t sahaja yang tahu betapa beratnya keputusan ini dibuat. betapa mendalamnya sebab menagap keputusan ini dibuat. kerna jika mereka tahu sekalipun, mereka mungkin tidak akan pernah memahami.

semoga diri ini terus diberi kekuatan untuk mengharungi arus perjalanan ujian ini. semoga diri ini terus utuh, seutuh akar-akar yang menyokong pepohon, semoga diri ini terus tegar, setegar dahanan yang gah menggapai awan. orang kata, ujian ini mematangkan kita. dan saya mahu berkata, ujian ini benar-benar membuat saya kenal siapa diri saya yang sebenarnya. ^_____^




walau aku senyum bukan bererti.
aku selalu bahagia dalam hari.
ada yang tak ada di hati ini.
di jiwa ini hampa.
:)

assalamualaikum.

Monday, May 30, 2011

pesan umi



Assalamualaikum w.b.t
Salam selautan kesyukuran buat semua atas segala nikmat pinjaman yang masih dianugerahkan Allah kepada kita. Nikmat yang tidak boleh dijual beli. tidak pernah punya galang ganti.

Sungguh. terlalu banyak ujian dunia dan dugaan hati sejak akhir-akhir ini. terkadang hampir rebah dek bebanan fikiran yang terlalu besar. Semalam baru sahaja selesai Kursus Kepimpinan Asas Tahap 1 PPIM. Penat yang membahagiakan. Amanah sebagai Kem Komander tidak pernah terjangkau untuk digalas. Terlalu besar kepercayaan dan keyakinan yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah PPIM, sahabat-sahabat PPIM sem 3 dan 5 serta guru-guru SABK.

Namun, amanah ini diterima untuk mencabar diri sendiri. Orang lain boleh, mengapa tidak Nursufi..? ketika diberi mandat ini, insan pertama yang terlintas di fikiran adalah seorang sahaja. UMI. meluahkan segala keresahan yang terbuku di hati. sungguh, amanah bukan mainan.

pesan umi...
anggap amanah ini sebagai satu medan untuk mempelajari perkara yang kita tidak pernah lalui sebelum ini.
pesan umi...
cabar diri sendiri. kalau orang lain boleh, mengapa tidak Nursufi..? mengapa perlu menunding jari kepada orang lain yang memberi kepercayaan kepada kita.
pesan umi...
buat yang terbaik. bukan semua orang mendapat peluang yang kita dapat. hargai peluang itu dengan kesungguhan dan komitmen.

hasil pesanan umi? sangat lumayan. Alhamdulillah, segala gerak kerja berjalan dengan baik. berkat doa umi ayah, sokongan dan bantuan sahabat-sahabat dan pensyarah yang sentiasa memberi tunjuk ajar.

Melalui kursus ini, terlalu banyak perkara dipelajari. terlalu banyak perkara yang perlu diubah. sebagai seorang wanita khususnya.

pesan umi...
sebagai seorang wanita, perlu menjaga maruah diri dan nama baik keluarga. jangan jadikan keturunan tercemar dengan perkara maksiat.
pesan umi...
sebagai seorang wanita, kita jangan terhegeh-hegeh. jangan menjadi seorang wanita yang sugguh mudah menerima lelaki asing dalam hidup. kerana wanita mudah alpa dan hanyut tanpa keimanan yang tinggi.
pesan umi...
jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan dari seseorang. terima kelemahan orang dan hargai kelemahannya itu. mungkin ia pelengkap kepada kelemahan kita.



dan doaku.



semoga aku sentiasa dalam jagaan Allah dan terpelihara dari segala bisikan syaitan. semoga aku diberikan kekuatan untuk menjadi seorang wanita yang dipandang mulia. semoga aku, umiku, keluargaku dan seluruh umat Rasulullah terus dan terus dibawah payung rahmat kasih sayang Allah.

ameen.ameen.ameen.

Tuesday, April 19, 2011

demi cinta Allah

assalamualaikum w.b.t

Dia ingin berubah. Dia ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintahn-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan. Dia yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.

