tabung kereta :)

Sunday, January 23, 2011

bersalah di hari istimewa umi

assalamualaikum w.b.t
syukur.syukur.syukur yang tidak terhingga atas segala nikmat dan kurnia. atas segala kudrat dan iradat. atas segala taufiq dan inayah. atas segala yang dikecapi hingga ke hari ini.

tidak tahu bagaimana harus saya mulakan. macam-macam yang tidak kena berlaku pada hari ini. serba tidak kena. *mengeluh. oh, jangan, jangan. jangan mengeluh. tarik balik. *senyum =)

semalam, sabtu. hari minggu yang agak membosankan. walaupun banyak kerja sebenarnya, tapi entah ke mana hilangnya mood yang peranannya untuk saya merajinkan diri menyentuh atau sekurang-kurangnya membelek soalan-soalan tugasan yang sudah diterima. *senyum lagi.

malamnya, lebih kurang jam 12 lebih, terima panggilan dari umi. Ya ALLAH, baru teringat, hari ini hari lahir umi! rasa bersalah yang teramat. amat. amat. sekali saya ulang. amat!
tidak pernah seumur hidup saya lupa hari istimewa umi. entah apa yang saya fikirkan hari ini sehingga terlupa sesuatu yang sangat penting dalam hidup saya. berkali-kali saya mohon maaf pada umi atas kelewatan sehingga umi yang telefon. =(
umi dengan tenang memberi jawapan yang cukup menyenangkan

'tidak mengapa, umi tahu acik sibuk. banyak benda kena fikir. sebab itu umi call ni. ingat acik dah tidur...'

mahu sahaja melepaskan rembesan air mata di situ. rasa bersalah sangat. apa sangatlah yang hendak difikirkan anak umi yang satu ini. kalau ada sekalipun, tidak akan pernah saya gunakan alasan itu untuk lupa perkara-perkara yang penting dalam hidup saya.
tidak tahu bagaimana membuang rasa bersalah ini. maafkan acik umi.


dikesempatan ini, acik ingin mengucapkan
selamat hari lahir buat umi yang terlalu disayangi. semoga umi bahagia sentiasa, dunia dan akhirat. segala jasa dan pengorbanan umi kepada kami hanya ALLAH sahaja yang mampu membalasnya. semoga mendapat keredhaan Ilahi dalam apa jua yang umi lakukan. ketahuilah bahawa anakmu ini terlalu menyanjungimu.


UMI RATU HATI KAMI

I LOVE YOU SO MUCH.

1 comment:

umay said...

umi tercinta!!!!hehehee
l0ve u damn much..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tabung kereta :)

Daisypath Happy Birthday tickers