tabung kereta :)

Tuesday, July 21, 2009

Israk dan Mikraj. Satu Penganugerahan.

Assalamualaikum w.b.t

Subhanallah.Alhamdulillah.Allahuakbar
Syukur atas segala nikmat dari Allah SWT.
nikmat kesihatan.nikmat iman. nikmat islam.
nikmat ihsan. dan segala-galanya..

Pada Isnin 20hb Julai, IPGM KTB telah
melancarkan satu perasmian Peristiwa Israk dan Mikraj.
Banyak program yang telah dirancang dan dilaksanakan
buat guru-guru pelatih sempena peristiwa ini..

Pejam celik. Pejam celik.
Tanpa disedari..

Bulan Rejab hampir melabuhkan tirainya.
Selepas ini bulan istimewa Syaaban.
Maka makin terasa dekatnya pertemuan dengan
bulan mulia lagi penuh rahmat...
iaitu Ramadhan Al-Mubarak.

Di penghujung Rejab yang mulia ini,
kita terpanggil untuk merenung sejenak peristiwa
yang besar dan bermakna bagi seluruh umat.

Peristiwa yang dimaksudkan itu ialah peristiwa
Israk dan Mikraj yang menakjubkan, yang berlaku
pada malam 27 Rejab, tahun ke 11 kerasulan Nabi
Muhammad SAW.

Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa besar dan luar
biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW yang
dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi
nilainya dari segi kerohanian.



Apa itu ISRAK dan MIKRAJ?

ayuh bersama kita rapatkan lagi diri kita dengan
peristiwa istimewa ini..~

ISRAK ialah perjalanan Nabi SAW dari Masjidilharam
di Mekah Ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin.

MIKRAJ pula merujuk kepada perjalanan baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ke tujuh, dekat singgahsana ALLAH SWT.

Salah satu inti penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj
ialah perintah solat yang diterima Nabi SAW di Sidratulmuntaha.

Peristiwa ini juga membuktikan kecintaan Nabi SAW
yang begitu mendalam terhadap umat baginda.

Baginda sanggup menerima saranan Nabi Musa AS
supaya baginda berjumpa dan meminta Allah SWT
mengurangkan waktu solat dari 50 waktu sehari semalam.

Permohonan itu berulang sampai 9 kali hinggalah ALLAH SWT
mengabulkannya dengan mengurangi waktu solat menjadi
hanya 5 kali sehari semalam.

sehingga begitu sekali kecintaan Rasulullah terhadap
kita umatnya..
Bersamalah kita hayati pengorbanan Rasulullah kepada
umatnya..

Semoga penghayatan peristiwa ini dapat terus menusuk
ke jiwa kita dan sama-sama kita mengagumi keagungan
dan kekuasaan Allah SWT yang tiada tolok bandingnya.

Wallahualam.

'..sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan..'

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tabung kereta :)

Daisypath Happy Birthday tickers