tabung kereta :)

Monday, October 15, 2012

Lima tahun dengan braces

Assalamualaikum.

sekarang ni orang cakap pakai braces sudah jadi trend. mungkin ya jugak :) tapi saya pakai braces dulu bukan sebab trend atau fesyen, tapi lebih kepada menjaga kesihatan gigi. saya mula pakai braces pada bulan Ogos 2007. macam macam suka duka bila pakai braces ni. dua bulan pertama memang sangat tidak selesa, even nak bercakap pun rasa segan dan agak susah. HAIH


Tapi bila dah lama lama, jadi semakin selesa dan confident. tapi penjagaan gigi masa pakai braces ni agat leceh jugak la. sebab selalu kena godok gigi setiap kali lepas makan. kena gosok gigi sebab sisa makanan yang ada dekat braces tu akan membuatkan kita tak selesa dan akan bagi masalah kepada kesihatan gigi dan mulut :)


 braces dah jadi sebahagian dari hidup saya .5 tahun. bukan sekejap :)



lepas 5 tahun saya pakai braces, braces sudah jadi sebahagian hidup saya. orang kenal saya dengan braces. bila buat oppointment dengan doktor April 2012 dan doktor bagi tarikh untuk datang buka braces, saya rasa sayang pula nak buka braces ni. dah seronok pakai. yelah. 5 tahun dia ada dengan kita :')


tapi sampai bila nak terus pakai braces ni kan, lama lama kena buka juga. lepas dah tak pakai braces ni, rasa tak reti pulak nak senyum. mungkin sebab dah lama senyum dengan besi dekat gigi. rindu dekat braces =_=*



 tanpa braces tersayang sayang  =_=!


terima kasih sudi baca.
Wassalam.

Benarlah. Sabar itu indah :)

Assalamualaikum.


dulu, dulu dulu.
saya seorang yang sangat cepat melenting. ada sahaja yang tidak kena pasti bising bising. marah marah dengan hati kering. tapi syukur lah tidak pernah lagi ada benda terpelanting HEHE.


bukan saya tidak sedar tentang sikap diri sendiri yang satu ini. mungkin terlalu keras kepala dan penting diri. bukan juga tidak berusaha untuk menjauhi. tapi sukar dibendung bila emosi menguasai hati. HMM


sekarang. ya sekarang.
saya rasa semakin matang. seseorang mengajar saya tentang erti sabar dan bertenang. meskipun bukan senang, tapi tidak salah beruasaha dan mencuba sebelum menang. KAN?


terima kasih dia. ya dia.
kerana sanggup bersabar dengan karenah saya.

terima kasih dia. ya dia.
kerana mampu senyum walau perangai saya semasam cuka.

terima kasih dia. ya dia.
kerana ada bersama menyumbang bahagia.



Wassalam :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tabung kereta :)