tabung kereta :)

Monday, October 15, 2012

Lima tahun dengan braces

Assalamualaikum.

sekarang ni orang cakap pakai braces sudah jadi trend. mungkin ya jugak :) tapi saya pakai braces dulu bukan sebab trend atau fesyen, tapi lebih kepada menjaga kesihatan gigi. saya mula pakai braces pada bulan Ogos 2007. macam macam suka duka bila pakai braces ni. dua bulan pertama memang sangat tidak selesa, even nak bercakap pun rasa segan dan agak susah. HAIH


Tapi bila dah lama lama, jadi semakin selesa dan confident. tapi penjagaan gigi masa pakai braces ni agat leceh jugak la. sebab selalu kena godok gigi setiap kali lepas makan. kena gosok gigi sebab sisa makanan yang ada dekat braces tu akan membuatkan kita tak selesa dan akan bagi masalah kepada kesihatan gigi dan mulut :)


 braces dah jadi sebahagian dari hidup saya .5 tahun. bukan sekejap :)



lepas 5 tahun saya pakai braces, braces sudah jadi sebahagian hidup saya. orang kenal saya dengan braces. bila buat oppointment dengan doktor April 2012 dan doktor bagi tarikh untuk datang buka braces, saya rasa sayang pula nak buka braces ni. dah seronok pakai. yelah. 5 tahun dia ada dengan kita :')


tapi sampai bila nak terus pakai braces ni kan, lama lama kena buka juga. lepas dah tak pakai braces ni, rasa tak reti pulak nak senyum. mungkin sebab dah lama senyum dengan besi dekat gigi. rindu dekat braces =_=*



 tanpa braces tersayang sayang  =_=!


terima kasih sudi baca.
Wassalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tabung kereta :)

Daisypath Happy Birthday tickers