tabung kereta :)

Sunday, September 4, 2011

Kamulah Hujan, dan Kamu Jua Pelanginya.


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Syawal :)


Kehidupan ini sentiasa dihujani ujian dan dugaan. Saat kita lemah, pasti sangat memerlukan seseorang yang sentiasa menenangkan jiwa dan sanubari selain berdoa dan merintih kepada Allah S.W.T.

Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup saya dan membahagiakan hari-hari yang dilalui. Terima kasih kerana sanggup mempertaruhkan kesabaran untuk segala macam karenah saya. Kamu meleraikan dengan hemah saat amarah saya yang tidak mengenal tuan memuncak. Kamu merungkai penuh tabah saat emosi saya menjulang megah ke langit.



you step in. please never step out


Kata-kata kamu amat mendamaikan saat hati berkocak gundah diuji duri duniawi. Segala nasihat dan teguran kamu utuh menjadi benteng laluan perjalanan saya. Senyuman kamu menjadi penawar segala duka dan perih yang dihimpit hina.

Terima kasih kerana sudi hadir dalam hari-hari saya. Saya berterima kasih kepada pengalaman kerana pengalaman inilah banyak memberi saya keindahan dalam sebuah ukhwah yang amat disayangi. Yang mampu hanya doa kepada Ya Rabb semoga ‘kamu’ yang hadir ini sentiasa hadir walau di mana sahaja saya berada :)


pull the ring into the glass. as you pull me to the right path


Jangan pernah berhenti bersabar untuk membimbing dan menasihati saya. Saya amat perlukannya :’)

Jangan juga melangkah pergi dari lingkungan hidup saya walau sekejap, sebab : Kamulah Hujan, dan Kamu Jua Pelanginya :)


you give me smile and tears :')




Keindahan bunga pada mekarnya.

Keindahan kata pada puitisnya.

Keindahan langit pada pelanginya.

Keindahan manusia pada hatinya.

dan keindahan hidup ini pada redhaNya.


Wassalam :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tabung kereta :)

Daisypath Happy Birthday tickers