tabung kereta :)

Wednesday, September 16, 2009

Ramadhan Berlalu..Lebaran Menjelma..

assalamualaikum w.b.t

beberapa hari sahaja lagi..bulan penuh keberkatan bakal pergi meninggalkan kita..pergi meninggalkan seribu makna yang tidak terhingga. yang tiada di bulan lain. belum puas berdampingan dengan ramadhan. hati ini belum bersedia melepaskan ramadhan. perginya ramadhan bakal di rindui...entah masih berpeluang untuk menyambut ramadhan seterusnya......

justeru.
sempena syawal yang bakal menjelma menggantikan ramadhan ini. saya ingin mengucapkan Salam Lebaran dan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat keluarga tercinta, saudara mara, semua sahabat handai khususnya 3PPISMP KS 1, guru pelatih IPGM Kampus Tuanku Bainun serta semua pensyarah, cikgu - cikgu dan kawan - kawan kat SCIPP.. dan kepada semua yang mengenali diri ini....semoga syawal ini mencurah selautan pengertian buat kita semua. ampun maaf dipinta atas semua salah dan silap. maaf zahir dan batin.



wassalam.

Monday, September 7, 2009

pergi tak kembali

17 Ramadhan 1430H

hari baik Nuzul Quran, bulan baik Ramadhan Mubarak

setiap yang hidup dan dicipta pasti akan kembali ke penciptaNYA.
semoga arwah ditempatkan bersama para solihin

InsyaALLAH
~al Fatihah dan sekalung doa buat arwah~


Saturday, September 5, 2009

kamu akan terus menunggu bukan?

assalamualaikum..

Sudah 4 hari saya biarkan dia. Saya abaikan dia. Saya tidak bertanya khabar dia. Hanya sekali sekala selisih dan berpandangan. Saya senyum. Dia tidak membalasnya. Mungkin dia tersinggung dengan sikap saya. Kerap kali saya menatapnya, tapi dia sungguh tulus menanti. Saya biarkan dia menunggu saya tanpa sepatah kata. Bukan saya tiada masa untuk dia. Bukan juga saya tiada waktu untuk diluangkan untuk dia.

Tapi entahlah. Saya teringin untuk menatap mukanya. Teringin benar untuk berbicara dengan dia. Tapi saya juga tidak tahu mengapa, hati ini belum tergerak untuk mengambilnya sebagai sesuatu yang amat bermakna buat diri saya.

Cuti tiga hari tanpa rakan sebilik pun tidak mampu untuk saya mengajaknya sebagai teman. Untuk menemani saya yang kebosanan. Mungkin keluar bersama. Mungkin juga berbuka puasa bersama – sama. Teringin juga. Jauh di sudut hati, saya tahu dia terkilan dengan apa yang saya lakukan kepada dia. Tapi dia tetap diam penuh sabar. Menunggu saya penuh erti. Mungkin kerana kesibukan. Mungkin juga saya belum bersedia. Ya! Saya belum bersedia. Saya belum bersedia untuk bertatap muka dengannya. insyaALLAH, saya akan cuba persiapkan diri dahulu sebelum bertemu dia…


*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*



Buat SI DIA, wadah ‘Isteri Mithali Idaman Seorang Suami’..maafkan saya.. bila saya sudah bersedia, kurang sibuk, saya akan bertatap muka, menghabiskan bacaan dan berbicara dengan kamu ya. Saya akan meminta kamu menemani dan menghilangkan kebosanan saya. Kita keluar bersama. Masih gusar untuk membelek helaian kamu. jangan marah ye. Mungkin kerana masa itu masih jauh. Tapi persediaan itu perlu bukan? hehe... Terima kasih kerana masih menunggu penuh erti di rak meja saya..: ) kamu akan terus menunggu bukan?

benar. saya dapatkan kamu bukan untuk diabaikan.


