tabung kereta :)

Wednesday, November 10, 2010

En Geog bin Rafi

11/11/10 - 11.30 pagi

Assalamulaikum WBT~

hmmm....
mengakhiri paper major Geografi Persekitaran dengan senyuman. senyum kerana?? keliru..susah.soalan yang susah.=( apa lah yang saya belajar selama satu sem ni. pengajaran dari pensyarah sudah baik, cara pembelajaran saya yang salah, mungkin =) tidak mengapa lah. bak kata pepatah, yang sudah jangan dikenang...(yo iyo lah tuu....)

Oh En Geog bin Rafi~

melukis carta pai tanpa jangka sudut atau peralatan lain yang boleh digunakan untuk menekap amatlah menyeksakan. mahu sahaja terburai ketawa sorang-sorang bila tengok carta pai sendiri atas kertas...PAI?? dah macam nasi lemak dah 'carta pai' saya...maaf ye En.Salis...=) tidak terlintas pula nak bawa jangka lukis. dan saya yakin, kawan-kawan yang lain pun berkongsi nasib yang sama dengan saya...ahaks!

satu lagi paper terakhir Isnin nanti. paper minor.PJ. agak menyeksakan jiwa apabila berada dalam satu sistem pendidikan yang BERORIENTASIKAN PEPERIKSAAN. tapi itulah hakikat sistem pendidikan kita. anda mahu pendidikan?? anda wajib tempuhi peperiksaan......=)

p/s ::: enjoy jap sementara menunggu paper PJ 3 hari lagi =)

Tuesday, November 9, 2010

sELamat HaRi Lahir PutEri SuLuNg UMI AYAH~

KAKLONG~

SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN KE 24.

semoga bahagia.
dipanjangkan umur.
dimurahkan rezeki.
berjaya dunia akhirat.
jadi solehah.
tercapai segala hajat.
cepat-cepat kahwin.
terima kasih jadi kakak yang baik.
terima kasih atas sikap yang menyenangkan.
terima kasih atas segala teguran da nasihat.
maaf atas segala salah silap.
maaf atas segala ketelanjuran kata.
acik menyayangimu...=)

SELAMAT HARI LAHIR!

warkah buat sahabat~ ALLAHYARHAM AHMAD SYAMIL BIN BASRI

091011 – 5.35 petang (Selasa)

Bismillahirrahmanirrahim… Syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih dikurniakan segala macam nikmat bagi meneruskan hidup dimuka bumiNYA ini.

Warkah ini terhasil tatkala hati dan ingatan yang merindui sahabat yang telah kembali ke rahmatullah hampir sebulan yang lalu. Warkah tanda kerinduan yang tak pernah terhenti.

AHMAD SYAMIL BIN HJ BASRI,

Hampir sebulan Syamil meninggalkan kami. Meninggalkan keluarga tercinta. Meninggalkan dunia yang fana. Meninggalkan segala-galanya untuk menemui yang Maha Pencipta. Selama hampir sebulan ini jugalah senyuman-senyuman kami tidak berseri, tawa kami bagai satu lakonan, bahagia kami tidak bermakna. Tapi hakikat ini harus kami akui…..kenyataan ini perlu kami redhai…..Allah lebih menyayangi dirimu~

Usia persahabatan dua tahun setengah ini akan dikenang hingga hujung usia. Sampai bila-bila. Terlalu banyak kenangan dan memori bermakna terukir dalam persahabatan ini untuk dikenang. Untuk diketepikan jauh sekali.

Sha masih ingat lagi hari kita buka puasa satu kelas dengan tutor dan Pn.Khartijah kat Bangkok Station. Syamil beriya-iya ajak sha naik kereta sekali dengan kawan-kawan yang lain. Padahal masa tu kereta yang Syamil bawak tu dah ada 3 penumpang kat belakang. Sha naik juga kereta tu walapun kami terpaksa berhimpit-himpit dalam kereta tu…sedangkan kereta yang Nabil bawak kosong dan tak ada penumpang…=) sampai Kak QQ tak boleh duduk atas seat…Syamil bawak kami pergi bazaar, round-round dulu sebelum balik…on the way balik, kami (sha, kak nad, ieza, kak qq & haq) nyanyi lagu raya ramai-ramai…sampai Syamil baca Yasin sebab suruh kami berhenti…=) rupa-rupanya itu kali terakhir Sha jadi penumpang Syamil.