Namun, takala dia merasakan dirinya cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji dirinya. Allah menghadirkan dirinya dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta. Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwanya.

Dia percaya cinta dari Allah, tapi dia lupa itu bukan caranya. Dia alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia. Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan juga dia tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka.

Dia sudah jauh dari hidayah Allah. Imannya rapuh, syaitan menari-nari tatkala dia membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya bersama alunan syahdu janji kekasih. Tempat yang sepatutnya dia jaga, didedahkan. Kononnya yakin si jejaka adalah suaminya.

Tidakkah dia takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, dia sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangnya pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang padanya. Jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya. Saat dirinya berutus cinta, dia masih lagi solat, dia tidak lupa tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia.

Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada dirinya. Di saat jejaka menyepikan diri seketika, dirinya dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangun untuk bersolat taubat. Menangislah dirinya sepuas-puasnya. Dia memohon petunjuk pada Allah, dia ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah. Namun hatinya sedikit takut akan janji Allah.

"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya."

Apa yang patut dia lakukan kini. Dia mula merasakan dia bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa. Dia menutup pintu hatinya seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimanannya yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk dirinya bertemu dengan seseorang yang mencintainya kerana Allah.

"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."

Sunday, April 17, 2011

Buat Bakal Suamiku....

Assalamualaikum wbt.
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. sedikit titipan buat seluruh wanita yang bakal bergelar isteri suatu saat nanti. juga buat sang Adam, pemilik tulang rusuk sekalian isteri....

Assalamualaikum...Buat bakal suamiku,

Moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu walau di mana sahaja dikau berada, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya…

“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah,”

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini..
Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

Calon zaujku,

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini. Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh umi dan ayah. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨
(Ar-Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku hanyalah sebatang kara di dunia ini. Umi dan ayah telah menitipkan aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Namun apa yang pasti, aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as, sama seperti mu. Ingin aku berkongsi lafaz sahih ini denganmu ...

”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...”
(Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam.

Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini, aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh.

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”
(An Nisaa’ : 1)

Bakal Suamiku yang dirahmati,

" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".
(An-Nissa':34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia, aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya.

Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah. Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku. Kau terlalu membimbangkan akan kehendak bersifat duniawi semata-mata. Benar?!

Ketahuilah, aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara.

Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.


Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini. Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini.

Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.

Pemilik Tulang Rusukmu,
Assalamualaikum.

Saturday, February 26, 2011

Rumah Yakin Al-Wadi dihati

Assalamualaikum w.b.t. alhamdulillah.selesai sudah program BIG bagi semester tiga yang bertempat di rumah Yakin Al-Wadi, Kupang, Kedah. semua berjalan lancar. penat namun berbayar dengan keseronokan bersama adik-adik. letih namun berbayar dengan kebahagiaan yang terpancar di raut wajah anak-anak rumah Yakin. pengalaman yang tidak akan dilupakan hingga akhir hayat. InsyaALLAH. =)












Ieza dan adik-adiknya






memori yang akan sentiasa terpahat di jiwa








bersama Kak QQ dan satu-satunya adik angkat perempuan







Cik Miera. Pengerusi BIG sem tiga KS1





explorace








bersama TUTOR



adik-adik yang sentiasa ceria pada luarannya




adik-adik Kak Nad



Wani dan adik-adik


Majlis Perasmian setibanya di sana


kalian akan tetap di hati-hati kami......



Thursday, February 17, 2011

Majlis Pelancaran Majalah Mengkuang Edisi Ke-8, 2010

Assalamualaikum...
subhanallah. alhamdulillah. allahuakbar.

