tabung kereta :)

Friday, October 2, 2009

selagi kita tahu MENGHARGAI..

assalamualaikum w.b.t..
selawat beserta salam buat junjungan besar Muhammad S.A.W..syukur ke Hadrat Ilahi masih dikurnia segala macam nikmat dan kesenangan. salam penuh kerinduan buat keluarga, salam sayang buat rakan - rakan.

berminggu laman ini diabaikan.hehe: )
sibuk beraya mungkin. dan assignments yang berlambak dan beratur panjang untuk disiapkan dan di submit.

bercakap perihal raya. pada penilaian saya, lebaran tahun ini cukup meriah. cukup berpuas hati dengan sambutannya. sederhana. tapi sejujurnya bahagia melaluinya. benar. sudah ramai insan - insan tersayang sudah pergi, sudah banyak benda yang seronok sudah tiada dan sudah banyak perkara yang meriah sudah hilang...

TAPI..
selama kita tahu menghargai apa yang kita ada sekarang dan selagi kita bijak untuk menikmatinya, pasti bahagia itu milik kita : ) setuju?

syawal pertama. pagi - pagi lagi, selepas sembahyang raya umi ayah dah bawa tetamu dari masjid. kenalan lama katanya. selepas tetamu pembuka hari balik, tak putus - putus saudara singgah bertandang. ayah dan mak saudara, sepupu sepapat, kawan - kawan. sampai ke petang. tak menang tangan. tahun - tahun sudah tidak sebegini kalau tidak salah. : )

syawal kedua. beraya ke rumah mak saudara dan rumah terbuka bapa saudara.
hakikatnya, semakin bertambah umur kita, semakin kita tahu untuk menghargai hari - hari sebegini.

syawal ketiga. juga rumah terbuka. rumah sepupu. petang kawan - kawan datang.
tersenyum puas bila dapat melayan kawan sebagai tetamu di teratak sendiri. walau tiada rumah terbuka, namun rumah saya sentiasa 'terbuka' di hari raya.:)

sehingga raya ketujuh, rumah masih dikunjung.

alhamdulillah. bersyukur. lebaran tahun ini cukup meriah dan memberi seribu satu makna buat saya dan keluarga tercinta. mungkin kepuasan itu bergantung terhadap bagaimana cara kita menghargainya.

mungkin waktu kanak - kanak dulu, kepuasan dan kemeriahan itu pada bilangan mercun yang dibakar. pada kuantiti duit raya. pada pakaian raya baru. dan mungkin pada lagu - lagu raya yang didendang.

tetapi, bila sudah besar begini. penghargaan, kepuasan dan kemeriahan syawal ini bukan lagi pada itu semua. bagi saya, kini kemeriahan itu pada ikatan ukhwah antara keluarga dan sanak - saudara. penghargaan itu pada kunjungan murni di hari mulia. dan kepuasan itu pada ampun yang dihulur dan maaf yang dipinta dari ayah bonda, adik - beradik, sanak saudara serta rakan taulan.

oleh itu.
setiap apa yang kita ada sekarang adalah untuk dihargai. bukan diratapi. sejauh mana pun ia tidak bermakna pada kita, selagi kita tahu untuk menghargai, ia akan menjadi sesuatu yang berharga. namun, jangan pernah lupa pada yang telah pergi.

bersama ayah tersayang.

long. nik . lang . umi sayang. dan angah.

wallahu'alam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tabung kereta :)

Daisypath Happy Birthday tickers