tabung kereta :)

Thursday, July 30, 2009

Detik-detik itu..

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

sepatutnya n3 ini di post sebelum n3 notis dibawah ni lagi..hehe..
tapi tak mengapa la..kadang-kadang pusing-pusing, tertukar tu perlu juga..
macam hidup..hidup seperti roda..kadang-kadang kita diatas, kadang-kadang dibawah.
kadang-kadang kita sakit, kadang-kadang kita bersenang lenang.

tapi ingat!
bila mana kita berada di bawah, teruskan perjuangan untuk berada diatas.
dan bila mana kita sudah berada diatas, haruslah sentiasa memandang kebawah.
agar leka dan alpa itu tiada di hati. insyaALLAH.

OK!
berbalik kepada tittle n3 ni..sebenarnya 'detik-detik itu' ialah detik-detik di mana kami berdepan dengan wabak H1N1, yang mana beberapa orang guru pelatih disyaki dan dikuarantin serta merta.

apa lagi, petang tu memang kalut lah dengan sesi meng'order' topeng..: )
orang kata mencegah lebih baik dari mengubati. semua tahu itu.
kita usaha untuk mencegah. ketentuanNYA di tangan Taala.

pagi esoknya. ada perhimpunan bersama Pengarah. wah! nampaknya kami jadi MASK PIONEER. huhu..: )
sebagai satu kumpulan Sains Sosial, kami (Kelas KS1 dan KS2) berbangga apabila kami satu-satunya gerombolan yang memakai untuk ke perhimpunan pagi itu.


Sesuatu yang boleh dibanggakan bukan? bukan. maksud saya, dicontohi.: )
walapun pada awalnya memang segan lah..tak ubah macam demonstrasi jalanan yang terpaksa menutup muka demi aspek keselamatan..hehe..: )


tapi, macam biasa..sebagai kumpulan dari Pengajian Sosial, kami tebalkan muka, tekadkan apa yang kami nak dan perlu buat! Jalan je..
and of course! we got a very weird view! ahh!


kami memang terpanggil untuk lakukan itu. dan kami tak kisah pandangan itu.hehe..: )
lagipun lepas tu, semua guru pelatih diberi topeng percuma oleh pihak pengurusan institut.
bila semua dah pakai. tiadalah yang pelik tadi kan? itu lumrah, kawan..


jika sebelum ini saya hanya dipaparkan pemakaian topeng-topeng ini semua melalui media dan negara-negara asing sahaja, tapi kini! saya, dan kami sendiri perlu memakainya untuk keselamatan dan langkah pencegahan.


wabak itu di sekeliling kami.
penyakit itu terus merebak dan merebak.

Subhanallah. Betapa besarnya ketentuan ALLAH.
semoga usaha pencegahan ini beroleh pertolongan dari Ilahi. InsyaALLAH.

wallahualam.

Notis Institut Ditutup!

Assalamualaikum..

Notis yang memang sudah dijangka!
setelah sekian lama membilang satu persatu institusi pendidikan yang ditutup, akhirnya institut kami turut mengikut jejak itu..

sekitar jam 3.30 petang tadi, kami dihebahkan dengan notis penutupan institut selama 7 hari bermula 29 Julai hingga 5 Ogos 2009. kenapa? kerana wabak itu.

pastinya berita ini disambut dengan dukacita di hati-hati kami..hehe..: )
mesti la! sudah la runsing dengan wabak ini..dan satu lagi, katanya cuti seminggu ini akan diganti pada bulan Ogos ini. Maknanya, kami berkemungkinan tiada cuti pertengahan semester bulan Ogos ni.

apa yang mendukacitakan, kami nak sambut 1 Ramadhan dekat rumah. hmm..
merasai segala kenikmatan dan keberkatan di bulan mulia itu bersama keluarga tercinta.
tapi, apa-apa pun, segala yang ditentukan Allah pasti terselit hikmah yang bermakna.
saya yakin! anda pun kena yakin itu. ya!

tiket. masalah lagi la kalau notis drastik macam ni. tapi insyaallah. malam ni bertolak balik kelantan..: )

semoga sahabat-sahabat yang disyaki dan dikuarantin dijauhi dari segala bahaya.
juga buat sahabat-sahabat yang masih dikurniakan Allah SWT nikmat kesihatan yang baik, bersyukurlah..hargai setiap nikmat itu.

wabak ini tidak mengenal mangsa. bertawakallah.
selamat bercuti! manfaatkan cuti ini sebaiknya.

p/s: buat individu-individu yang penuh tanggungjawab menguruskan sahabat-sahabat yang dikuarantin buat beberapa hari ini, menjaga kebajikan, makan dan minum mereka, terima kasih tidak terhingga. hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas budi baik kalian..: )

Wednesday, July 29, 2009

Wabak Terus Merebak..

Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah dirafaqkan ke Hadrat Yang Maha Kuasa atas segala nikmat dan kurnia buat seisi alam..

28 julai 2009 - senasib dengan deretan institusi pendidikan lain, IPGM KTB turut digemparkan dengan kes beberapa orang guru pelatih yang disyaki dijangkiti wabak H1N1. Pastinya ini bukan berita baik kawan-kawan!

'perhatian kepada semua penghuni blok ------, sila berkumpul di ----- sekarang juga.'

