tabung kereta :)

Saturday, August 8, 2009

usah diukur pada nama

assalamualaikum w.b.t.
subhanallah. alhamdulillah. allahuakbar.

sejujurnya, sudah lama kiranya hati ini memberontak dan meronta meminta diluahkan sesuatu. namun kepada siapa, bagaimana dan dimana. sesungguhnya kewujudan blog yang tidak seberapa ini bukanlah medan untuk saya meluahkan segala ketidakpuasan hati atau sebagai tapak demonstrasi terhadap sesuatu perkara. tetapi cukuplah sekadar satu hamparan ekspresi hati, perasaan, pandangan dan idea untuk sama-sama kita bermuhasabah.

usah diukur pada nama. kata orang, apa ada pada nama? adakah nama hanya satu kombinasi huruf-huruf dan dijadikan satu perkataan lalu memainkan peranan sebagai satu panggilan? entah.

Pengajian Sosial. Sains Sosial. ini juga satu nama. nama opsyen kami. yang menjadi masalah( kepada individu yang menjadikannya satu masalah) bukan pada perkataan PENGAJIAN. yang menjadi isu bukan pada perkataan SAINS. tapi pada SOSIAL!!

Subhanallah. sejak dari semester satu persediaan lagi kami dihujani dengan pelbagai tanggapan dan pandangan negatif. kerana? semata-mata nama kelas. SOSIAL. segala tingkahlaku dan tindak tanduk kami diukur hanya pada nama. adilkah begitu?

bagi saya? TOTALLY NOT! langsung tidak adil. itu penilaian tahap rendah. tahap yang paling tidak boleh diterima pakai. ya! kami akui, sebagai insan biasa yang tidak akan pernah terlepas dari melakukan khilaf dan dosa, kami juga sering melakukan perlakuan-perlakuan yang melanggari batas-batas norma kehidupan. tingkahlaku kami pasti ada sahaja yang tidak kena dimana-mana. pasti ada sahaja yang menjengkelkan. annoying.

mungkin bukan semua. mungkin seorang dua sahaja. tapi benarlah, kerana nila setitik habis susu sebelanga. pastinya setitik biru akan mengalahkan sebelanga putih. kerana nila, susu menjadi mangsa. tapi adilkah jika belanga juga turut terheret ke dalam masalah ini? begitulah diibaratkan.

perkataan sosial bahkan seolah-olah satu fenomena yang memaksa kami dikaitkan dengan pelbagai perkara negatif. dari segi pergaulan. pemakaian. percakapan dan pertuturan. disiplin. adab. keagamaan dan banyak lagi.

'perangai buruk, pelik..entah apa-apa..tapi tak hairanlah..kelas kajian sosial..nama pun sosial, perangai apa lagi...'
zzaassss!!! uish. bagai petir menyambar telinga saya bila mana mendengar ungkapan keramat itu!
tidak keterlaluan jika saya nyatakan disini bahawa itu satu penilaian yang zalim (minta maaf). cukup tidak berpuas hati dengan penilaian itu. saya meneliti perawakan individu itu. nampak alim dan baik-baik sahaja. hmm. mungkin dia tidak berpuas hati terhadap salah seorang dari kami.

ya! benarlah. kalau ya pun tidak berpuas hati terhadap salah seorang dari kami, adilkah kalau segala buruk dan pelik itu diletakkan ke atas kepala dan bahu kami untuk digalas?? wajarkah segala tanggapan negatif itu dihumban keatas semua daripada kami untuk dipikul?

seperti biasa, tepuk dada. tanya iman.
paling sinis, nama kelas kami yang disebut-sebut. KAJIAN SOSIAL. pedih. kecewa. amat ngilu.
pedih dengan penilaian itu. kecewa dengan sikap individu itu. dan ngilu dengan tanggapan serong ke atas nama opsyen kami. ahh!