Sha masih ingat lagi hari yang kita pergi Perlis…Syamil, Sha, Kak Nad, Ieza, Haq, Kelly dan Bib….Kami yang paksa Syamil sewakan kereta untuk pergi kenduri kakak Timex. Dalam ‘malas’ Syamil pun, Syamil akan buat jugak…=) Syamil cakap kami dah kacau waktu tidur Syamil sebab kena bangun awal-awal pagi….satu hari kita round Perlis. Kita g Padang Besar, g tengok burung unta…Syamil bawak kami balik rumah…mak Syamil pun terkejut sebab bawak penumpang semua perempuan…=) Syamil je yang mudah untuk kami mintak tolong..ajak kemana-mana sekalipun….tak pernah menolak……..tak pernah berkata TAK BOLEH….=)

Sha masih ingat lagi betapa gembiranya hati bila dapat pergi Tambun. Walaupun perancangan asal nak pergi satu kelas, tapi last-last tinggal Bab, Syamil, Kak Nad, Sha, Ieza dan Bib je yang ikut. Kita sewa Avanza. Tersangat –sangat gembira hari tu…Syamil dan Bab paksa2 sha suruh naik terowong gelap tu…sha taknak sebab takut…=) pastu confirm kena ejek dengan syamil. Nakal sungguh. Pastu bila masuk zoo, syamil sengaja elak kambing-kambing suruh kejar Sha ngan Bib….sampai kami lari lintang pukang..=) Tak habis-habis menyakat….tapi itu kenangan yang kami akan ingat sampai bila-bila….

Syamil suka tarik beg budak-budak perempuan kelas kita masa jalan. Dan Sha lah mangsa yang paling familiar sekali..=) sambil2 bawak motor pun sempat lagi tarik beg masa kami jalan nak balik hostel. Suka tarik kerusi masa dalam kelas…baling-baling pemadam tu dah biasa sangat…kalau tak menyakat, bukan Syamil lah namanya…..

Sha ingat lagi masa Majlis Persaraan Puan Khartijah….Syamil, Bab, Nabil, Lan, Sha, Kak Nad dan Ieza duduk semeja masa majlis tu…kami bertiga pun tak tahu kenapa kami duduk semeja dengan kalian..sedangkan banyak lagi tempat kosong kat meja lain…..rupanya itu majlis terakhir kita bersama…

“Sha potong kek selekeh laaa….macam tuan jugak…” sambil Syamil ketawa besar. Sha mencebik. Memang dah lali dengan kutukan-kutukan Syamil…=)

“Yela…yang selekeh tu sha la…tapi kalau sha yang tak potong, sape nak potong….” Sengaja menuturkan ayat kesian…

“Eh…eh…sha kira bertuah la ni diberi pengiktirafan untuk potong 2 biji kek Pn. KB ni….Meh Syamil tolong….selekeh….selekeh….” Syamil ketawa lagi. Hahaha…ketawa la puas-puas Syamil oii..tapi tangannya bergerak membenarkan kata-kata untuk tolong tadi. Kek yang dipotong, Syamil letak dalam pinggan polestrene dan bagi kat budak-budak kelas yang lain…=) malam tu memang sangat terasa keakraban kita…kita bersembang, bergelak ketawa, makan bersama……alangkah indah jika masa itu dapat diputar kembali….ingin sha ulangi kenangan itu berjuta kali sekalipun…..

Sha ingat lagi masa Syamil, Kak Nad, Sha n Ieza keluar untuk beli barang-barang sumbangan untuk BIG hari tu, Syamil belanja kami bertiga makan pizza. Memang itulah sikap Syamil yang jarang ada pada orang lain. Generous dan tak pernah berkira. Sha ingat lagi masa on the way balik dari BIG, kita turun untuk ambik gambar kat signboard dan signboard tu jatuh, sampai tutor marah-marah kita…=)