Friday, September 4, 2009

mengapa bibir ini semakin sukar mengukir senyum

assalamualaikum..
Alhamdulillah ‘ala kulli hal.
alhamdulillah atas nikmat iman dan islam.

entah mengapa sejak akhir-akhir ini saya lebih gemar membaca buku, blog atau halaman internet dari menulis. mungkin ada hikmahnya untuk saya ber'hibernasi' sebentar untuk menilik diri nurani dan bermuhasabah di bulan penuh keampunan ini.

mengapalah. senyum semakin susah untuk diukir. untuk dihadiahkan kepada insan-insan yang bertatap muka dengan saya. kadang-kadang bila emosi 'tidak senyum' tapi bibir perlu senyum, merasakan diri ini sangat hipokrit. PLASTIK! benarlah, senyum itu sedekah. senyum mampu bagi kebahagiaan kepada orang lain. jadi saya harus senyum. hmm

setiap manusia PASTI ada masalah. tidak terkecuali saya dalam menempuh hidup yang penuh mehnah dan tribulasi ini. tapi sejak akhir-akhir ini, masalah itu benar-benar menguji kekuatan diri. cabaran Ramadhan barangkali. orang kata, masalah membenihkan kedewasaan. cabaran memutikkan kematangan.


untuk seseorang yang buat bibir ini semakin sukar untuk senyum, ketahuilah. kamu tidak selalu benar. kamu tidak akan sentiasa berada di atas. hanya ALLAH yang tahu. kamu mahu difahami tapi kamu tidak pernah cuba untuk memahami. kamu mahu diri dibimbing untuk berubah, tapi kamu tidak pernah cuba untuk membimbing diri kamu ke arah satu perubahan. kamu tidak suka orang cakap belakang, semua orang begitu. tapi kamu juga pantang orang menegur dan memberi nasihat. itu silap kamu.

saya tidak pernah mengatakan diri saya yang baik dan betul. tidak. tapi cara kamu yang salah. cara kamu langsung tidak berhikmah. kamu pentingkan diri. kamu menggunakan orang untuk kepentingan peribadi kamu. kamu mungkin bijak dalam mengungkap kata dan meraih 'defender' untuk menyokong kamu tapi kamu kurang bijak dalam menilai diri kamu. kamu mungkin bijak dalam mengaut majoriti penyokong untuk memihak kepada kamu. tapi kamu kurang pandai dalam memaut fikiran kamu untuk matang. kamu mungkin bijak untuk berkata-kata untuk orang mempercayai bahawasanya kamu benar dan saya salah. tapi kamu kurang cerdik dalam menghitung balasan Allah.

kamu sangat berpura-pura. pujian kamu sebenarnya satu penghinaan. senyum kamu hakikatnya satu pendustaan. selagi saya tahu apa yang saya lakukan, selagi saya tahu di mana saya, saya tidak akan rebah! itu saya pasti dengan janji Allah. mungkin kamu akan tersenyum lebar apabila melihat air mata saya. mungkin kamu akan bergelak puas dengan tangisan saya. tapi selagi termampu, perkara itu tidak akan berlaku. kecuali dengan ketentuan Allah.

selama ini kamu merasakan kamu boleh berbuat sesuka hati. memandang insan di bawah kamu sebagai yang hina dan bisa diperlekeh? kamu silap besar. kamu tergelincir dari perhitungan kamu. kamu menganggap orang di bawah kamu sebagai lantai untuk kamu pijak dan kotori? maaf.

saya menyayangi kamu sebagai seorang kawan. sebagai sahabat seagama. seakidah. sebagai teman yang sama-sama memegang gelaran kaum Hawa. sebagai rakan yang bisa bergelak ketawa dan sedih bersama. menghormati kamu sebagai seorang yang tegas pendirian. tapi saya benar-benar silap. kamu bukan begitu. kalau sekali dua mungkin masih boleh diubati. tapi andai luka itu berkali-kali mencengkam pada parut yang sama, parah. parah untuk diubati.

biarlah orang menilai saya sabagai keras hati atau keras kepala atau apa sahaja. memaafkan mungkin sudah tetapi melupakan mungkin payah. kepercayaan yang hilang tidak ada galang ganti. dan saya tidak mahu terus menjadi PLASTIK dan berpura-pura. saya masih boleh terus hidup walaupun tanpa kamu. selagi Allah bersama.

wallahua'lam.

p/s : mungkin saya tidak mampu menjadi KRISTAL, tapi saya lagi tidak mampu menjadi PLASTIK.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tabung kereta :)

Daisypath Happy Birthday tickers