tabung kereta :)

Tuesday, January 25, 2011

as long as YOU and I see


assalamualaikum w.b.t
sementelah roomate sedang enak di buai mimpi, petang yang bosan walaupun tugasan sudah bertimbun. blog jadi tatapan dan tiba-tiba teringat lagu ni. suka sangat. ditujukan buat semua yang disayangi. keluarga, kawan-kawan dan teman.

introduced by seorang teman. kata-kata tersirat yang sangat berharga. saat saya susah hati, rasa 'down', rasa tak tenang...you calmed me down...dan sentiasa mengingatkan yang kita tidak pernah keseorangan, kerana kita punya ALLAH yang tidak akan pernah tinggalkan kita.
terima kasih.




sangat menghargainya.thanks once again



when your world falls apart
when your pain claims your heart
i'll be there i'll be around
i'll will never let you down

leave that pain don't give up
you will fly up again
count on me, we are together
we'll make it through this stormy weather

(you wrote me this, i felt calm...ingat all this words from you, tapi rupa-rupanya lagu =) tapi apapun, thanks a bunch. saya tenang selepas menghayatinya, kerana Allah sentiasa bersama kita)

no matter what they say
no matter what they do
no matter what they think of you
you had got me and my heart too

take my hand, and take my heart
we can't never be apart now and forever
i won't look back we'll stay together
trust in me we'll fly no surrender

don't loose hope when you are in need
have faith in Allah have faith in Him
so please be tough and please be strong
without His love u can't go on...


as long as YOU and I see



sangat mendalam maksudnya. bukan semua orang yang kita sayang mampu bersama kita ketika susah dan senang. bukan mudah untuk menemui orang yang benar-benar memahami kita dan menghormati prinsip kita. bukan senang juga untuk orang menerima kita seadanya kita dan akan sentiasa bersama kita walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

kupohon padaMu,
moga ku diberi kesempatan untuk menemui 'seseorang' itu.....ameen.

::::kenapa la sejak akhir-akhir ni selalu bercakap pasal 'seseorang' ni.....*sigh ::::

Monday, January 24, 2011

pemilik tulang rusukku

assalamualaikum w.b.t
selawat dan salam ke atas junjungan besar dan mulia, Nabi Muhammad SAW.
subhanallah.alhamdulillah.allahuakbar. syukur yang tidak pernah lekang di bibir dan tidak pernah hilang di dada kerana masih diberi nikmat pinjaman ini dari Yang Maha Mengasihi.

entah mengapa sahaja tiba-tiba sahaja saya mahu menulis tentang ini, 'pemilik tulang rusukku' atau dalam erti kata lain yang lebih mudah, jodohku.

jodoh itu rahsia ALLAH. itu yang pasti. =)
dan yang pasti juga terlalu banyak hikmah-hikmah yang besar di sebalik rahsia ALLAH itu. selalu juga terbit di benak fikiran 'siapalah jodoh aku...orang yang dekat kah, yang jauh kah...yang tidak pernah kenal kah...atau teman-teman sepermainan dari kecil'. berjuta andaian boleh kita buat. namun, hanya ALLAH yang Maha Mengetahui segalanya.

insan dalam hidup kita datang dan pergi. ada yang datang tanpa dipinta dan pergi tanpa diduga. ada yang hadir dirancang, namun hilangnya tanpa kesan. macam-macam. itulah dunia. andai tiada yang 'macam-macam' ini, bukan hiduplah namanya.

berbalik kepada tema utama entry ini, jodoh. sesiapa sahaja boleh menetapkan ciri-ciri pasangan impian mereka. mahu yang segak, beriman, pandai mengambil hati, memahami. mahu yang baik, berbudi bahasa, tidak pemarah. mahu yang pandai menjaga hati, tidak cerewet, kuat pegangan agama dan sedap dipandang. mahu yang begini, begitu dan segala macam ciri.

dan tidak terkecuali juga saya. *senyum. (jangan salah sangka, bukanlah demand, sekadar mahu mencari yang elok dimata, baik perlakuan, agar hati terjaga, hidup bahagia dunia akhirat, insyaALLAH)

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan sebaik-baik perkara yang disimpan oleh lelaki? Ia ...adalah isteri yang solehah...yakni, apabila suami melihatnya, dia menggembirakan suaminya, apabila suami menyuruhnya, dia taat, dan apabila suaminya tidak ada bersamanya, dia menjaga dirinya dan harta benda suaminya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

buat diri saya, semestinya saya mengharapkan jodoh saya itu punya pegangan agama yang kuat yang utamanya. yang mampu membimbing saya di jalan ALLAH dan memimpin saya menuju syurga hakiki. sesungguhnya saya insan yang masih terlalu memerlukan bimbingan dari seorang insan yang benar-benar memahami saya. yang dapat menerima seadanya saya dan menghargai saya semampunya dia.

tidak mengharap sesuatu yang berlebihan, cukuplah 'dia' punya impian seperti saya. yang mahu sebuah baitul muslim yang diredhai ALLAH. yang meletakkan kepercayaan kepada saya untuk mendidik zuriat kami dan menjaga maruahnya. yang sentiasa utuh menasihati saya apabila saya terleka, yang mampu mengingatkan saya apabila saya terlupa. dan yang sanggup membetulkan saya apabila saya tersalah. butir bicara yang menenangkan hati saya dan tingkahlaku yang membuat saya selesa bersamanya.