Alhamdulillah. selesai sudah Majlis Pelancaran Majalah Mengkuang Edisi Ke-8, 2010 pada 14hb Februari, Isnin yang lalu. syukur dirafaqkan ke hadratNya kerana dengan limpah izinNya, kami sayap-sayap redaksi dapat menyudahkan misi kami ini dengan sempurnanya.

sebagai salah seorang sidang redaksi yang sudah dua tahun berturut-turut terlibat dalam pembikinan majalah istimewa ini, jauh di sudut hati saya mahu melahirkan perasaan yang amat terharu dengan kepercayaan dan komitmen yang diberikan semua ahli-ahli Biro Penerbitan khususnya Saudara Sahrullail, iaitu Ketua Biro kami.



banner iklan Majlis Pelancaran


di sekolah dulu, saya tidak pernah mempunyai pengalaman sebagai sidang redaksi. malah tidak pernah diberi peluang untuk menyertai kumpulan dalam pembikinan majalah sekolah. di sekolah dulu, student yang rapat dengan cikgu-cikgu IT boleh la join sidang redaksi, lepas tu pilih 'geng-geng' mereka untuk cukupkan ahli-ahli editor. tidak adil bukan? tapi, tidak mengapa lah...benda sudah lepas...=)

berlainan di maktab.
selepas agak 'kecewa' dengan sekolah, kini saya sangat berpuas hati atas penglibatan saya dalam pembikinan dua Majalah Mengkuang, iaitu Edisi 7 dan 8. terlalu banyak pengetahuan dan pengalaman berharga dapat saya kutip sepanjang pendokumentasian majalah ini. dari sekecil-kecil benda, sehinggalah akhirnya.

diberi kepercayaan penuh oleh Ketua Biro dan para AJK untuk menyandang jawatan PS/U, ternyata kerja-kerja menyiapkan senaskah majalah bukanlah semudah membelek halaman demi halaman, namun memerlukan komitmen dan pengorbanan yang cukup besar. dan hasil Mengkuang pada tahun ini amat memuaskan hati kami, Sidang Redaksi sekalian. Alhamdulillah =)


antara sisipan kandungan Mengkuang yang bertemakan Nostalgia



Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan tahniah buat Shah selaku Ketua Editor, sayap-sayap redaksi atas segala penat jerih yang dicurahkan buat Mengkuang Edisi Ke-8. dan penghargaan terima kasih buat seluruh warga IPGKTB atas sokongan dan doa kalian. semoga Majalah istimewa ini akan terus berkesinambungan pada masa hadapan. InsyaALLAH.


sebahagian daripada Sidang Redaksi Mengkuang Edisi Ke-8, 2010.
::edited by Nik. credit to him.

Wassalam. =)

Friday, February 11, 2011

kerana saya punya Allah dan mereka

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. syukur dirafa'kan ke Hadrat Allah S.W.T kerana masih diberi kesempatan untuk terus bernafas dan beribadah hanya kepadaNya. Subhanallah. segala puji bagi Allah atas segala nikmat dan barakah. Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW di bulan kelahiran baginda yang penuh kemuliaan ini.

sudah agak lama kiranya tidak menjengah ke laman istimewa saya ini. entah apa hal dunia yang menyibukkan diri. tiga empat hari lepas, hari-hari saya dirantai kekeliruan untuk membuat keputusan yang penting dalam hidup saya. serba-salah untuk memilih dan membuat keputusan. namun, Alhamdulillah...selepas ditolak, ditambah, dicongak dan ditimbal balik segala nasihat, kritikan dan pandangan dari insan-insan penting dalam hidup saya, saya mampu merungkai persoalan dan kekeliruan itu. =)

kenapa? kerana saya punya Allah, mereka dan awak.

Allah sentiasa ada untuk kita walau dimana dan apa jua keadaan kita sekalipun. seringkali kita meninggalkan Dia, tambahan lagi apabila kita dalam kesenangan. kita pergi dariNya, semakin jauh dan jauh. namun Dia tidak pernah dan tidak akan pernah meninggalkan kita meskipun sesaat. sesungguhnya, ku serahkan kepadaMu segala keputusan yang dibuat. kerana saya yakin, Dia telah merancang yang terbaik untuk hambaNya. ameen~

buat umi, ayah dan keluarga. terima kasih yang tidak terhingga atas segala semangat dan kasih sayang. betapa beratnya untuk membuat keputusan ini, namun kalian ringankan dengan kata-kata perangsang yang tidak pernah lekang. terima kasih atas segala doa kalian. terima kasih atas kasih yang tidak pernah bertepi walau berjauhan di mata. untuk segalanya, ku hargai.

