tabung kereta :)

Friday, September 4, 2009

mengapa bibir ini semakin sukar mengukir senyum

assalamualaikum..
Alhamdulillah ‘ala kulli hal.
alhamdulillah atas nikmat iman dan islam.

entah mengapa sejak akhir-akhir ini saya lebih gemar membaca buku, blog atau halaman internet dari menulis. mungkin ada hikmahnya untuk saya ber'hibernasi' sebentar untuk menilik diri nurani dan bermuhasabah di bulan penuh keampunan ini.

mengapalah. senyum semakin susah untuk diukir. untuk dihadiahkan kepada insan-insan yang bertatap muka dengan saya. kadang-kadang bila emosi 'tidak senyum' tapi bibir perlu senyum, merasakan diri ini sangat hipokrit. PLASTIK! benarlah, senyum itu sedekah. senyum mampu bagi kebahagiaan kepada orang lain. jadi saya harus senyum. hmm

setiap manusia PASTI ada masalah. tidak terkecuali saya dalam menempuh hidup yang penuh mehnah dan tribulasi ini. tapi sejak akhir-akhir ini, masalah itu benar-benar menguji kekuatan diri. cabaran Ramadhan barangkali. orang kata, masalah membenihkan kedewasaan. cabaran memutikkan kematangan.


untuk seseorang yang buat bibir ini semakin sukar untuk senyum, ketahuilah. kamu tidak selalu benar. kamu tidak akan sentiasa berada di atas. hanya ALLAH yang tahu. kamu mahu difahami tapi kamu tidak pernah cuba untuk memahami. kamu mahu diri dibimbing untuk berubah, tapi kamu tidak pernah cuba untuk membimbing diri kamu ke arah satu perubahan. kamu tidak suka orang cakap belakang, semua orang begitu. tapi kamu juga pantang orang menegur dan memberi nasihat. itu silap kamu.

saya tidak pernah mengatakan diri saya yang baik dan betul. tidak. tapi cara kamu yang salah. cara kamu langsung tidak berhikmah. kamu pentingkan diri. kamu menggunakan orang untuk kepentingan peribadi kamu. kamu mungkin bijak dalam mengungkap kata dan meraih 'defender' untuk menyokong kamu tapi kamu kurang bijak dalam menilai diri kamu. kamu mungkin bijak dalam mengaut majoriti penyokong untuk memihak kepada kamu. tapi kamu kurang pandai dalam memaut fikiran kamu untuk matang. kamu mungkin bijak untuk berkata-kata untuk orang mempercayai bahawasanya kamu benar dan saya salah. tapi kamu kurang cerdik dalam menghitung balasan Allah.

kamu sangat berpura-pura. pujian kamu sebenarnya satu penghinaan. senyum kamu hakikatnya satu pendustaan. selagi saya tahu apa yang saya lakukan, selagi saya tahu di mana saya, saya tidak akan rebah! itu saya pasti dengan janji Allah. mungkin kamu akan tersenyum lebar apabila melihat air mata saya. mungkin kamu akan bergelak puas dengan tangisan saya. tapi selagi termampu, perkara itu tidak akan berlaku. kecuali dengan ketentuan Allah.

selama ini kamu merasakan kamu boleh berbuat sesuka hati. memandang insan di bawah kamu sebagai yang hina dan bisa diperlekeh? kamu silap besar. kamu tergelincir dari perhitungan kamu. kamu menganggap orang di bawah kamu sebagai lantai untuk kamu pijak dan kotori? maaf.

saya menyayangi kamu sebagai seorang kawan. sebagai sahabat seagama. seakidah. sebagai teman yang sama-sama memegang gelaran kaum Hawa. sebagai rakan yang bisa bergelak ketawa dan sedih bersama. menghormati kamu sebagai seorang yang tegas pendirian. tapi saya benar-benar silap. kamu bukan begitu. kalau sekali dua mungkin masih boleh diubati. tapi andai luka itu berkali-kali mencengkam pada parut yang sama, parah. parah untuk diubati.

biarlah orang menilai saya sabagai keras hati atau keras kepala atau apa sahaja. memaafkan mungkin sudah tetapi melupakan mungkin payah. kepercayaan yang hilang tidak ada galang ganti. dan saya tidak mahu terus menjadi PLASTIK dan berpura-pura. saya masih boleh terus hidup walaupun tanpa kamu. selagi Allah bersama.

wallahua'lam.

p/s : mungkin saya tidak mampu menjadi KRISTAL, tapi saya lagi tidak mampu menjadi PLASTIK.

6 comments:

syabab islam said...

hmmm.. pasal dia tu ke ni?

scha said...

uh??
xdalah..bukan2...
xda kaitan antara ngn hidup atau y telah tiada..hehe

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
syabab islam said...

yeke? jujur... hmm..
btol la kn?

scha said...

lorh...bca btol2..kn ada ayat 'yg same2 mmgang glaran kaum hawa' 2..
huuhuu..mst tak bca abes ni...ki3

syabab islam said...

ye bace.. tp mane tau itu hanya kiasan semata-mata..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tabung kereta :)

Daisypath Happy Birthday tickers