tabung kereta :)

Wednesday, August 19, 2009

Piala Ramadhan

assalamualaikum..

beberapa hari sahaja lagi, tirai Syaaban bakal dilabuhkan. Sayu meninggalkan bulan penuh kenikmatan. namun bahagia bakal menyambut bulan penuh kemuliaan dan keberkatan. Ya Ramadhan.

sebagaimana seorang pejuang persiapkan diri ke medan perang, sebagaimana seorang ibu persiapkan anak untuk hari pertama persekolahan, dan sebagaimana kita persiapkan diri untuk ke dewan peperiksaan, seperti itulah persiapan perlu diperkemas untuk menyambut Ramadhan Mubarak ini.

langkahan ke bulan penuh kemuliaan ini bukanlah satu jejak semata. tapi harus disusun dengan perancangan dan persiapan untuk ke lapangan bulan istimewa ini. perlu persiapan rohani dan jasmani. justeru, wafa'kan setulus kesyukuran ke hadrat Ilahi atas kesempatan yang masih dibuka kepada kita untuk menjenguk lagi ke bulan Ramadhan kali ini.

masih dipanjangkan umur. dimurahkan rezeki. dikurniakan nikmat yang tidak putus-putus. nikmat kesihatan yang walafiat. nikmat akal. islam. iman. dan segalanya yang tiada tolok bandingnya.

bergembiralah untuk kedatangan bulan Ramadhan. Sesungguhnya Rasulullah senantiasa membawa khabar gembira kepada sahabat-sahabat baginda setiap kali datang bulan Ramadhan. pada bulan ini. Allah membuka semua pintu-pintu syurga dan menutup semua pintu neraka jahanam. justeru, berkejarlah untuk merebut Piala Ramadhan.

bertekadlah mengisi detik-detik Ramadhan dengan ketaatan.banyakkan taubat nasuha.

Sambutlah Ramadhan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Kepada Allah, dengan taubatan nasuha. Kepada Rasulullah SAW dengan melanjutkan risalah dakwah baginda dan menjalankan sunnah-sunnah baginda.

Kepada orang tua, isteri dan anak serta karib kerabat.... mempererat hubungan silaturrahim. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka.

jadikan Ramadhan yang hadir kali ini ibarat Ramadhan terakhir buat diri kita. Mungkin tiada lagi Ramadhan seterusnya untuk kita.
rebut Piala Ramadhan! selagi kita masih berpeluang.

InsyaALLAH.
Wallahu'alam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tabung kereta :)

Daisypath Happy Birthday tickers