Ahh...jari di papan kekunci laptop terpaksa dihentikan bila Ketua Blok kesayanganku membuat pengumuman..hehe..: ) Penting katanya.

unsur-unsur kemalasan terpaksa dibuang juga dan kaki ini dikerah semahunya untuk turun ke tempat perjumpaan. Bila mana mendengar tentang berita tersebut, fikiran ini terus terlontar ke suatu sudut yang cukup jauh! betul ke apa yang didengar? H1N1 bukanlah sekadar sakit biasa yang boleh sembuh hanya dengan beberapa biji kapsul atau sebotol cecair ubatan. ini virus!

Subhanallah. cuba anda bayangkan jika seekor (kurang pasti penjodoh bilangan untuk virus) virus yang menyerang pendrive atau sesebuah alat teknologi seperti laptop, apa yang akan terjadi? Paling tidak pun, fungsinya akan berkurang. kehadiran virus tersebut pasti akan menjejaskan sesuatu pada komponen itu walaupun sedikit. pasti! itu virus yang diciptakan manusia yang kemampuan akalnya terbatas!

ini? virus ini bukan ciptaan manusia pastinya!
cara merebaknya pula bukan susah.
kalau REJOICE, dengan jari pun boleh..

H1N1, dengan udara pun boleh!
Subhanallah. Maha Kuasa Allah.

Sampai bila wabak ini akan terus merebak dan merebak? adakah ia akan berkurang sedangkan mangsa jangkitannya semakin hari semakin bertambah? senjata biologi ini perlukan penawar.
tapi mampukah kita melawan wabak ini sepenuhnya?

Hanya Allah yang tahu. Kita berusaha. Kita meletakkan keyakinan yang tinggi pada Qada' dan Qadar Allah SWT. Kita tawakkal. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Itu pasti!

Info H1N1
Menurut pembacaan saya, H1N1 dalah penyakit pernafasan khinzir yang disebabkan oleh virus Influenza jenis A. Kebiasaannya virus ini tidak menjangkiti manusia. walaubagaimanapun, jangkitan pada manusia boleh berlaku. seperti sekarang. hmm..

Pada bulan March 2009, terdapat laporan mengenai peningkatan kes-kes jangkitan yang baru, virus ‘strain’ Influenza A (H1N1) pada manusia di Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Kejadian jangkitan virus ini merebak dari haiwan kepada manusia dan dari manusia kepada manusia.

Keadaan ini amat membimbangkan Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa, tambahan dengan adanya potensi untuk penyakit ini menjadi wabak keseluruh dunia. Kejadian penyebaran virus yang merebak dari manusia kepada manusia masih lagi menjadi tanda tanya.

virus ini boleh merebak dengan mudah. melalui udara sahaja. Jika virus-virus sebelum ini kita boleh hindari melalui sentuhan, perkongsian dan sebagainya. tapi bagaimana dengan H1N1?

kita perlu udara. untuk bernafas.
kita perlu oksigen. kita kongsi udara.
aduhai..virus..virus..

Terdapat 4 virus Influenza jenis ‘A’ yang utama, yang di kenal pasti di dalam badan khinzir. Virus-virus tersebut adalah H1N1, H1N2, H3N1, H3N2. Bagaimanapun kebanyakan kejadian jangkitan penyakit influenza virus terbaru dari khinzir adalah dari jenis H1N1.

apa tanda-tanda H1N1?
Tanda-tanda selsema khinzir pada manusia umumnya sama seperti selsema biasa termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit sendi, sakit kepala, kesejukan and keletihan. Ada juga laporan adanya tanda-tanda cirit- birit dan muntah-muntah dikaitkan dengan H1N1.

jadi, kawan-kawan yang ada simptom-simptom ni, disarankan untuk dapatkan rawatan segera dari doktor-doktor yang bertauliah.

'prevent is better than cure'
tapi apa-apa pun, segalanya terserah kepada ketentuan ILAHI.

sekian dahulu untuk kali ni.
wallahualam.

Saturday, July 25, 2009

Baru Kutahu..

Salamullahi'alaik.
Puji dan syukur kepada Allah SWT kerana masih memberi aku nikmat untuk masih bernafas di bumi yang fana ini.

'cikgu mai..cikgu mai..' itu ungkapan pertama dari 'murid-murid'ku sebaik sahaja saya, iza dan fairuz melangkah masuk ke kelas surau petang tadi. Hati disentap satu perasaan. Perasaan yang bercampur baur. Terharu, bangga, gementar dan macam-macam lagi.

CIKGU.
dulu panggilan ini saya ucapkan untuk guru-guru yang berbakti mencurahkan ilmu kepada saya. Tapi sekarang, panggilan itu telah dan akan menjadi panggilan yang cukup sebati dan dekat dengan diri saya sendiri. Panggilan yang cukup gah di mata seseorang yang tahu menilai erti satu penghargaan dan pengorbanan.

Hari ini saya sungguh teruja untuk menjalin peranan sebagai 'cikgu tuisyen' anak-anak bangsa di Mengkuang Titi..: ) Walaupun masih gersang pengalaman, namun saya sedaya upaya cuba untuk yakinkan diri sendiri bahawa saya mampu!

Perkara yang paling sukar pada pengalaman pertama ini ialah mengawal kelas. Teringat saya kata-kata seorang pensyarah ketika sesi kuliah semester lepas. 'guru yang berjaya sebenarnya guru yang berjaya mengawal kelas dengan baik'. Betapa susahnya untuk bergelar seorang guru. Baru kutahu.


