tabung kereta :)

Monday, May 30, 2011

pesan umi



Assalamualaikum w.b.t
Salam selautan kesyukuran buat semua atas segala nikmat pinjaman yang masih dianugerahkan Allah kepada kita. Nikmat yang tidak boleh dijual beli. tidak pernah punya galang ganti.

Sungguh. terlalu banyak ujian dunia dan dugaan hati sejak akhir-akhir ini. terkadang hampir rebah dek bebanan fikiran yang terlalu besar. Semalam baru sahaja selesai Kursus Kepimpinan Asas Tahap 1 PPIM. Penat yang membahagiakan. Amanah sebagai Kem Komander tidak pernah terjangkau untuk digalas. Terlalu besar kepercayaan dan keyakinan yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah PPIM, sahabat-sahabat PPIM sem 3 dan 5 serta guru-guru SABK.

Namun, amanah ini diterima untuk mencabar diri sendiri. Orang lain boleh, mengapa tidak Nursufi..? ketika diberi mandat ini, insan pertama yang terlintas di fikiran adalah seorang sahaja. UMI. meluahkan segala keresahan yang terbuku di hati. sungguh, amanah bukan mainan.

pesan umi...
anggap amanah ini sebagai satu medan untuk mempelajari perkara yang kita tidak pernah lalui sebelum ini.
pesan umi...
cabar diri sendiri. kalau orang lain boleh, mengapa tidak Nursufi..? mengapa perlu menunding jari kepada orang lain yang memberi kepercayaan kepada kita.
pesan umi...
buat yang terbaik. bukan semua orang mendapat peluang yang kita dapat. hargai peluang itu dengan kesungguhan dan komitmen.

hasil pesanan umi? sangat lumayan. Alhamdulillah, segala gerak kerja berjalan dengan baik. berkat doa umi ayah, sokongan dan bantuan sahabat-sahabat dan pensyarah yang sentiasa memberi tunjuk ajar.

Melalui kursus ini, terlalu banyak perkara dipelajari. terlalu banyak perkara yang perlu diubah. sebagai seorang wanita khususnya.

pesan umi...
sebagai seorang wanita, perlu menjaga maruah diri dan nama baik keluarga. jangan jadikan keturunan tercemar dengan perkara maksiat.
pesan umi...
sebagai seorang wanita, kita jangan terhegeh-hegeh. jangan menjadi seorang wanita yang sugguh mudah menerima lelaki asing dalam hidup. kerana wanita mudah alpa dan hanyut tanpa keimanan yang tinggi.
pesan umi...
jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan dari seseorang. terima kelemahan orang dan hargai kelemahannya itu. mungkin ia pelengkap kepada kelemahan kita.



dan doaku.



semoga aku sentiasa dalam jagaan Allah dan terpelihara dari segala bisikan syaitan. semoga aku diberikan kekuatan untuk menjadi seorang wanita yang dipandang mulia. semoga aku, umiku, keluargaku dan seluruh umat Rasulullah terus dan terus dibawah payung rahmat kasih sayang Allah.

ameen.ameen.ameen.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tabung kereta :)