Sha ingat lagi pagi Sabtu kita buat latihan untuk amali pergerakan asas…hari tu Syamil paling nakal dengan Sha…tapi Atin n Mira cakap Syamil paling tak nakal minggu tu…=) pagi tu, memang sungguh-sungguh Sha kena sakat dengan Syamil….Syamil kejar Sha dengan bola gimrama yang besar tu…baling bola la…baling pundi kacang la..baling gelung rotan la…macam-macam lagi Syamil buat..bukan kat Sha je, Kak Nad ngan Kak QQ pun kena sama….Syamil cakap Sha lembik, tak reti nak buat pergerakan…Sha ingat lagi hari tu jugak…Syamil offer nak ajar cara nak tanduk bola…Syamil cakap tak best la kalau main bola sepak tapi tak tahu nak tanduk bola…Sha angguk je…Syamil ajar dan ajar…..tapi sha tak reti-reti jugak…=) Sampai Syamil cakap, lain kali plak…..tapi……`lain kali’ tu takkan pernah wujud dah….sebab itu yang terakhir kalinya………=(

Sha ingat lagi plan kita berempat nak pergi Langkawi dan beberapa tempat lain lagi awal tahun depan…tapi kita hanya merancang Mil…..insyaALLAH kami akan pergi meskipun tanpa Syamil…hobi dan kesukaan kita untuk travel dan jalan-jalan yang kita berempat kongsi ni akan kami teruskan jugak. Sha, Ieza dan Kak Nad dah banyak plan nak g jalan-jalan..=) setiap kali kami plan apa-apa, mesti nama Syamil yang akan kami sebut….

MIL…..saat mendengar perkhabaran pemergianmu, keceriaan bagai diragut serta-merta. Dunia ibarat gelap dan berputar. Separuh jiwa Sha bagai telah hilang juga bersama pemergian rohmu…perkhabaran itu ibarat mimpi ngeri yang Sha cepat-cepat mahu tersedar dari mimpi itu. Perkhabaran itu umpama penipuan terbesar yang pernah Sha dengar. Hanya air mata dan tangisan yang mampu menggambarkan betapa menderitanya hati seorang sahabat yang kehilangan sahabat yang terlalu baik. Namun, sehingga kering air mata sekalipun, roh dan jasadmu tidak mungkin akan bersatu kembali….Sungguh. Ibarat mimpi pemergian ini.

Saat Syamil dikapankan, Sha masih tidak mempercayai hakikat bahawa Syamil tiada lagi di dunia ini…sehingga jasad Syamil diturunkan ke liang lahad dan nama Syamil di baca dalam Talqin, saat itu barulah Sha dan rakan-rakan yang lain mampu untuk menerima hakikat dan kenyataan bahawa Syamil telah pergi….menemui Yang Esa…sesakit manapun jiwa ini…seberat manapun hati ini…tetap kami harus relakan jua pemergian Syamil buat selama-lamanya….. kalau tempoh hari Syamil bawa kami ke rumah, tapi kali ini, kami yang menghantar Syamil ke tempat persemadian sementara menunggu dibangkitkan semula…..

TERLALU CEPAT. Terlalu singkat masa kita bersahabat. Masih banyak lagi janji dan harapan kita seluarga KS1 ingin capai bersama. Masih terlalu banyak ungkapan-ungkapan yang tidak terluah antara kita sekeluarga. Kini, setiap hari pasti ada cerita-cerita tentang Syamil yang terkeluar dari mulut kami. Sayu melihat tempat Syamil yang kosong dalam kelas. Sunyi kelas tanpa gurauan dan usikan Syamil. Sepi suasana kelas tanpa lawak-lawak Syamil. Kehilanganmu teramat dirasai…….

KENANGAN. Terlalu banyak kenangan yang tak mungkin Sha lupa selagi ALLAH memberi nikmat ingatan ini. Terlalu banyak memori dengan Syamil yang terpahat kukuh dalam ingatan Sha dan rakan-rakan yang lain. Kenangan yang terlalu bermakna.

SYAMIL….

Kami telah meredhai pemergianmu. Bersemadilah dengan aman dan tenang di sana. Kami juga akan ke sana…cuma waktunya sahaja yang berbeza..mungkin esok…lusa…entah bilaa….nantikan kami. .Semoga kita akan terus bersahabat dan bersahabat di akhirat sana..semoga segala salah dan khilaf Sha pada Syamil diampun dan dimaafkan..tiada siapa yang dapat menggantikan Syamil di hati kami…Syamil telah pergi meninggalkan kami dan orang-orang yang disayangi, tapi Syamil akan terus hidup dalam jiwa-jiwa kami…semoga Syamil ditempatkan bersama para solehin..AMEEN….