Ini baru sahaja satu kelas. lebih kurang 20 orang murid. dan hanya menyelia mereka menyiapkan kerja sekolah. bukan lagi mengajar subjek-subjek tertentu. bukan lagi mengajar subjek yang kita tidak kuasai (meskipun hakikatnya cikgu perlu serba tahu). belum lagi menjaga beberapa buah kelas. belum lagi menyediakan alat bantu mengajar, menarik perhatian murid dengan cara-cara tertentu dan sebagainya. Baru kutahu.


Meskipun saya pernah berpengalaman menjadi seorang guru muda dalam satu projek di sekolah dulu, namun pengalaman dan keadaannya bagai langit dan bumi. jauh berbeza. tiada panggilan cikgu. tiada persolan-persoalan yang mampu mencabar minda saya sebagai seorang bakal pendidik. Wah! Sungguh berbeza. Baru kutahu.

Teringat lagi saya kata Cikgu Hassan, guru disiplin sekolah rendah dulu. 'Cikgu akan mudah ingat murid yang terlalu aktif dan terlalu pasif di dalam kelas'. Walaupun hanya 2 jam saya bersama murid-murid ini tadi, saya harus akui kebenarannya. Baru kutahu.

Atiff Aufa dan Amirul. Cikgu ingat nama kamu ya! huhu..: )
Seorang yang teramat nakal dan seorang teramat pendiam. Atiff, tanpa ditanya sudah melontarkan macam-macam jawapan apalagi persoalan untuk dijawab oleh cikgu.ish3..
Amirul, jawab bila ditanya. selebihnya, seluruh tumpuan pada buku di atas meja. Mungkin pasif dari tingkahlaku tapi advance IQ nya. Baru kutahu.


Pembesaran kanak-kanak seiring dengan pelbagai persoalan di benak fikirannya. Macam-macam mereka fikir. macam-macam mereka nak tahu. dan macam-macam juga lah soalan yang ditanya untuk Cikgu ini. sungguh jujur. Baru kutahu.

'cikgu dah kahwin ke belum?' 'umur cikgu berapa?' cikgu dah ada pakwe?' 'cikgu asal mana?' 'cikgu suka makan apa?' 'baju ni cikgu buat sendiri?cantik...' 'cikgu...cikgu....cikgu dan cikgu...
tidak betah melayan kanak-kanak ini..: ) seronok sebenarnya bersembang dengan mereka. mereka jujur dalam segala hal. tulus dalam mencari dan mengutarakan jawapan. Baru kutahu.

Bila ditanya nama, saya hanya menggelarkan diri sebagai Cikgu Sha. Wah! Seakan mimpi~ :)
CIKGU bukan sekadar panggilan. tetapi hadir bersama tanggungjawab yang sungguh besar. amanah yang sangat berat. GURU bukan sekadar ungkapan. tetapi dijalin erat bersama pengorbanan, bakti dan kesabaran yang tiada tara. Baru kutahu.

Benarlah. bila kita sendiri yang berada ditempat itu barulah kita merasai keadaan sebenar sesuatu itu. baru kita menyedari senang, susah, payah dan jerih individu-individu yang melaluinya. Kini, saya lebih jelas tentang makna sebenar kerjaya seorang GURU. lebih jelas tentang matlamat dan tujuan hakiki saya disini. Baru kutahu.


Buat bakal anak didikku, tunggu CIKGU! : )
dan buat..
atiff, amirul, anas, faiz, shauqi, arsyad, mohammad, farhana, siti, batrisya, ain, aisyah, dan semua (cikgu tak ingat nama la...sorry ek : )
terima kasih kerana menjadi murid cikgu yang pertama ya!
Kalian mengajar cikgu erti satu PENGHARGAAN dan KEJUJURAN. Baru kutahu.

Cikgu sayang kamu!

scha : terharu bila mendengar ini.
'kami nak cikgu datang lagi minggu depan..'

Friday, July 24, 2009

HAPPY ENGAGEMENT


Selamat Bertunang buat dua orang sepupuku yang disayangi.
~Kak Na & Abe Yeh~
(Mazlina & Shariff)

Tahniah juga buat ibu dan bapa saudaraku yang dikasihi
~Abah dan Mak Yah~
atas pertunangan kedua-dua anakanda kalian.

Semoga kasih dan jodoh kalian sampai ke Syurga
.InsyaALLAH.

Jangan Ada KERANA

Assalamualaikum.

Jangan pernah ada sebab untuk menyukai
dan menyayangi seseorang.
YA!
Jangan pernah.

Saya belajar ini dari seseorang. Sesuatu yang bagi saya
cukup penting.cukup perlu.dan cukup munasabah.
apa erti hidup ini tanpa menyayangi dan disayangi.

ibu.ayah.adik beradik.kawan.sahabat.teman.
dan ramai lagi.

tapi pernahkah kita terfikir kenapa kita sayangkan orang
yang kita sayang? adakah sayang kita bersebab?
adakah suka kita beralasan?

sayang kerana harta?
cinta kerana rupa?
suka kerana pangkat?
kasih kerana darjat?

diam. fikir. faham. dan tanya hati. tanya iman.

seharusnya..sayang dan kasih kita tidak perlu sebab.
sayanglah orang kita sayang seadanya mereka.
sayanglah ibu dan ayah kerana mereka adalah ibu
dan ayah kita.