justeru. menyedari hakikat BUKAN MUDAH untuk peroleh itu semua, saya sedaya upaya akan menjaga diri, maruah, kehormatan dan malu ini kerana ALLAH. semoga yang terbaik buat saya dipandang mulia di sisi ALLAH. =)

tersangat mahu menjadi seorang isteri yang taat kepada suami, yang mencintainya hanya kerana ALLAH, yang menjaga kehormatannya, yang mampu menenangkannya di saat di resah, yang mampu menguatkannya di saat dia lemah, yang mampu menjaga makan minum dan pakainya, yang mendidik anak-anak menjadi soleh dan solehah, yang mampu membahagiakannya dunia dan akhirat. mahu setia di sisinya setiap detik dan waktu. yang mecurahkan sepenuh kasih dan sayang ini kepadanya.

mahu menjadi bidadarinya.
mahu menjadi sayap kirinya. hanya dia. dia. dia.




menunggu kekosongan ini terisi. pemberi inspirasi. yang mencintaiku kerana ALLAH.


wallahu'alam~

Sunday, January 23, 2011

bersalah di hari istimewa umi

assalamualaikum w.b.t
syukur.syukur.syukur yang tidak terhingga atas segala nikmat dan kurnia. atas segala kudrat dan iradat. atas segala taufiq dan inayah. atas segala yang dikecapi hingga ke hari ini.

tidak tahu bagaimana harus saya mulakan. macam-macam yang tidak kena berlaku pada hari ini. serba tidak kena. *mengeluh. oh, jangan, jangan. jangan mengeluh. tarik balik. *senyum =)

semalam, sabtu. hari minggu yang agak membosankan. walaupun banyak kerja sebenarnya, tapi entah ke mana hilangnya mood yang peranannya untuk saya merajinkan diri menyentuh atau sekurang-kurangnya membelek soalan-soalan tugasan yang sudah diterima. *senyum lagi.

malamnya, lebih kurang jam 12 lebih, terima panggilan dari umi. Ya ALLAH, baru teringat, hari ini hari lahir umi! rasa bersalah yang teramat. amat. amat. sekali saya ulang. amat!
tidak pernah seumur hidup saya lupa hari istimewa umi. entah apa yang saya fikirkan hari ini sehingga terlupa sesuatu yang sangat penting dalam hidup saya. berkali-kali saya mohon maaf pada umi atas kelewatan sehingga umi yang telefon. =(
umi dengan tenang memberi jawapan yang cukup menyenangkan

'tidak mengapa, umi tahu acik sibuk. banyak benda kena fikir. sebab itu umi call ni. ingat acik dah tidur...'

mahu sahaja melepaskan rembesan air mata di situ. rasa bersalah sangat. apa sangatlah yang hendak difikirkan anak umi yang satu ini. kalau ada sekalipun, tidak akan pernah saya gunakan alasan itu untuk lupa perkara-perkara yang penting dalam hidup saya.
tidak tahu bagaimana membuang rasa bersalah ini. maafkan acik umi.


dikesempatan ini, acik ingin mengucapkan
selamat hari lahir buat umi yang terlalu disayangi. semoga umi bahagia sentiasa, dunia dan akhirat. segala jasa dan pengorbanan umi kepada kami hanya ALLAH sahaja yang mampu membalasnya. semoga mendapat keredhaan Ilahi dalam apa jua yang umi lakukan. ketahuilah bahawa anakmu ini terlalu menyanjungimu.


UMI RATU HATI KAMI

I LOVE YOU SO MUCH.

Friday, January 21, 2011

my handsome

assalamualaikum....

he is my handsome. my cool boy. my only smart guy.
too much to say about him. really really miss him.

bila dia sudah masuk tingkatan 1, baru tersedar...sudah besar rupanya adik bongsu kami ini.


*
*
*
*


foto-foto pengubat rindu kepada adik dan keluarga
sekitar Hari Pendaftaran ADIK ke SMKDP~



umi dan ayah bersama adik. bersama seribu pengharapan, doa dan restu.




adik kena berdikari ni. nanti borang-borang ni adik kena isi sendiri dah =)



terlalu banyak prosedur dan borang untuk dilengkapkan.



umi, adik dan alang. senyum tapi dalam hati syahdu. kan3? =)



adik dan alang



tengok. ahmad shafiq dah besar T_________T




ramai orang cakap, muka kita seiras dik. tapi adik selalu cakap 'memang muka kita seiras, tapi adik handsome, acik tak lawa..'
uhuk3....=(
perasan pun ada adik ni....=p








walaupun adik suka control-control macho and jarang-jarang je nak senyum, tapi adik kebanggan kami. adik harapan kami. adik kesayangan kami.
baik-baik ye sayang.
we love you.










bukan yang pertama, tapi yang terindah

Assalamualaikum w.b.t
selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w
syukur atas segala kurnia. syukur atas segala nikmat. syukur untuk segalanya.

