tabung kereta :)

Saturday, June 4, 2011

Ku Damba RedhaMu

Assalamualaikum


Bagaikan hausnya bumi gersang
Yang kering lantaran tidak disirami hujan
Begitu sepinya dan rindu hatiku
Bila cinta Mu tidak bersemi

Berjalan aku bagai kesesatan
Di tanah Tuhan diriku ditinggalkan
Tiada tempat untuk kumengadukan
Resah hidupku ditimpa sesalan

Aku dambakan
Dambakan cinta
Cinta sejati yang kekal selamanya
Biarpun pahit perjalanan meraihnya
Demi redha Mu kuharungi jua

Aku bersaksi bahawa Kau sesungguhnya
Tuhan yang Agung Pencipta segalanya
Tempat ku bermohon dan berlindung
Dari kehinaan dan kemusnahan

Kerana cinta lahir dari sanubari
Biarpun perit menuju cintaMu
Namun sedikitpun tidak menggoyah tekadku
Biar diracun dunia

Ya Allah tidak kusedari
Selama ini cinta Mu tak pernah menyepi
Rahmat kasih sayang Mu yang tiada bertepi
Setiap hambaMu tetap Kau sayangi

Biarpun banyak dosa yang menghimpit diri ini
Janji pada hambaMu tak pernah Kau mungkiri
Maafkanlah
Redhailah.....


Wednesday, June 1, 2011

bukan segalanya boleh dilafazkan

Assalamualaikum.
subhanallah. alhamdulillah. allahuakbar.

pernah dengan istilah 'hidup ini seimbang dan vise versa'? atau 'you deserved what you did'? ^________^. dan pernah lalui situasi ini? tipulah kalau jawapannya *geleng*. maksudnya hidup ini sentiasa adil. kita akan dapat balik apa yang kita pernah buat. kalau perkataan kasarnya, balasan. contohnya, kamu pernah cuba untuk menjatuhkan seseorang kerana cemburu mungkin. dan pada suatu masa, kamu sendiri yang dijatuhkan, atau kamu sendiri yang terkena tempias akibat tindakan sendiri.

bukan ini yang nak diluahkan dalam entry ni sebenarnya. tapi perihal sesuatu perkara yang bukan segalanya boleh dilafazkan. bukan semua benda yang kita nak ia terjadi akan terjadi. dan bukan semua perkara yang kita nak luah tetapi sungguh payah untuk dituturkan.

baru-baru ini saya membuat satu keputusan. keputusan yang amat penting yang telah merubah segala keadaan yang sebelumnya baik dan indah. andai saya tahu keputusan itu bakal merubah semua, mungkin keputusan itu tidak akan wujud sekalipun. kadang-kadang, keputusan kita ibarat lalang, yang bisa sahaja bergoyang-goyang tatkala ditiup angin. kadang-kadang, keputusan kita ibarat air yang boleh pasang dan surut. mengapa ya?

mungkin. kerana keputusan itu terlalu terburu-buru. mungkin. kerana apa yang diputuskan itu adalah cara terbaik untuk semua. biarlah orang terus tertanya-tanya mengapa keputusan itu dibuat. biar di satu pihak di sini juga turut mendapat keputusan yang sama seperti pihak di sana terima. biar kedua-duanya adil. mungkin itu yang terbaik.

jauh di lubuk hati, diri ini mahukan sebuah keadaan yang sama seperti sebelum keputusan ini wujud. sungguh, hati ini benar-benar merindui persahabatan yang akrab, yang tiada batasan perasaan yang terpendam. yang boleh berjenaka dan berkongsi masalah. yang selesa bercerita dan bergurau. rindu. meskipun persahabatan itu hanya singgah sebentar cuma. semua persahabatan ibarat seperti titisan embun yang mendamaikan kehijauan taman.

selepas keputusan itu, diri sedaya upaya mahu mengubah dan memperbaiki keadaan. namun, mungkin nasib tidak menyebelahi insan ini. semakin hari semakin jauh. meski yang dipinta sebuah persahabatan, tetapi sebuah kesakitan yang dilemparkan. kesakitan yang tidak pernah diduga dari seseorang yang dianggap ' the best 1st impression'. tanggapan berubah serta-merta. seseorang yang dianggap dapat memahami, tetapi menyakiti. seseorang yang dianggap menemani, ternyata mendustai. dan seseorang yang dianggap sejati, ternyata menghancurkan hati.

biarlah hati ini dan Allah s.w.t sahaja yang tahu betapa beratnya keputusan ini dibuat. betapa mendalamnya sebab menagap keputusan ini dibuat. kerna jika mereka tahu sekalipun, mereka mungkin tidak akan pernah memahami.

semoga diri ini terus diberi kekuatan untuk mengharungi arus perjalanan ujian ini. semoga diri ini terus utuh, seutuh akar-akar yang menyokong pepohon, semoga diri ini terus tegar, setegar dahanan yang gah menggapai awan. orang kata, ujian ini mematangkan kita. dan saya mahu berkata, ujian ini benar-benar membuat saya kenal siapa diri saya yang sebenarnya. ^_____^




walau aku senyum bukan bererti.
aku selalu bahagia dalam hari.
ada yang tak ada di hati ini.
di jiwa ini hampa.
:)

assalamualaikum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tabung kereta :)