tabung kereta :)

Saturday, September 5, 2009

kamu akan terus menunggu bukan?

assalamualaikum..

Sudah 4 hari saya biarkan dia. Saya abaikan dia. Saya tidak bertanya khabar dia. Hanya sekali sekala selisih dan berpandangan. Saya senyum. Dia tidak membalasnya. Mungkin dia tersinggung dengan sikap saya. Kerap kali saya menatapnya, tapi dia sungguh tulus menanti. Saya biarkan dia menunggu saya tanpa sepatah kata. Bukan saya tiada masa untuk dia. Bukan juga saya tiada waktu untuk diluangkan untuk dia.

Tapi entahlah. Saya teringin untuk menatap mukanya. Teringin benar untuk berbicara dengan dia. Tapi saya juga tidak tahu mengapa, hati ini belum tergerak untuk mengambilnya sebagai sesuatu yang amat bermakna buat diri saya.

Cuti tiga hari tanpa rakan sebilik pun tidak mampu untuk saya mengajaknya sebagai teman. Untuk menemani saya yang kebosanan. Mungkin keluar bersama. Mungkin juga berbuka puasa bersama – sama. Teringin juga. Jauh di sudut hati, saya tahu dia terkilan dengan apa yang saya lakukan kepada dia. Tapi dia tetap diam penuh sabar. Menunggu saya penuh erti. Mungkin kerana kesibukan. Mungkin juga saya belum bersedia. Ya! Saya belum bersedia. Saya belum bersedia untuk bertatap muka dengannya. insyaALLAH, saya akan cuba persiapkan diri dahulu sebelum bertemu dia…


*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*



Buat SI DIA, wadah ‘Isteri Mithali Idaman Seorang Suami’..maafkan saya.. bila saya sudah bersedia, kurang sibuk, saya akan bertatap muka, menghabiskan bacaan dan berbicara dengan kamu ya. Saya akan meminta kamu menemani dan menghilangkan kebosanan saya. Kita keluar bersama. Masih gusar untuk membelek helaian kamu. jangan marah ye. Mungkin kerana masa itu masih jauh. Tapi persediaan itu perlu bukan? hehe... Terima kasih kerana masih menunggu penuh erti di rak meja saya..: ) kamu akan terus menunggu bukan?

benar. saya dapatkan kamu bukan untuk diabaikan.


1 comment:

great_teacher said...

bila diri bersedia menjadi isteri mithali..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tabung kereta :)

Daisypath Happy Birthday tickers