beberapa persoalan disini. mengapa sebenarnya kami dipandang begitu? (bukan semua yang ada tanggapan begitu terhadap kami. hanya segelintir yang sangat sedikit tapi cukup untuk membuat kami pedih. ya!)
mengapa?

adakah kami dipandang SOSIAL hanya kerana subjek sejarah kami yang menyingkap peristiwa-peristiwa lampau dan penuh bermakna itu?
adakah kami dianggap SOSIAL hanya kerana subjek geografi kami yang mengkaji dan meneliti setiap ciptaan dan anugerah ALLAH swt di muka bumi ini?
adakah kami diberi penilaian SOSIAL hanya kerana subjek ekonomi dan pembinaan negara bangsa kami yang meninjau gelora politik dan pucuk kepimpinan negara?

saya ada jawapannya. mungkin juga anda.
mungkin kerana tingkahlaku. tindak tanduk. perangai. dan etika. mungkin segelintir ya. bukan semua. manusia pelbagai ragam dan perangai. tapi usahlah penilaian itu terlalu cetek. lebarkan sayap pemikiran kita sebelum meletakkan sesuatu tanggapan itu. luaskan skop pemikiran kita untuk memberi satu persepsi terhadap sesuatu.

mungkin sukar untuk mengubah penilaian pertama. tapi hendak seribu daya.

namun!
meskipun kami sering diasak dengan ini semua. tapi kami tidak pernah menyesal untuk berada di opsyen ini. malah, kami berbangga!
FAKTA!
sains sosial merupakan satu bidang pengajian yang paling tinggi dan luas skopnya berbanding bidang lain dalam sistem pendidikan sejak dari dahulu lagi. dan dengan ini, kami berbesar hati untuk menjadi salah seorang daripadanya!

'sometimes we need critics to build a higher pride!'

jangan diukur pada nama. tapi nilailah pada budi dan peribadi.
wallahua'alam.

*p/s: sorry, entry ni banyak tanda seru (!)..bukan marah tapi sekadar tanda. sama juga, Kajian Sosial, bukan sosial tapi sekadar NAMA!!

4 comments:

Anonymous said...

SOSIAL... hmm.. mmg bdk2 KS ni sosial skit dr bebudak lain.. nama lagi sosial.. huhu.. kadang-kadang kita kena tgk gak pada NAMA... hehe

syabab islam said...
This comment has been removed by a blog administrator.
cik manis said...

org slalu jdge KS sbgai bdak yg mmg sosial.
hakikatnya, tak semua.
sbb berapa kerat yg bermsalah, smua dh dijudge sdmikian rupa.
klau ikutkan, ada saje budak kos lain yg sosial, tpi, xde ape2 pn.
ini smua gara2 kmi bernamakan sosial, smua pn anggap kami mmg SOSIAL.
yg berckap begitu mmg mntality zero.
sekurang-kurangnya, kami wlupun sosial, logik juga krana mmg kbnykan tugasan kami memerlukan kami bersosial.


anonymous di atas ckap, kdg2 kite perlu melihat NAMA juga.
sy kasi cntoh ya,
Kalau budak PJ, smestinyakah mereka aktif sukan?
Kalau budak PIA semestikah mereka stok surau?
sy brani tnjuk msih lg ada budak PIA yg x smpurna solatnya, waima x melakukan solat.
sy bukan niat nk hentam pihak lain setelah kos dri sdri kna kritik, tpi nk mngajar org think out of box.

scha said...

btol3 cik manis..
scha stuju sangat..
kadang2 manusia ni terlalu cepat menilai pada luaran...

sebelum menilai dan kata sesuatu..
sepatutnya kita perlu letak dulu diri kita pada tempat orang yg kita nak kata tu..
apa yg akan kita rasa...

seperti yg scha cakap..ada...tapi bukan semua...
mustahil lah kalau bdak2 kajian sosial ni alim2 blaka..
jauh sekali untuk semua tu..
tapi selagi islam dijulang, dipegang..kami masih tahu dosa pahala..
wallahu'alam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tabung kereta :)

Daisypath Happy Birthday tickers