tabung kereta :)

Tuesday, November 17, 2009

sentiasa pertama

assalamualaikum w.b.t...
subhanallah..
alhamdulillah..
allahuakbar..

sungguh lama tak menjenguk ke blog dan menaip sesuatu. Rindu benar pada keluarga. Aduh.. terutamanya UMIE.


siapa no.1 dalam hidup kalian selepas Allah dan Rasul? suka benar menitip telinga untuk mendengar bait kata lagu dari Yusuf Islam..

who should I give my love to, my respect and my honour to..
who should I pay good mind to, after Allah and Rasulullah..
comes your mother,

who next? YOUR MOTHER..who next? YOUR MOTHER...
and then your father..

ibu.umie.mama.mak.apa sahaja panggilan untuk seorang wanita bergelar ibu, yang pasti mereka telah dan sentiasa melakukan pengorbanan. pengorbanan bukan atas desakan dan paksaan, apalagi kepuraan tetapi kerana kasih, cinta dan sayang yang tulus dan suci sebagai seorang ibu.

bagi saya, dalam hidup ini selepas ALLAH dan Rasul, umi lah insan pertama yang saya cintai. saya pasti, ramai yang begini..meletakkan ibu sebagai wanita pertama di hati. bagi saya, cinta umi tiada bertepi untuk suaminya. sayang umi tiada tara buat anak - anak. kasih umi tidak bersempadan mencurah pengorbanan.

memegang nama yang membawa erti 'lemah - lembut', perawakan umi seiring bersama nama ditatangnya. seorang wanita yang cukup berhemah. sungguh sopan butir bicara. bagi saya, umi seorang yang lembut peribadinya tetapi cukup perkasa cinta dan hatinya. soal sikap tolak ansur, usah dipertikaikan, umi lah juara. itu naluri sebahagian besar insan bergelar ibu.

segala cerita yang tidak mampu diungkap, segala rahsia yang tidak bisa dituturkan kepada insan lain, lancar sahaja terburai semua di hadapan umi. segalanya! tiada rahsia antara kami. segala yang diceritakan terasa begitu selamat. ibarat diluahkan ke dalam sebuah kotak besi, kemudian di kunci dan dililit bersama rantai dan mangga besar, lalu kuncinya dicampak ke lautan. kotak itu tidak bisa ditemui dan dibuka lagi.

umi bijak mengutara ulasan, cerdik menutur barisan idea, dan sungguh pintar mendekati anak-anak bersama nasihatnya. segala yang ditutur ibarat ubat penenang jiwa yang tiada dijual di mana-mana. ibarat satu simbahan semangat yang mencurah-curah. tatkala mendengar setiap nasihatnya, gugup bertukar linang. resah bertukar tenang.

saya puji perawakan umi. saya hormati pendiriannya. saya hargai pengorbanannya. saya impikan jiwa keibuan sepertinya. saya dambakan sikap tulus sepertinya.

buat umi yang dicintai dan dihormati, ketahuilah diri ini terlalu menyayangimu. terima kasih atas segala - galanya. ingin menjadi anakmu sehingga ke DUNIA YANG ABADI kelak..


say ALHAMDULILLAH..

thank you ALLAH..

thank you ALLAH..

for my MOTHER..



kamu sentiasa wanita pertama di hatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tabung kereta :)

Daisypath Happy Birthday tickers