Benar. mereka sangat berjasa kepada kita.
sanggup berkorban apa sahaja untuk kita.
Namun. andai mereka tidak berjasa kepada kita
dalam hayat ini, masih adakah sayang kita untuk
mereka?

fikirkan.
kalau jawapannya ya.
anda sayang mereka tanpa sebab.
dan saya pasti, cinta dan sayang ibubapa terhadap
anak-anak juga tanpa sebab.

sebab tidak pernah wujud dalam meletakkan kasih
sayang terhadap sesuatu dan seseorang.

'jika kita sayang seseorang kerana keindahan rupa, dan
rupa itu boleh hilang dan pudar pada bila-bila masa, jadi
dimana sayang kita?
turut hilang dan pudar seperti kaburnya keindahan itu?'

atau hanya tenggelam timbul.
sekejap sayang sekejap tidak.
atau turun naik?
sekejap sayang banyak. dan kadang-kadang
berkurang ikut mood? hmmm...


kasih kerana pangkat dan darjat.
bila mana pangkat dan darjat itu tiada.
kasih itu masih wujud kah di hati dan sanubari kita?

cinta kerana harta.
sememangnya anda buta dengan dusta dunia.
harta tiada. cinta entah ke mana.

itulah kasih, sayang, suka dan cinta apabila bersebab.
hilang sebab. hilanglah sayang. pudarlah kasih.
kaburlah suka. tenggelamlah cinta.

kasih sayang cinta dan suka tidak perlu sebab dan alasan.
tidak perlu ada mengapa dan kerana.
tidak perlu cipta persoalan mengapa kita menyayangi seseorang.

sayangilah seseorang kerana dia seadanya.
hargai kelebihannya. cintai kelemahannya.
manusia tiada yang sempurna. jauh lagi maksum.


ayuh!
buang segala alasan untuk sayang kita!
campak segala sebab untuk kasih kita!
untuk ibu ayah, adik beradik, kawan, teman, sahabat
dan semua orang yang kita sayang.
jangan ada KERANA.

cinta yang sejati hanya cintakan Ilahi.
cinta ayah bonda tulus suci selamanya.
cintakan saudara masa berada hanya sementara.
cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan.

Tuesday, July 21, 2009

Israk dan Mikraj. Satu Penganugerahan.

Assalamualaikum w.b.t

Subhanallah.Alhamdulillah.Allahuakbar
Syukur atas segala nikmat dari Allah SWT.
nikmat kesihatan.nikmat iman. nikmat islam.
nikmat ihsan. dan segala-galanya..

Pada Isnin 20hb Julai, IPGM KTB telah
melancarkan satu perasmian Peristiwa Israk dan Mikraj.
Banyak program yang telah dirancang dan dilaksanakan
buat guru-guru pelatih sempena peristiwa ini..

Pejam celik. Pejam celik.
Tanpa disedari..

Bulan Rejab hampir melabuhkan tirainya.
Selepas ini bulan istimewa Syaaban.
Maka makin terasa dekatnya pertemuan dengan
bulan mulia lagi penuh rahmat...
iaitu Ramadhan Al-Mubarak.

Di penghujung Rejab yang mulia ini,
kita terpanggil untuk merenung sejenak peristiwa
yang besar dan bermakna bagi seluruh umat.

Peristiwa yang dimaksudkan itu ialah peristiwa
Israk dan Mikraj yang menakjubkan, yang berlaku
pada malam 27 Rejab, tahun ke 11 kerasulan Nabi
Muhammad SAW.

Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa besar dan luar
biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW yang
dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi
nilainya dari segi kerohanian.



Apa itu ISRAK dan MIKRAJ?

ayuh bersama kita rapatkan lagi diri kita dengan
peristiwa istimewa ini..~

ISRAK ialah perjalanan Nabi SAW dari Masjidilharam
di Mekah Ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin.

MIKRAJ pula merujuk kepada perjalanan baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ke tujuh, dekat singgahsana ALLAH SWT.

Salah satu inti penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj
ialah perintah solat yang diterima Nabi SAW di Sidratulmuntaha.

Peristiwa ini juga membuktikan kecintaan Nabi SAW
yang begitu mendalam terhadap umat baginda.

Baginda sanggup menerima saranan Nabi Musa AS
supaya baginda berjumpa dan meminta Allah SWT
mengurangkan waktu solat dari 50 waktu sehari semalam.

Permohonan itu berulang sampai 9 kali hinggalah ALLAH SWT
mengabulkannya dengan mengurangi waktu solat menjadi
hanya 5 kali sehari semalam.

sehingga begitu sekali kecintaan Rasulullah terhadap
kita umatnya..
Bersamalah kita hayati pengorbanan Rasulullah kepada
umatnya..

Semoga penghayatan peristiwa ini dapat terus menusuk
ke jiwa kita dan sama-sama kita mengagumi keagungan
dan kekuasaan Allah SWT yang tiada tolok bandingnya.

Wallahualam.

'..sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan..'

Monday, July 20, 2009

Selamat Kembali Ziq!


assalamualaikum...

selamat kembali kepada rakan sekelas,
MOHD ZIQRUL FHAHMIE BIN DERAMAN..

selamat kembali meneruskan pengajian
di IPGM KTB..
hehe..: )

ziqrul yang ditimpa musibah kemalangan
semasa cuti hari itu mengalami kecederaan
di kaki...

terpaksa extend cuti selama sebulan..
hari ni, ziqrul datang kelas walaupun
masih bertongkat..

kami doakan semoga ziqrul tabah hadapi
dugaan ini..