Satu ungkapan yang tidak sempat untuk kami ungkapkan…bahawa……

KAMI TERLALU MENYAYANGIMU……….

……….Al-fatihah………

Sahabatku,

Hati manusia hanya mencintai sekejap…..kaki hanya bisa melangkah sejauh lelah….

Tetapi sebuah persahabatan adalah keabadian yang sangat bernilai buatku…..

Ketahuilah…salah satu hadiah terindah yang pernah ku dapat adalah mengenalmu dan bersahabat denganmu…



Friday, April 23, 2010

tolong jangan HIPOKRIT

assalamualaikum....

*post this entry atas desakan jiwa bercelaru*

tolong jangan hipokrit. itu stand yang paling kukuh dalam diri saya. saya tak suka orang hipokrit dan insyaALLAH, saya akan berusaha sedaya mampu saya untuk tidak menjadi hipokrit. tidak adil andai saya tak suka sikap itu, tapi ia bermaharajalela dalam peribadi saya.

MAAF. saya jauh lebih suka anda berterus terang sehingga mengguris hati nurani saya daripada berpura-pura di hadapan mata saya. saya sanggup biar luka hati ni parah daripada awak 'pretend' macam tu..hmmm

kenapa ya? berkali-kali saya standkan STAND saya ni..tapi awak masih tak faham-faham? atau awak pura-pura tak faham? sekali lagi ye, jangan HIPOKRIT. jangan di hadapan saya awak berlagak awak suka semuanya tentang saya tanpa ada cacat cela. awak bukan SAHABAT saya. tapi hanya kawan mungkin.

saya tidak kisah awak enggan hormati pendirian saya, tapi sekurang-kurangnya usah junjung tinggi sikap buruk itu. setiap orang pasti ada sikap buruk, tidak terkecuali saya. mungkin lebih banyak sikap buruk saya dari awak.

tolong ya. kita sama-sama pegang title 'Kaum Hawa'. jadi seharusnya lebih faham diri masing-masing.

p/s:*menulis dibawah pengaruh emosi

Sunday, March 21, 2010

bahagia itu di mana?

assalamu'alaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Allah itu Maha Pengasih. Maha Bijaksana. Maha Adil.
adil dalam membahagi nikmat dan kasih sayangNYA. adil dalam mengatur apa yang terbaik untuk hambaNYA.

ceritera hidup ini persis seperti coretan novel. BUKAN. coretan novel yang sama seperti rentetan hidup:). punya kecewa, punya suka, duka, krisis, konflik, kesulitan dan juga BAHAGIA.

ramai yang menyalahkan takdir pabila hidup dirundung duka dan kecewa. rata-rata yang mengungkap kata tidak adil bila apa yang dihajati tidak tercapai. kadang-kadang yang sedang bertinta ini juga sama. bila dilanda gelisah dan masalah, hari-hari dibenci. masa yang sepatutnya diguna untuk beribadah dibuang dengan meratapi ujian yang menimpa. geram dengan diri sendiri.

bila sampai masa dibelenggu ujian, lupa. lupa tentang nikmat-nikmat ALLAH yang melimpah ruah. lupa pada kasih sayang ALLAH yang tidak pernah luak. alpa dengan bisik syaitan yang mendesak untuk lalai dengan nikmat ALLAH. seakan dunia ini hanya perlu diisi dengan kebahagiaan memanjang tanpa ujian yang menduga keimanan.

pasti. selepas ujian pasti ada bahagia. terkadang sukar benar melihat hikmah di balik esak tangis duka kita. payah sungguh melihat realiti yang terselindung di balik tirai mimpi yang menyakitkan.

terpahat kukuh kata-kata seorang teman..'terkadang, ALLAH tidak memberi apa yang kita pinta, tapi Dia menganugerahkan apa yang kita perlu..'

mungkin bahagia yang kita pinta. tapi ketenangan yang Dia anugerahkan. ketenangan yang akan menjadi faktor kebahagiaan. ketenangan yang mampu mengukir sejuta keindahan berukhwah.

sesungguhnya, bahagia itu di mana-mana. kebahagiaan itu milik siapa sahaja. kita tidak perlu mencari sebab untuk bahagia. bahagia itu ada bila hati punya ketenangan. KETENANGAN yang dikecapi bila hari-hari yang dilalui dengan mengingati Pencipta. malam-malam yang digenangi tangisan kepada Maha Berkuasa. hiduplah kerana ALLAH. kerana itu kebahagiaan HAKIKI.

