tabung kereta :)

Monday, November 28, 2011

Hijrah

Assalamualaikum w.b.t.


rata-rata di muka buku terbaca tentang hijrah, penghijrahan, azam dan tekad baru teman-teman sempena melangkah ke tahun baru. mahu melangkah ke fasa yang lebih maju. juga mahu menutup lembaran buku dahulu. memang bukan senang, tapi azam itu perlu :)


sewaktu di alam persekolahan, setiap kali tahun baru pasti ada satu azam ini tersenarai dalam kepala. iaitu melangkah ke menara gading dan berjaya. kini, kaki sudah menjejaki menara gading, satu demi satu azam lain bertandang pula. bukan semua wajib dipenuhi tapi apa salahnya mencuba.


dulu sewaktu masih memegang gelaran kanak-kanak manja, sangat teringin untuk menjadi gadis matang dan dewasa. yang bebas membuat keputusan sebagai orang muda. namun terlupa akan tanggungjawab yang semakin bertambah seiring usia. bila fikirkan tanggungjawab dan amanah sebagai dewasa, mahu sahaja memanggil doraemon untuk memutarkan masa. kembali ke alam kanak-kanak yang bebas dari memikirkan masalah dunia. hanya tahu menangis bila bergaduh dengan rakan sebaya, dan hari-hari pula dipenuhi tawa, gurau dan senda. oh bahagia :D


terlalu banyak azam yang dipacak dalam diri.


azam. lebih menghargai insan di sekeliling. selalu sahaja mendengar pepatah 'kita hanya akan menghargai orang yang disayangi, apabila mereka sudah tiada'. kadang-kadang, sikap kita terlalu keras untuk dihidangkan kepada orang yang disayangi. kita sering terlupa untuk berbakti dan menghargai orang dicintai ketika mereka masih bernyawa di depan mata kita. kita terlalu leka mementingkan diri sendiri daripada menjaga hati dan perasaan mereka sewajarnya. harus muhasabah, hidup kita bukan menongkat langit :(


jika bercakap tentang azam dan tekad baru, beribu batu perjalanan belum tentu habis diberitahu. bukan kuantiti azam yang perlu, tetapi kualiti azam yang ditunaikan satu persatu. bukan sejauh mana kita mengira bilangan azam yang ditanam, tetapi sekuat mana kita untuk menegakkan azam daripada terbenam.


senja tadi umi sempat berpesan. apapun yang kita lakukan perlu ada wawasan. perlu punya tujuan. tindak tanduk tanpa tujuan umpama melepaskan tembakan tanpa sasaran. peluru entah ke mana, yang ditembak hilang merata. kata-kata yang akan sentiasa terpahat di jiwa. sebagai ingatan sampai hari tua :)


Hijrah memerlukan banyak pengorbanan.
jom Hijrah! :)

wassalam~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tabung kereta :)

Daisypath Happy Birthday tickers