tersangat gembira hari ini. mendapat perkhabaran dari umi dan angah. tahniah buat adik yang sangat sangat sangat disayangi. sangat gembira juga hari ini atas satu kesungguhan dari seorang insan yang penting dalam hidup saya. kesungguhan untuk menggembirakan dan menjaga hati saya walau dalam apa jua keadaan T____________T



masih ingat lagi siapa kawan pertama anda di sekolah rendah dahulu? masih ingat lagi cikgu pertama yang memarahi kita sebab tidak siapkan kerja sekolah? masih ingat lagikah hari pertama melangkah ke alam sekolah menengah? pertama. pertama. pertama.

pertama. ramai yang menyatakan pertama itu indah. yang pertama kita akan ingat sampai bila-bila. apa-apa sekalipun. =)
tapi....bukan semua juga sebenarnya. bagi saya yang ke berapa sekalipun tidak penting. yang paling saya akan ingat adalah yang paling indah.....tidak rumit bukan?

yang pertama tidak semestinya yang terindah juga. =)

yang terindah adalah sekarang untuk diingati. yang terindah adalah kenangan-kenangan yang dihargai. yang terindah adalah masa-masa bersama keluarga tercinta. yang terindah adalah ruang waktu dan bicara bersama sahabat-sahabat yang disayangi. dan yang terindah adalah senyuman dan gurau senda dari seseorang yang mampu membuat saya sentiasa tersenyum. sentiasa. dan yang paling indah adalah bercinta dengan Yang Maha Pencipta.

saya punya yang terindah saya. saya milikinya. dan saya bersyukur. semoga yang terindah ini yang terakhirnya. semoga yang terindah ini ke hujung nyawa. Allah, Rasul, agama, keluarga, teman dan sahabat-sahabat. ini yang terindah saya.

yang terindah, yang terbaik.

Friday, January 14, 2011

epal hijau

14012011~
assalamualaikum w.b.t~

al-fatihah buat sahabat yang disayangi, Allahyarham Ahmad Syamil bin Haji Basri.
genap tiga bulan meninggalkan dunia yang sementara, menuju akhirat yang kekal abadi. syahdu dan sayu hati ini mengenangkan arwah. tabah nursufi. TABAH!



epal hijau. *senyum.
apa sangat lah yang mahu diceritakan tentang epal hijau.
tapi, saya terlalu banyak untuk diceritakan tentang EPAL HIJAU saya. *senyum lagi. =)

epal hijau saya bukan sekadar epal hijau ya.
ianya istimewa. correction. sangat istimewa~

epal hijau yang menyerikan hari-hari saya seperti segar warnanya.
epal hijau yang mendamaikan hati saya dengan fizikalnya.
epal hijau yang memahami saya dengan kelembutannya.
mahu sahaja saya membawanya ke mana sahaja saya pergi. mahu sahaja bercakap-cakap dengannya setiap masa. bercerita dan bergelak tawa.

tapi, ia hanya epal hijau.
yang hanya mampu dilihat.meski dari jauh.
epal hijau dihatiku...=)
suka.suka.suka.

epal hijau, saya dihati awak juga tak?
tp...awak ada hati ke?huhu
*senyum.
*senyum lagi.

ok stop. sudah banyak sangat senyum sorang-sorang.

Tuesday, January 11, 2011

kutemui

assalamualaikum w.b.t
syukur yang tidak pernah terbatas atas segala nikmat.
melalui hari-hari di awal sem yang agak sibuk dan memenatkan.

sungguh tak disangka, mahu melepaskan amanah yang sedia ada, amanah yang makin besar bertimpa-timpa. semoga diberi kekuatan untuk menerajui diri memikul amanah ini. ameen~

kehadiran tahun baru memberi sejuta makna kepada diri ini.
sepeninggalan tahun lepas meninggalkan banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan. sampai bila-bila. kenangan pahit, manis dan segalanya. kenangan manis dikenang untuk terus tersenyum dan kenangan pahit untuk menjadi satu iktibar dalam meniti arus kehidupan di hari mendatang.

sesungguhnya...kini diri ini semakin tenang. bahagia dalam kesibukan. meski rindu dek berjauhan dengan keluarga, namun syukur diberi pinjaman kekuatan olehNya untuk terus cekal dan kental. semoga tahun ini bakal melakar sejarah buat diri ini kerana sudah beberapa hari sahaja memulakan kuliah...sudah terlalu banyak perkara yang tidak dijangkakan berlaku...=)

sudah mampu tersenyum sekarang. puas. bersyukur dengan apa yang dimiliki. namun segala kekurangan akan terus diperbaiki, ditambah dan dikekalkan. telah ku temui apa yang sebenarnya yang dimahukan selama ini....=)

kukirimkan salam pada hembusan bayu tanda kerinduan kepada keluarga tercinta di kampung.
kudambakan persahabatan yang sejati dari sahabat-sahabat yang disayangi. kuimpikan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

dan pabila kini kutemui, ku akan terus terus dan terus menghargainya.
semoga diri dan seluruh umat dirahmati~
ameen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tabung kereta :)