tabung kereta :)

Monday, January 24, 2011

pemilik tulang rusukku

assalamualaikum w.b.t
selawat dan salam ke atas junjungan besar dan mulia, Nabi Muhammad SAW.
subhanallah.alhamdulillah.allahuakbar. syukur yang tidak pernah lekang di bibir dan tidak pernah hilang di dada kerana masih diberi nikmat pinjaman ini dari Yang Maha Mengasihi.

entah mengapa sahaja tiba-tiba sahaja saya mahu menulis tentang ini, 'pemilik tulang rusukku' atau dalam erti kata lain yang lebih mudah, jodohku.

jodoh itu rahsia ALLAH. itu yang pasti. =)
dan yang pasti juga terlalu banyak hikmah-hikmah yang besar di sebalik rahsia ALLAH itu. selalu juga terbit di benak fikiran 'siapalah jodoh aku...orang yang dekat kah, yang jauh kah...yang tidak pernah kenal kah...atau teman-teman sepermainan dari kecil'. berjuta andaian boleh kita buat. namun, hanya ALLAH yang Maha Mengetahui segalanya.

insan dalam hidup kita datang dan pergi. ada yang datang tanpa dipinta dan pergi tanpa diduga. ada yang hadir dirancang, namun hilangnya tanpa kesan. macam-macam. itulah dunia. andai tiada yang 'macam-macam' ini, bukan hiduplah namanya.

berbalik kepada tema utama entry ini, jodoh. sesiapa sahaja boleh menetapkan ciri-ciri pasangan impian mereka. mahu yang segak, beriman, pandai mengambil hati, memahami. mahu yang baik, berbudi bahasa, tidak pemarah. mahu yang pandai menjaga hati, tidak cerewet, kuat pegangan agama dan sedap dipandang. mahu yang begini, begitu dan segala macam ciri.

dan tidak terkecuali juga saya. *senyum. (jangan salah sangka, bukanlah demand, sekadar mahu mencari yang elok dimata, baik perlakuan, agar hati terjaga, hidup bahagia dunia akhirat, insyaALLAH)

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan sebaik-baik perkara yang disimpan oleh lelaki? Ia ...adalah isteri yang solehah...yakni, apabila suami melihatnya, dia menggembirakan suaminya, apabila suami menyuruhnya, dia taat, dan apabila suaminya tidak ada bersamanya, dia menjaga dirinya dan harta benda suaminya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

buat diri saya, semestinya saya mengharapkan jodoh saya itu punya pegangan agama yang kuat yang utamanya. yang mampu membimbing saya di jalan ALLAH dan memimpin saya menuju syurga hakiki. sesungguhnya saya insan yang masih terlalu memerlukan bimbingan dari seorang insan yang benar-benar memahami saya. yang dapat menerima seadanya saya dan menghargai saya semampunya dia.

tidak mengharap sesuatu yang berlebihan, cukuplah 'dia' punya impian seperti saya. yang mahu sebuah baitul muslim yang diredhai ALLAH. yang meletakkan kepercayaan kepada saya untuk mendidik zuriat kami dan menjaga maruahnya. yang sentiasa utuh menasihati saya apabila saya terleka, yang mampu mengingatkan saya apabila saya terlupa. dan yang sanggup membetulkan saya apabila saya tersalah. butir bicara yang menenangkan hati saya dan tingkahlaku yang membuat saya selesa bersamanya.

justeru. menyedari hakikat BUKAN MUDAH untuk peroleh itu semua, saya sedaya upaya akan menjaga diri, maruah, kehormatan dan malu ini kerana ALLAH. semoga yang terbaik buat saya dipandang mulia di sisi ALLAH. =)

tersangat mahu menjadi seorang isteri yang taat kepada suami, yang mencintainya hanya kerana ALLAH, yang menjaga kehormatannya, yang mampu menenangkannya di saat di resah, yang mampu menguatkannya di saat dia lemah, yang mampu menjaga makan minum dan pakainya, yang mendidik anak-anak menjadi soleh dan solehah, yang mampu membahagiakannya dunia dan akhirat. mahu setia di sisinya setiap detik dan waktu. yang mecurahkan sepenuh kasih dan sayang ini kepadanya.

mahu menjadi bidadarinya.
mahu menjadi sayap kirinya. hanya dia. dia. dia.




menunggu kekosongan ini terisi. pemberi inspirasi. yang mencintaiku kerana ALLAH.


wallahu'alam~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tabung kereta :)

Daisypath Happy Birthday tickers