juga buat sahabat-sahabat yang tidak pernah jauh. yang sanggup mempertahankan saya dalam apa jua keadaan. yang bersama saya. bergelak ketawa dan menangis bersama. yang berkongsi cerita dan segalanya. terima kasih kerana bersama-sama dalam jalan perjuangan ini.

dan buat yang sentiasa senyum, terima kasih kerana sangat memahami minat dan kemahuan saya. terima kasih atas segala perhatian dan tidak pernah mengabaikan saya. kerana memahami prinsip saya dan menghormatinya, untuk kata-kata yang menyenangkan dan kelakuan yang membahagiakan. dan terima kasih untuk nasihat dan ingatan meskipun saya tahu sukar untuk meluahkannya. terima kasih memberi kesempatan untuk saya 'terbang' dan menyentuh awan.



dan andai saya terbang terlalu tinggi, tariklah saya untuk turun ke tanah semula. supaya kita boleh berjalan seiring memijak tanah kerana saya takut untuk terbang seorang diri di atas sana.


dan ungkapan TERIMA KASIH ini masih terlalu kecil untuk saya berikan kepada insan-insan yang penting dalam hidup saya. yang memimpin saya ketika saya terjatuh, yang bangunkan saya dari lena yang panjang dan yang sedarkan saya dari igau yang tidak akan pernah berkesudahan.

p/s::jgn takut untuk kehilangan seseorang, kerana semakin kita takut untuk kehilangan seseorang itu, dia akan semakin jauh dengan kita. Tapi, takutlah untuk kehilangan cinta dan redha Allah, kerana semakin kita takut untuk kehilangannya, kita akan semakin dekat denganNYA....

wallahu'alam.

Tuesday, January 25, 2011

as long as YOU and I see


assalamualaikum w.b.t
sementelah roomate sedang enak di buai mimpi, petang yang bosan walaupun tugasan sudah bertimbun. blog jadi tatapan dan tiba-tiba teringat lagu ni. suka sangat. ditujukan buat semua yang disayangi. keluarga, kawan-kawan dan teman.

introduced by seorang teman. kata-kata tersirat yang sangat berharga. saat saya susah hati, rasa 'down', rasa tak tenang...you calmed me down...dan sentiasa mengingatkan yang kita tidak pernah keseorangan, kerana kita punya ALLAH yang tidak akan pernah tinggalkan kita.
terima kasih.




sangat menghargainya.thanks once again



when your world falls apart
when your pain claims your heart
i'll be there i'll be around
i'll will never let you down

leave that pain don't give up
you will fly up again
count on me, we are together
we'll make it through this stormy weather

(you wrote me this, i felt calm...ingat all this words from you, tapi rupa-rupanya lagu =) tapi apapun, thanks a bunch. saya tenang selepas menghayatinya, kerana Allah sentiasa bersama kita)

no matter what they say
no matter what they do
no matter what they think of you
you had got me and my heart too

take my hand, and take my heart
we can't never be apart now and forever
i won't look back we'll stay together
trust in me we'll fly no surrender

don't loose hope when you are in need
have faith in Allah have faith in Him
so please be tough and please be strong
without His love u can't go on...


as long as YOU and I see



sangat mendalam maksudnya. bukan semua orang yang kita sayang mampu bersama kita ketika susah dan senang. bukan mudah untuk menemui orang yang benar-benar memahami kita dan menghormati prinsip kita. bukan senang juga untuk orang menerima kita seadanya kita dan akan sentiasa bersama kita walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

kupohon padaMu,
moga ku diberi kesempatan untuk menemui 'seseorang' itu.....ameen.