Saturday, February 27, 2010

saya TOMBOY???

Assalamu'alaikum w.b.t...
wahhh...
akhirnya ada juga 'masa' yang baik hati yang tidak mencemburui saya untuk meng'update' blog..

tekanan menyiapkan buku program BIG perlu dilenyapkan disini.:)
2 hari tanpa roomate yang kecoh bisa saja pecah kepala..hehe

berbalik kepada title entry..
setelah 20tahun memegang gelaran 'lady', akhirnya saya diberitahu, saya pernah juga memegang gelaran 'tomboy'..:) semacam tidak percaya saja.

cerita bermula bila cuti lepas. khusyuk-khusyuk dengan angah pilih gambar kecik-kecik untuk di scan, umi bersuara membuka rahsia..

'acik dulu masa kecik-kecik tomboy..macam laki..tak suka pakai skirt..ganas sikit..'

tercengang. saya? tomboy? kenyataan yang tak relevan langsung.haha. bukanlah mahu menafi tapi tak pernah ingat pun 'abad' mana yang tang laki tu..:)
mungkin perkataan lain untuk gantikan 'tomboy' tu, LASAK.hehe

gambar-gambar dibelek lagi. benarlah. hanya 1 2 gambar sahaja yang saya 'dipaksa' pakai skirt atau dress yang girly sikit. yang lain semua seluar.hmmm..

nak pakai skirt macam angah jugaaakk...


tapi bila diingat balik, betul juga kata umi. saya pernah teringat peristiwa masa kat sekolah rendah dulu. pernah juga sorang budak laki terbaring 'baik punyaaaa....' dalam longkang akibat cari bahana dengan NURSUFI ni..:)

kenyataan umi memang tak dinafi. pasti umi lebih mengenali anak-anaknya. tapi mungkin sifat-sifat seperti itu semakin lenyap ditelan masa dan anjakan umur. tambah-tambah pula sekolah menengah semua perempuan..lasak tetap ada tapi bukan tomboy kot..

sifat juga salah satu elemen dalam diri manusia yang boleh berubah pada bila-bila masa. mungkin perubahan tersebut dipengaruhi faktor-faktor tertentu. contohnya kalau masa kecik-kecik tomboy sikit, bila sudah besar, semakin menginjak umur, semakin kewanitaan mungkin..


ada jugak la yang kena 'paksa' pakai dress girly2 gitu..:)

kalau saya.......

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.


teringat kata-kata seorang sahabat seperjuangan.

"saya mahu segalanya yang terbaik dalam hidup saya. termasuk jodoh. saya mahukan seorang lelaki yang terbaik antara yang terbaik.. segalanya pada dia,perlu yang 'terbaik'"

saya hanya diam. senyum. bisu menunggu dia menghabiskan patah katanya. lantas fikiran terus ligat mencari pucuk kebenaran ayat itu. hmmm..bisa sahaja setiap orang miliki prinsip dan pandangan masing-masing.

"kalau awak pulak scha?"

uhhh! tersentak. fikiran yang menerawang cepat-cepat kembali ke dunia nyata. tanpa fikir panjang, jawapan dilontar selajunya. :)

"urmmm..tak kot..saya tak cari yang terbaik. tapi yang paling sesuai."

dia mencebik. mungkin kurang setuju dengan jawapan saya.saya tak kisah. semahunya saya akan pertahankan. itu prinsip saya. seperti kamu juga. punya prinsip sendiri. dia seolah-olah tidak yakin bahawa yang paling sesuai itu bukan pilihan yang 'exact'. dia pertikaikan.

baik. begini ya!
maksud saya 'yang sesuai' itu bukannya seperti si cantik perlu si kacak. si alim perlu si warak. si bijak perlu si genius. si kaya perlu si berada. bukan. 'SESUAI' itu sangat subjektif. skopnya luas. saya tidak sama sekali tidak mahu yang terbaik. tetapi bagaimana yang terbaik itu hakikatnya tidak sesuai untuk kita??

