tabung kereta :)

Tuesday, November 29, 2011

kepada para lelaki yang ingin menikah. . . .

Assalamualaikum w.b.t

sumber : syahirul.com


kepada para lelaki yang ingin menikah, dinasihatkan buatlah perkara berikut selepas sahaja selesai akad nikah.

1. solat dua rakaat dan sujud syukur.
2. Datangi isteri, bagi salam padanya, pegang ubun-ubun kepalanya dengan tangan kanan dan berdoa "Ya Allah, aku mohon kebaikan dari wanita yang menjadi isteriku".


Moga hubungan kalian akan sentiasa diberkati Allah :)


p/s : Jangan pula menambahkan sesuatu yang dilarang dalam majlis kahwin seperti cium di khalayak ramai, renjis-renjis, bersanding di hadapan orang ramai dan lain-lain..supaya perkahwinan diberkati Allah. Bagi mereka yang menikah di masjid, pastikan saudara mara perempuan yang datang bulan dan tidak menutup aurat tidak memasuki masjid. Elakkan bercampur lelaki dan perempuan. Tidak perlu juga membawa hantaran ke dalam masjid dan hanya perlu membawa mas kahwin sahaja. Pengantin jangan berpelukan dan bergambar dengan aksi-aksi yang tidak sopan dalam masjid.


Insyaallah diberkati. ameen! :)




perkahwinan itu janji setia dua hati untuk bercinta dalam landas keredhaan Allah. hingga sampai syurga ^__^



Wassalam~

Monday, November 28, 2011

Hijrah

Assalamualaikum w.b.t.


rata-rata di muka buku terbaca tentang hijrah, penghijrahan, azam dan tekad baru teman-teman sempena melangkah ke tahun baru. mahu melangkah ke fasa yang lebih maju. juga mahu menutup lembaran buku dahulu. memang bukan senang, tapi azam itu perlu :)


sewaktu di alam persekolahan, setiap kali tahun baru pasti ada satu azam ini tersenarai dalam kepala. iaitu melangkah ke menara gading dan berjaya. kini, kaki sudah menjejaki menara gading, satu demi satu azam lain bertandang pula. bukan semua wajib dipenuhi tapi apa salahnya mencuba.


dulu sewaktu masih memegang gelaran kanak-kanak manja, sangat teringin untuk menjadi gadis matang dan dewasa. yang bebas membuat keputusan sebagai orang muda. namun terlupa akan tanggungjawab yang semakin bertambah seiring usia. bila fikirkan tanggungjawab dan amanah sebagai dewasa, mahu sahaja memanggil doraemon untuk memutarkan masa. kembali ke alam kanak-kanak yang bebas dari memikirkan masalah dunia. hanya tahu menangis bila bergaduh dengan rakan sebaya, dan hari-hari pula dipenuhi tawa, gurau dan senda. oh bahagia :D


terlalu banyak azam yang dipacak dalam diri.


azam. lebih menghargai insan di sekeliling. selalu sahaja mendengar pepatah 'kita hanya akan menghargai orang yang disayangi, apabila mereka sudah tiada'. kadang-kadang, sikap kita terlalu keras untuk dihidangkan kepada orang yang disayangi. kita sering terlupa untuk berbakti dan menghargai orang dicintai ketika mereka masih bernyawa di depan mata kita. kita terlalu leka mementingkan diri sendiri daripada menjaga hati dan perasaan mereka sewajarnya. harus muhasabah, hidup kita bukan menongkat langit :(


jika bercakap tentang azam dan tekad baru, beribu batu perjalanan belum tentu habis diberitahu. bukan kuantiti azam yang perlu, tetapi kualiti azam yang ditunaikan satu persatu. bukan sejauh mana kita mengira bilangan azam yang ditanam, tetapi sekuat mana kita untuk menegakkan azam daripada terbenam.


senja tadi umi sempat berpesan. apapun yang kita lakukan perlu ada wawasan. perlu punya tujuan. tindak tanduk tanpa tujuan umpama melepaskan tembakan tanpa sasaran. peluru entah ke mana, yang ditembak hilang merata. kata-kata yang akan sentiasa terpahat di jiwa. sebagai ingatan sampai hari tua :)