INSYAALLAH.

Saturday, July 18, 2009

Kelebihan Memiliki Ramai Adik Beradik Perempuan




Salamullahialaik...
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar
Nabi Muhammad S.A.W..

Salam Ukhuwwah...

anak lelaki atau perempuan?
sebenarnya anak lelaki atau perempuan memiliki
keistimewaan tersendiri..

anak anugerah ALLAH.
anak amanah ALLAH.

Anak merupakan hadiah terbesar kepada ibubapa daripada
ALLAH s.w.t..
Justeru, kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana
diberi kenikmatan zuriat untuk melengkapkan kehidupan
sebuah perkahwinan..



entry kali ini saya bawakan khas buat keluarga yang
memiliki ramai anak perempuan berbanding lelaki
seperti keluarga saya pastinya!
: ) : )

saya.mempunyai 6 beradik.
hanya seorang darinya kaum Adam.
tiada dan tidak pernah akan ada insan yang
bergelar 'abang kandung'..
hehe..: )

sound sad?
a bit..
tapi sebagai seorang individu yang tidak pernah ada
abang kandung, saya tidak rasa itu satu yang perlu
'disedihkan'.

MENGAPA?
sebab saya cukup bersyukur dan bahagia dengan anugerah
ALLAH yang diberikan kepada saya dan keluarga.

Setiap yang Allah tentukan pasti ada hikmahnya kan?
Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba- NYA!
: )

YA!
jika kita berbalik kepada zaman Jahiliyah dahulu,
memiliki anak perempuan merupakan satu musibah kepada
sesebuah keluarga.
satu AIB!
satu PENGHINAAN!

Subhanallah.
Maha Suci Allah.

sehinggakan jika anak perempuan dilahirkan,
bayi itu akan ditanam hidup-hidup untuk tidak
mengaibkan keluarga.
demi menjaga maruah keluarga.

Allahuakbar!

namun, masih adakah pemikiran sebegitu sekarang?
hakikatnya..masih ADA!
tepuk dada, tanya iman...




bagi pandangan peribadi saya yang memiliki ramai adik beradik
perempuan, pengalaman ini cukup menyeronokkan..

sebagai contoh, saya dan adik beradik perempuan yang lain
dapat sama-sama berkongsi apa sahaja yang kami nak..
hehe..: )



kongsi cerita.
kongsi baju.
kongsi hobi.
kongsi rahsia.
kongsi selipar.
kongsi tudung.
kongsi bilik.
kongsi katil.
kongsi almari.
even perfume!

wiwiwiwiwi3..: )


so?
apa advantage nya?
jimat apa?
huhu..
tambah-tambah lagi kalau saiz tu lebih kurang je..

kita tak boleh kongsi semua-semua tu dengan adik beradik
lelaki kan? kan?
mungkin sesetengahnya boleh..
tapi..frankly...it is fun, right?


sharing between us ni secara tak langsung mengeratkan lagi
hubungan persaudaraan antara kami adik-beradik ni..

dan!
saya pasti ramai yang mempunyai pengalaman seperti saya?
hehe..: )

tambah syok lagi kalau siblings kita tu tersangat la sporting!
caring! happening! funny!
everything boleh share.
boleh buat sama-sama.
gelak sama-sama.
main sama-sama.
masak sama-sama.

selain umi, saya secara tiada syak wasangka boleh
berkongsi apa sahaja cerita dan rahsia dengan kakak
dan adik perempuan saya..
everything!

tiada rahsia antara kami.
boleh berbicara apa sahaja yang kami nak.
tiada risiko yang perlu diambil..hehe..
bicara pasal kami.diri kami.fesyen.problems.study.
future.love.career.movies.our favourite.
sometimes lelaki.huhu..(benda baik je k..)
don't get it wrong friends!

Subhanallah.
Nikmat yang ALLAH limpahkan ini cukup bermakna
buat hidupku.

kehidupan ini tidak lengkap andai tanpa adik-beradik
yang cukup untuk membahagiakan kehidupan kita.
persaudaraan yang cukup erat.
ukhuwah yang begitu kuat.
kasih sayang yang tiada batasannya!

Alhamdulillah.
walaupun kami sangat berbeza dari segi tingkahlaku,
perangai dan ragam...
walaupun kami memiliki prinsip yang berbeza..

tapi kami masih berpegang pada satu kasih yang tiada
bandingan.
masih utuh pada sayang yang tiada bersempadan.
sentiasa taat kepada perintah ALLAH yang Maha Penyayang..
sentiasa menghormati kedua umi dan ayah yang cintanya
tiada berpenghalang...




KAKLONG.
kasih yang kaklong curah buat adik-adik kaklong
sangat acik sanjung tinggi.
seorang kakak yang sangat mudah dibawa berbincang.
sangat mudah mengalah.
sangat pemurah.







ANGAH.
seorang kakak yang sangat tidak berkira.
sanggup berhabis untuk keluarga.
agak sensitif bila melibatkan hati dan perasaan.
biasala...anak kedua..ngeh3..: )
sikap angah yang sangat mengutamakan keluarga
sangat acik hargai.





ACIK.
i can't value myself!
huhu..: )
but for sure..i am easy going.
easy to adapt.hehe..:)
rapat sangat dengan umie..
sangat seronok bercakap tentang
education dengan ayah..: )







ALANG.
walaupun agak malas sikit tapi seorang adik yang
sangat baik dan menghiburkan..: )
sentiasa jadi adik yang baik okey!
ketawa dan humour alang membahagiakan keluarga
kita..