::::kenapa la sejak akhir-akhir ni selalu bercakap pasal 'seseorang' ni.....*sigh ::::

Monday, January 24, 2011

pemilik tulang rusukku

assalamualaikum w.b.t
selawat dan salam ke atas junjungan besar dan mulia, Nabi Muhammad SAW.
subhanallah.alhamdulillah.allahuakbar. syukur yang tidak pernah lekang di bibir dan tidak pernah hilang di dada kerana masih diberi nikmat pinjaman ini dari Yang Maha Mengasihi.

entah mengapa sahaja tiba-tiba sahaja saya mahu menulis tentang ini, 'pemilik tulang rusukku' atau dalam erti kata lain yang lebih mudah, jodohku.

jodoh itu rahsia ALLAH. itu yang pasti. =)
dan yang pasti juga terlalu banyak hikmah-hikmah yang besar di sebalik rahsia ALLAH itu. selalu juga terbit di benak fikiran 'siapalah jodoh aku...orang yang dekat kah, yang jauh kah...yang tidak pernah kenal kah...atau teman-teman sepermainan dari kecil'. berjuta andaian boleh kita buat. namun, hanya ALLAH yang Maha Mengetahui segalanya.

insan dalam hidup kita datang dan pergi. ada yang datang tanpa dipinta dan pergi tanpa diduga. ada yang hadir dirancang, namun hilangnya tanpa kesan. macam-macam. itulah dunia. andai tiada yang 'macam-macam' ini, bukan hiduplah namanya.

berbalik kepada tema utama entry ini, jodoh. sesiapa sahaja boleh menetapkan ciri-ciri pasangan impian mereka. mahu yang segak, beriman, pandai mengambil hati, memahami. mahu yang baik, berbudi bahasa, tidak pemarah. mahu yang pandai menjaga hati, tidak cerewet, kuat pegangan agama dan sedap dipandang. mahu yang begini, begitu dan segala macam ciri.

dan tidak terkecuali juga saya. *senyum. (jangan salah sangka, bukanlah demand, sekadar mahu mencari yang elok dimata, baik perlakuan, agar hati terjaga, hidup bahagia dunia akhirat, insyaALLAH)

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan sebaik-baik perkara yang disimpan oleh lelaki? Ia ...adalah isteri yang solehah...yakni, apabila suami melihatnya, dia menggembirakan suaminya, apabila suami menyuruhnya, dia taat, dan apabila suaminya tidak ada bersamanya, dia menjaga dirinya dan harta benda suaminya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

buat diri saya, semestinya saya mengharapkan jodoh saya itu punya pegangan agama yang kuat yang utamanya. yang mampu membimbing saya di jalan ALLAH dan memimpin saya menuju syurga hakiki. sesungguhnya saya insan yang masih terlalu memerlukan bimbingan dari seorang insan yang benar-benar memahami saya. yang dapat menerima seadanya saya dan menghargai saya semampunya dia.

tidak mengharap sesuatu yang berlebihan, cukuplah 'dia' punya impian seperti saya. yang mahu sebuah baitul muslim yang diredhai ALLAH. yang meletakkan kepercayaan kepada saya untuk mendidik zuriat kami dan menjaga maruahnya. yang sentiasa utuh menasihati saya apabila saya terleka, yang mampu mengingatkan saya apabila saya terlupa. dan yang sanggup membetulkan saya apabila saya tersalah. butir bicara yang menenangkan hati saya dan tingkahlaku yang membuat saya selesa bersamanya.

justeru. menyedari hakikat BUKAN MUDAH untuk peroleh itu semua, saya sedaya upaya akan menjaga diri, maruah, kehormatan dan malu ini kerana ALLAH. semoga yang terbaik buat saya dipandang mulia di sisi ALLAH. =)

tersangat mahu menjadi seorang isteri yang taat kepada suami, yang mencintainya hanya kerana ALLAH, yang menjaga kehormatannya, yang mampu menenangkannya di saat di resah, yang mampu menguatkannya di saat dia lemah, yang mampu menjaga makan minum dan pakainya, yang mendidik anak-anak menjadi soleh dan solehah, yang mampu membahagiakannya dunia dan akhirat. mahu setia di sisinya setiap detik dan waktu. yang mecurahkan sepenuh kasih dan sayang ini kepadanya.

mahu menjadi bidadarinya.
mahu menjadi sayap kirinya. hanya dia. dia. dia.




menunggu kekosongan ini terisi. pemberi inspirasi. yang mencintaiku kerana ALLAH.


wallahu'alam~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tabung kereta :)

Daisypath Happy Birthday tickers