tabung kereta :)

Tuesday, August 16, 2011

dan bukankah selepas keperitan itu terhampar sebuah kebahagiaan?



Assalamualaikum w.b.t

Salam Ramadhan. Salam Nuzulul Quran. Salam selautan kesyukuran kerana masih dicurah-curahkan segala macam nikmat oleh Allah Taala. Sudah 17 hari menjengah ke bulan ramadhan penuh barakah. Sudah masuk fasa kedua. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan melalui hari-hari indah di penghulu segala bulan ini.

Kesibukan semester ini bagiku sebuah kebahagiaan. Sebuah pengalaman yang tidak dapat dikutip di mana-mana. Diri sendiri yang memilih jalan ini, dan diri sendiri juga perlu akur dengan segala macam tekanan yang melelahkan, ujian yang menjatuhkan dan dugaan yang melemahkan. Tapi harus ingat,





"Kita jatuh, dan InsyaALLAH bangun kita itu lebih kuat"




Berbalik kepada tajuk entry. "dan bukankah selepas keperitan itu terhampar sebuah kebahagiaan?". Siapa yang tidak pernah jatuh tanpa terluka? Siapa yang tidak pernah jatuh tanpa sakit dan pedih? mustahil ada. 'jatuh' yang kita lalui itu pasti diiringi suatu kekecewaan yang akan memberi kesan kepada hidup dan orang di sekeliling kita. tapi siapa yang mahu jatuh bila sedar bahawa susahnya mahu bangun selepas terjatuh. betapa susahnya membina kembali tembok-tembok kekuatan untuk melangkah meneruskan hidup.


Tapi, ingatlah yang ALLAH sentiasa ada bersama. Di saat Dia memberi ujian kepada hambaNYA yang mampu, harus ingat bahawa itu cara Dia mahu berkasih-kasihan dengan kita. Mahu kita menangis di depanNya. mahu kita yang semakin menjauh ini makin dekat padaNya. Segalanya dirancang dan ditentukan olehNya. Dari Dia hanya yang terbaik. Jangan pernah mengeluh. hikmah itu pasti ada.


Suatu masa dahulu, diri ini pernah terjatuh. Terjatuh dan luka-luka. pedih dan perit. Lama juga mengambil masa untuk pulih. I mean, pulih sepenuhnya macam sekarang! hehe.. Sekarang sudah boleh tersenyum dengan apa yang ada. Janji Allah itu pasti. saya sudah nampak hikmahnya sekarang. Allah mahu memberikan yang terbaik dalam hidup saya. Saya berdoa semoga apa yang saya ada sekarang akan tetap ada sampai bila-bila. Semoga kebahagiaan ini kekal mesti kadangkala pasti dan pasti akan diuji. semoga sentiasa ada, sampai ke Syurga nanti ^___^ ameen.





dan bukankah selepas hujan itu pasti ada pelangi yang indah?


assalamualaikum =)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tabung kereta :)

Daisypath Happy Birthday tickers