ANIK.
seorang adik yang
paling adorable. manja. rajin.
anak bongsu perempuan yang sangat menarik walaupun
seorang pendiam.
dalam banyak hal, diam itu lebih baik kan?hehe..: )
terus tersenyum untuk keluarga kita.
you are the tallest now tau!
huhu..: )





ADIK.
satu-satunya adik lelaki yang acik ada di dunia sepanjang
hayat ini. kelahiran adik ke dunia merupakan satu anugerah yang
sangat disyukuri. lincah. aktif. intelligent. smart. a bit naughty!
handsome of course! huhu..: )
we love you so much adik.




semua insan di dunia ini yang memiliki adik-beradik
mempunyai pengalaman tersendiri..
dalam melayan karenah adik, abang atau kakak
masing-masing...

adik beradik lelaki atau perempuan sama sahaja...
selagi kita bijak menghargai kehadiran adik-beradik kita,
selagi itu bahagia itu milik kita..
INSYAALLAH...



jadikan hari-hari yang kita lalui bersama keluarga satu hari
yang cukup bermakna dan terindah..

appreciate your siblings as time
is yours!




Ratu Balqis tunduk kepada Raja Sulaiman

Assalamualaikum w.b.t

entry kali ini saya bawakan satu kisah
nabi a.s..

kisah Ratu Balqis dan Raja Sulaiman ini
pertama kali saya dengar melalui Ustaz
Fardhu Ain masa darjah 3..: )

minat untuk tahu dengan lebih mendalam lagi pasal
kisah ni bila dengar lagu nasyid BALQIS dari
kumpulan UNIC..

Sebuah lagu yang membawa pengisahan tentang
keegoan seorang wanita yang berpangkat dan berharta
jatuh di tangan kebijaksanaan seorang Nabi..

jom!
sama-sama kita selami kisah ni...
selamat membaca!
: )


SELESAI membangunkan Baitulmaqdis, Nabi Sulaiman menuju ke Yaman. Tiba di sana, disuruhnya burung hud-hud (sejenis belatuk) mencari sumber air. Tetapi burung berkenaan tidak ada ketika dipanggil.

Ketiadaan burung hud-hud menimbulkan kemarahan Sulaiman. Selepas itu burung hud-hud datang kepada Nabi Sulaiman dan berkata: “Aku telah terbang untuk mengintip dan terjumpa suatu yang sangat penting untuk diketahui oleh tuan...”

Firman Allah, bermaksud: “Maka tidak lama kemudian datanglah hud-hud, lalu ia berkata; aku telah mengetahui sesuatu, yang kamu belum mengetahuinya dan aku bawa kepadamu dari negeri Saba suatu berita penting yang diyakini.

“Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita yang memerintah mereka dan dia dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgahsana yang besar. Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari, selain Allah...”

Mendengar berita itu, Nabi Sulaiman mengutuskan surat mengandungi nasihat supaya menyembah Allah kepada Ratu Balqis. Surat itu dibawa burung hud-hud dan diterima sendiri Ratu Balqis.

Selepas dibaca surat itu, Ratu Balqis menghantarkan utusan bersama hadiah kepada Sulaiman. Dalam al-Quran diceritakan: “Tatkala utusan itu sampai kepada Nabi Sulaiman, seraya berkata; apakah patut kamu menolong aku dengan harta?

“Sesungguhnya apa yang diberikan Allah kepadaku lebih baik daripada apa yang diberikannya kepadamu, tetapi kamu berasa bangga dengan hadiahmu.

“Kembalilah kepada mereka, sungguh kami akan mendatangi mereka dengan bala tentera yang mereka tidak mampu melawannya dan pasti kami akan mengusir mereka dari negeri itu (Saba) dengan terhina dan mereka menjadi tawanan yang tidak berharga.”

Utusan itu kembali ke negeri Saba dan menceritakan pengalaman yang dialami di Yaman kepada Ratu Balqis, sehingga dia berhajat untuk berjumpa sendiri dengan Sulaiman.

Keinginan Ratu Balqis itu diketahui Nabi Sulaiman terlebih dulu dan beliau memerintahkan tenteranya, terdiri daripada manusia, haiwan dan jin untuk membuat persiapan bagi menyambut kedatangan Ratu Balqis.

Nabi Sulaiman juga memerintahkan Ifrit supaya membawa singgahsana Ratu Balqis ke istananya. Apabila Ratu Balqis tiba ditanya Sulaiman: “Seperti inikah singgahsanamu? Dijawab Ratu Balqis: “Ya, memang sama apa yang seperti singgahsanaku?

Kemudian Ratu Balqis dipersilakan masuk ke istana Nabi Sulaiman. Namun, ketika berjalan di istana itu, sekali lagi Ratu Balqis terpedaya, kerana menyangka air pada lantai istana Sulaiman, sehingga menyelak kainnya.

Firman Allah yang bermaksud: “Dikatakan kepadanya; masuklah ke dalam istana.
Maka tatkala dia (Ratu Balqis) melihat lantai istana itu,
dikiranya air yang besar dan disingkapkannya kedua betisnya.

“Berkatalah Sulaiman; sesungguhnya ia istana licin yang diperbuat daripada kaca. Berkatalah Balqis; Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman dan kepada Allah, Tuhan semesta alam.”