sesuai bagi saya lebih kepada persefahaman, tahu erti menghargai satu sama lain, sealiran dari segi pemikiran dan tindakan serta menerima masing-masing seadanya. yes! i really mean it.kurang jelas?

begini. contoh yang paling simple. kita ke kedai pakaian. mencari baju contohnya. jumpa sehelai baju yang cantik, fesyen terbaru, kombinasi dan tone warna yang sesuai, jenis kain yang tahan lama dan dalam erti kata lain, TERBAIK! tapi.....ukuran baju itu tak padan dengan kita. warna pula terlalu terang dan tidak 'matching' dengan warna kulit si pemakai dan fesyen pula tidak bersesuaian. dalam erti kata lain pula, TIDAK SESUAI. bagaimana ya? mahu yang terbaik atau yang paling sesuai?

begitu juga dalam perjalanan kehidupan kita. dalam membuat keputusan. mencari yang terbaik itu bagus tetapi memilih yang paling sesuai adalah perlu. mencongak yang terbaik adalah satu usaha tetapi menilai yang paling sesuai adalah satu penentu.

biar kekurangan, asal sefahaman.
biar punya kelemahan, asal tahu menghargai.
biar tidak begitu indah, asal bijak berbicara.
biar tidak sempurna, asal tahu menjaga maruah diri.
biar tidak TERBAIK, asal PALING SESUAI..:)

masing-masing punya pandangan masing-masing.
terserah pada tafsiran.
tepuk dada tanya iman.
nilai dan pilih.
tapi bagi saya, saya mahu yang SESUAI bukan TERBAIK.
tetapi, andai yang paling sesuai itu adalah yang terbaik. itu BONUS :)

kerana bagi saya, yang paling sesuai itulah yang terbaik.



p/s: moga 'YANG TERBAIK' itu hadir pada masa dan tempat yang sesuai. INSYAALLAH.


Saturday, January 9, 2010

aku

assalamualaikum..salam penuh kesyukuran dipanjatkan buat Ilahi. salam penghuni syurga. selawat dan salam buat junjungan besar, Rasulullah.

2010 menjengah hampir 10 hari. bukan bilangan tahun menjadi penanda. bukan kiraan hari menjadi ukuran. tapi sejauh mana amal ibadat kita selama umur kita di bumi pinjaman Yang Esa ini.

termangu-mangu mencari hikmah di balik itu.
pasti. hikmahnya ada. tapi apa?
gentar rasanya diri menongkah susur hidup ini.
terutama sebagai 'muslimah'.
wanita akhir zaman.

hampir 20 tahun diberi nafas percuma. tak berbayar.
namun sebanyak mana amal yang digarap dalam hidup.
sejauh mana jalan mujahidah ini diturut.
sedalam mana cinta ini dicurah untuk Maha Pencipta.

andai diriku ini punya orbit.
pasti lingkaran itu penuh dosa dan noda.
andai sekelilingku ini miliki laut.
pasti terapung-apung wajah maksiat.
hina.

ku wanita akhir zaman.
mahu tegar pertahan maruah dan kesucian diri.
mahu teguh di landasan keimanan.
mahu tempur badai nafsu.

kulimpahkan doa pada Yang Maha Pemakbul.
moga palingkan aku dari cinta manusia.
moga bencikan aku dari noda maksiat.
moga lindungi aku dari hasutan syaitan yang direjam.

terkadang aku tetap rebah.
aku tetap hanyut dalam pelukan nafsu.
aku tetap terjunam dalam gaung penuh liku.
aku tetap lemah pertahan pendirian hati.

sungguh.
jalan mujahidah ini panjang dan terlalu panjang.
sukar dan terlalu payah.
kiri kanan punya mehnah.
depan dan belakang punya fitnah.
tetap perlu ditempuh jua biar tanpa pedang. tak bersenjata.

berat benar hati untuk istiqamah.
perit benar amal untuk dijamah.
banyak benar nilai luntur dan punah.
harapan terus dibiar dan musnah.

aku mahu terus melangkah. tanpa berpaling lagi.
sedar. Allah akan menguji setiap kata-kata ini.
moga ditetapkan hati dalam perjuangan.
tidak lagi rebah di separuh jalan.

kumohon. bawa daku dalam dakapan kasih sayangMu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tabung kereta :)

Daisypath Happy Birthday tickers