tabung kereta :)

Friday, February 11, 2011

kerana saya punya Allah dan mereka

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. syukur dirafa'kan ke Hadrat Allah S.W.T kerana masih diberi kesempatan untuk terus bernafas dan beribadah hanya kepadaNya. Subhanallah. segala puji bagi Allah atas segala nikmat dan barakah. Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW di bulan kelahiran baginda yang penuh kemuliaan ini.

sudah agak lama kiranya tidak menjengah ke laman istimewa saya ini. entah apa hal dunia yang menyibukkan diri. tiga empat hari lepas, hari-hari saya dirantai kekeliruan untuk membuat keputusan yang penting dalam hidup saya. serba-salah untuk memilih dan membuat keputusan. namun, Alhamdulillah...selepas ditolak, ditambah, dicongak dan ditimbal balik segala nasihat, kritikan dan pandangan dari insan-insan penting dalam hidup saya, saya mampu merungkai persoalan dan kekeliruan itu. =)

kenapa? kerana saya punya Allah, mereka dan awak.

Allah sentiasa ada untuk kita walau dimana dan apa jua keadaan kita sekalipun. seringkali kita meninggalkan Dia, tambahan lagi apabila kita dalam kesenangan. kita pergi dariNya, semakin jauh dan jauh. namun Dia tidak pernah dan tidak akan pernah meninggalkan kita meskipun sesaat. sesungguhnya, ku serahkan kepadaMu segala keputusan yang dibuat. kerana saya yakin, Dia telah merancang yang terbaik untuk hambaNya. ameen~

buat umi, ayah dan keluarga. terima kasih yang tidak terhingga atas segala semangat dan kasih sayang. betapa beratnya untuk membuat keputusan ini, namun kalian ringankan dengan kata-kata perangsang yang tidak pernah lekang. terima kasih atas segala doa kalian. terima kasih atas kasih yang tidak pernah bertepi walau berjauhan di mata. untuk segalanya, ku hargai.

juga buat sahabat-sahabat yang tidak pernah jauh. yang sanggup mempertahankan saya dalam apa jua keadaan. yang bersama saya. bergelak ketawa dan menangis bersama. yang berkongsi cerita dan segalanya. terima kasih kerana bersama-sama dalam jalan perjuangan ini.

dan buat yang sentiasa senyum, terima kasih kerana sangat memahami minat dan kemahuan saya. terima kasih atas segala perhatian dan tidak pernah mengabaikan saya. kerana memahami prinsip saya dan menghormatinya, untuk kata-kata yang menyenangkan dan kelakuan yang membahagiakan. dan terima kasih untuk nasihat dan ingatan meskipun saya tahu sukar untuk meluahkannya. terima kasih memberi kesempatan untuk saya 'terbang' dan menyentuh awan.



dan andai saya terbang terlalu tinggi, tariklah saya untuk turun ke tanah semula. supaya kita boleh berjalan seiring memijak tanah kerana saya takut untuk terbang seorang diri di atas sana.


dan ungkapan TERIMA KASIH ini masih terlalu kecil untuk saya berikan kepada insan-insan yang penting dalam hidup saya. yang memimpin saya ketika saya terjatuh, yang bangunkan saya dari lena yang panjang dan yang sedarkan saya dari igau yang tidak akan pernah berkesudahan.

p/s::jgn takut untuk kehilangan seseorang, kerana semakin kita takut untuk kehilangan seseorang itu, dia akan semakin jauh dengan kita. Tapi, takutlah untuk kehilangan cinta dan redha Allah, kerana semakin kita takut untuk kehilangannya, kita akan semakin dekat denganNYA....

wallahu'alam.

3 comments:

Repertoire said...

suka yg part 'p/s' tu.. :P
good luck

bukan. sesiapa said...

hehehe....suka jgak~
tenkiu pkdo...malu la pkdo baca blog tak sberapa nh...ki3

Repertoire said...

malu bakpo? ok la ni dr blog org2 lain tu..
be wise not waste

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tabung kereta :)

Daisypath Happy Birthday tickers