Peristiwa itu menyebabkan Ratu Balqis berasa sangat aib dan menyedari kelemahannya, sehingga dia memohon ampun atas kesilapannya selama ini dan akhirnya dia diperisterikan oleh Nabi Sulaiman.

Demikian kisah Sulaiman dengan tenteranya terdiri daripada manusia, haiwan dan jin dalam menjalankan dakwah Allah terhadap Ratu Balqis. Kematian beliau berlainan dengan manusia biasa.

Nabi Sulaiman wafat dalam keadaan duduk di kerusi, dengan memegang tongkat sambil mengawasi dan memerhatikan jin yang bekerja.

Firman Allah: “Tatkala Kami telah menetapkan kematian Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka setelah kematiannya itu melainkan anai-anai
yang memakan tongkatnya.

“Maka tatkala ia telah tersungkur, nyatalah bagi jin itu bahawa sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak akan tetap dalam seksa yang menghinakan.”

Benarkah Sistem Pendidikan di Malaysia Telah Disekularkan?





Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..w.b.t

Subhanallah..

Topik ini terlalu kritikal untuk saya utarakan
sebagai entry kali ini..
sebagai seorang individu yang masih terlalu
naif dalam membicarakan soal agama dan pendidikan
ini..
lebih elok andai kiranya saya membawa
pembaca di permukaan topik sahaja..

masih terlalu jauh juga untuk saya
mendalami ilmu pengetahuan sebegini...

Namun,
sebagai seorang bakal guru..
insyaALLAH yang akan turut berkecimpung
dalam bidang pendidikan,
saya turut terpanggil untuk memanipulasi
persoalan ini..

Apakah itu sekularisme?

sekularisme merupakan satu fahaman yang
memisahkan antara agama Islam dan kehidupan
seharian.

itu definisi secara amnya la..
secara mendalam lagi,
sila rujuk individu yang lebih expert..
hehe..: )

satu lagi persoalan yang saya akan manipulasikan.

Di manakah letaknya unsur-unsur Islam dalam perancangan kurikulum?

Untuk menjawab soalan ini, kedua-dua Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) perlulah diamati dan
dikupas dengan sedalam-dalamnya.

Walaupun Malaysia mengamalkan pendidikan moden tetapi ini
tidaklah bererti bahawa kita mempertahankan pendidikan sekular
yang menolak sama sekali unsur-unsur keagamaan dan ketuhanan.

Perancang pendidikan, khasnya perancang kurikulum di Malaysia
sedar betapa buruknya tradisi Barat yang menjadi asas kepada
pendidikan sekular, iaitu seperti yang termaktub dalam kata-kata
“give unto Caesar what is Caesar’s, and give unto
God what is God’s.

FPN menekankan faktor pembinaan insan yang sempurna yang
bertentangan dengan apa yang berlaku di Barat di mana mereka
banyak menghasilkan “educated barbarian”.

Pendidikan yang mampu menghasilkan orang yang
terdidik dan kaya tetapi jiwanya gersang dan ketandusan
unsur-unsur kerohanian akan menyebabkan masyarakat
yang sakit menjadi bertambah tenat.

Kita tentu tidak mahu melihat rakyat Malaysia yang
hidup di atas pegangan “membujur lalu melintang patah”.
Berdasarkan keterangan di atas, didapati FPN secara lantang
menolak konsep pemisahan di antara pendidikan dengan agama.

Tetapi, sejauh manakah konsep ini telah direalisasikan
di dalam sistem pendidikan negara kita?

Dan adakah konsep ini telah difahami, dihadam dan
dipraktikkan oleh semua rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam?

Ada yang berpendapat bahawa sebenarnya sistem
pendidikan kita telahpun disekularkan dari awal-awal lagi.

Jika kita halusi perjalanan pendidikan yang kita lalui selama
ini memang jauh berbeza dengan sistem pendidikan yang
diterima oleh cendekiawan Islam yang terdahulu seperti
al-Farabi, al-Kindi, Ibn Sina dan Ibn Khaldun.

Dari kecil kita di ajar membaca, menulis, mengira dan menyanyi.
Kemudian kita diajar dengan pelbagai matapelajaran dan
diwajibkan untuk menduduki peperiksaan.

dan saya pasti pengalaman kita sama bukan?: )



Keputusan peperiksaan diibaratkan seperti penentu masa
depan sehingga ramai yang belajar secara berorientasikan
peperiksaan. Tamat sahaja peperiksaan, hilanglah segala ilmu yang ada.

Seterusnya pengajian diteruskan ke peringkat yang
lebih tinggi di institut pengajian tinggi.

Sebagai siswazah, kita diminta membuat
pilihan untuk mendalami ilmu di dalam satu bidang sahaja.
Sebagai contoh untuk menguasai bidang Biologi.

Setelah menamatkan pengajian, didapati graduan
tersebut hanya mengenali dunia Biologi, itupun
terbatas kepada subtopik tertentu sahaja.
Tanpa disedari, akhirnya kita sendiri dapat melihat
bagaimana pemisahan yang berlaku antara pendidikan
dengan agama di dalam sistem pendidikan yang masih
kita amalkan sehingga ke hari ini.

Hal ini jauh berbeza dengan sistem pendidikan
yang dilalui oleh cendekiawan Islam masa lalu.
Dari kecil mereka dilatih untuk menghafaz al-Quran
dan mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar.