Hijrah memerlukan banyak pengorbanan.
jom Hijrah! :)

wassalam~

Saturday, November 26, 2011

lelaki, perempun dan dapur

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk menikmati hidup di tahun baru. Salam Maal Hijrah :)


sudah dua minggu lebih menghabiskan cuti di rumah. kesibukan di rumah berbeza dengan kesibukan di maktab. lebih bahagia menjemur baju di ampaian berbanding mengadap laptop menyiapkan tugasan. lebih seronok mengemas rumah dan memasak berbanding membaca buku-buku penuh berisi fakta untuk diserap ke otak. di maktab, segala masalah yang ada sangat menyerabutkan walaupun hal remeh-temeh. tapi di rumah, sebesar-besar masalah pun dirasakan seperti remeh sahaja. jadi, haruslah menghargai masa-masa cuti yang berbaki :)


musim-musim hujan begini, pantang cahaya matahari muncul, diri ini mula berkejar-kejar setiap pagi meng'operasi'kan mesin basuh. kata umi, tidak mahu 'membazir' cahaya matahari :) sebelah malam pula suka saya menonton program Masterchef Malaysia di saluran Astro Ria. selain dapat mempelajari tersangat banyak banyak banyak banyak tips memasak dan mengilhamkan resepi baru, saya sangat teruja dan kagum dengan chef-chef selaku peserta program yang masih muda, dan terutamanya LELAKI. tidak dapat disangkal kebanyakan chef-chef tersohor di negara kita mahupun di negara luar adalah dalam kalangan lelaki.


sungguh. saya berasa kagum jika seorang lelaki itu pandai memasak dan cekap di dapur. tambahan pula di usia muda, bahkan ada yang belasan tahun. mencipta resepi sendiri, memasak dalam jangka masa terhad tapi mereka mampu! memang tabik!


tidak dinafikan, kata orang tua-tua, dapur adalah tempat orang perempuan. dan sebagai seorang isteri dan ibu, memasak adalah tugas rutin. itu wajib! orang perempuan mesti belajar memasak. harus tahu selera seisi keluarga. itu penting. tapi, tapi, tapi



"kelihatan kacak pula lelaki yang pandai memasak"
hihi ^_______^



wasalam~

Wednesday, November 16, 2011

kalau tidak suka tak mengapa

Assalamualaikum.

hakikat hidup di dunia sementara. bukan semua orang kita suka. tidak kurang bukan semua sikap kita orang boleh terima. pasti ada cela bahkan mungkin hina. kerna manusia tiada yang sempurna. walau apapun alasan kita, tidak semua hati ikhlas membela.

ada yang tegas membicarakan cemburu itu buta. perasaan penuh syak dan curiga. hingga hilang waras akal dan jiwa terbuka. tidak mampu untuk membezakan antara persahabatan atau apa sahaja. tapi bagi saya cemburu wanita itu juga berpada. menunjukkan tanda jiwa yang dambakan setia. mungkin juga hati yang penuh cinta.

tapi mungkin cara meluahkan cemburu itu salah. sehingga diri dituduh tidak rasional dan goyah. bahkan hati bagai dibuang dan dilapah. jiwa umpama kosong dan gundah. bahkan diri seakan lemah dan rebah. itu permainan perasaan yang penuh luluh tapi dirasakan gah. Oh, sudahlah, harus berubah!

dalam cemburu itu ada sayang. bukan mahu biar hubungan itu melayang. dalam cemburu itu tidak pernah terkandung dendam. kerna semua tahu dendam itu bukan anjuran Islam. cemburu itu punya kasih. tanda jiwa itu masih cakna tak pernah disisih. bukan mengharapkan ucapan terima kasih. dengan harapan diri dan hati ini dijaga penuh gigih.

tidak diduga lilin menjadi bara. dilema menjadi batu prasangka. maaf andai tafsiran kita berbeza. kerna ia lahir dari dua jiwa. namun usah gusar membekas lara. itu sudah lumrah perjalanan hamba di dunia. yang pasti kita sentiasa didatangi ujian dan pancaroba. tabahlah menongkah arus yang tidak pernah diduga. jua yakin Allah sentiasa ada :')
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tabung kereta :)

Daisypath Happy Birthday tickers