Dengan berbekalkan hati yang bersih dan keberkatan
dari Allah SWT, mereka meneruskan perjuangan
dalam menuntut ilmu sehingga menjadikan mereka
pakar di dalam pelbagai bidang.

Sikap mereka yang tidak memisahkan antara
pendidikan dengan agama dan ketuhanan telah
membentuk mereka menjadi teknokrat Islam yang ternama.





Mereka bersedia menjadi sumber rujukan
masyarakat apabila wujudnya masalah dalam masyarakat.

Apabila wujudnya isu pengklonan manusia,
ramai tokoh-tokoh ulama dan pemikir memberikan pendapat
dan hujah. Kita juga ingin mendengar hujah-hujah dan idea
dari golongan teknokrat Islam.

Sejarah Islam dahulu boleh dibanggakan dengan
lahirnya teknokrat Islam seperti Ibnu Sina.
Dia bukan sahaja mahir dalam bidang agama
tetapi juga merupakan bapa kedoktoran Islam pada masa itu.
Buku-buku perubatannya menjadi rujukan dinegara-negara barat.

Imam Abu Hanifah yang warak juga merupakan tokoh perniagaan
yang handal dan jujur.

Al-Khawarizmi pula merupakan tokoh dalam
bidang matematik (Utusan Malaysia 27 Jun 1997).

Namun, itu semua faktor sejarah yang lalu dan pada masa
ini amat sukar untuk mencari seorang teknokrat Islam seperti mereka!

Wallahualam.

ASKAR dan WANITA....relevenkah?

askar wanita.
pasti yang akan tersedak bila terdengar ini!
mengapa?
persoalannya...
mampukah seorang wanita yang lumrahnya dikurniakan
kelembutan dan penuh kesopanan menjadi seorang ASKAR??

memegang tittle seorang TENTERA?!

jawapannya..
tepuk dada tanya iman.

masing-masing mempunyai pandangan tersendiri.
masing-masing memiliki tafsiran sendiri mengenai hal ini.

bagi saya..YA!
MAMPU!

tak tumbuh tak melata.
tak sungguh saya tak kata.

saya senang berbicara apabila saya ada pengalaman itu..
tapi bukan saya berpengalaman sebagai askar..hehe..:)
but..my sister!

wanita tak cukup tough untuk jadi askar???
wanita tak cukup lasak untuk kerjaya ini???
you find it wrong..

hakikatnya..semuanya terserah pada kemampuan, minat,
keazaman dan kesungguhan seseorang individu itu sendiri..
hendak seribu daya..
tak hendak sejuta alasan..:)

sebelum mencapai kemerdekaan lagi, wanita-wanita bangsa kita
memiliki semangat perjuangan yang begitu tinggi untuk mempertahankan
maruah dan identiti negara dan tanah air!

mereka tegar untuk sama-sama bangun, mengangkat dan
menggalas senjata menentang penjajah.
bukankah itu satu bukti yang cukup kuat untuk
meletakkan kemampuan wanita di satu tempat yang tinggi?

terserah pada tafsiran.

ok friends.
lets talk about it.
sebagai seorang adik kepada seorang bakal bergelar askar WANITA..
saya turut diterjah dengan pelbagai persoalan tentang ini.



NORSHUHIDA BT MOHD SHUKRI.
seorang kakak yang cukup rapat dengan saya.
seorang yang lembut.
jika dipandang dari fizikalnya, mustahil itu fizikal seorang askar!
hehehehe..:)

mengapa?
berkulit putih.
lembut.
ayu dan sopan.
nampak macam tak tahan lasak.
huhu..



tapi hakikatnya..she is the strongest woman i ever known
after my umie..
kaklong cakap dia mula minat berkawad dan badan
beruniform ni semua selepas dia terpilih untuk menyertai
PLKN sesi pertama 6 tahun yang lalu..

selama hampir 3 tahun dia menjadi sukarelawan JPA..
juga salah satu badan beruniform yang ada kat Malaysia ni..
start from that moment and now on...dia masih bertaut teguh
pada minatnya tu..
hehe...

dan alhamdulillah...mendapat sokongan penuh dari kami
sekeluarga walaupun kerjaya ini bukan satu kerjaya yang ideal
untuk seorang wanita..
hmmm...

kaklong pernah cakap..dia pernah kena denda masa kat
kem rekrut sebulan yang lepas...
sebagai seorang tentera, of course dendanya bukan sekadar
lari keliling padang atau naik atas kerusi..
hehe..:)

pumping guna dagu!
ever heard??
kena makan cili api sebab tak fokus dalam kelas..
huhu..
scary la jugak..

ok.just imagine.
seorang perempuan tapi turut diasak dan diuji kemampuannya
sama seperti barisan askar lelaki yang lain.
turut melakukan segala aktiviti macam askar lelaki buat jugak.

kawad.naik turun bukit.jungle trekking.
angkat letak senapang.meniarap.merangkak.
dan banyak lagi lah.

kulit dari seputih-putih kaklong yang dulu..
hari tu dah macam bulu burung gagak..
huhu...
sorry long..

tapi bagi seorang tentera yang berjiwa kental macam
KAKLONG, 'it is my choice dear...'
huhu...

apa-apa pun..GOOD LUCK untuk seorang kakak yang
sangat dedikasi dan kuat!
acik tabik spring kat kaklong!!


terima kasih kerana memberi satu contoh terbaik untuk
kami adik-adik kaklong..








YOU INSPIRE US!
WE LOVE YOU!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tabung kereta :)