tabung kereta :)

Friday, July 24, 2009

Jangan Ada KERANA

Assalamualaikum.

Jangan pernah ada sebab untuk menyukai
dan menyayangi seseorang.
YA!
Jangan pernah.

Saya belajar ini dari seseorang. Sesuatu yang bagi saya
cukup penting.cukup perlu.dan cukup munasabah.
apa erti hidup ini tanpa menyayangi dan disayangi.

ibu.ayah.adik beradik.kawan.sahabat.teman.
dan ramai lagi.

tapi pernahkah kita terfikir kenapa kita sayangkan orang
yang kita sayang? adakah sayang kita bersebab?
adakah suka kita beralasan?

sayang kerana harta?
cinta kerana rupa?
suka kerana pangkat?
kasih kerana darjat?

diam. fikir. faham. dan tanya hati. tanya iman.

seharusnya..sayang dan kasih kita tidak perlu sebab.
sayanglah orang kita sayang seadanya mereka.
sayanglah ibu dan ayah kerana mereka adalah ibu
dan ayah kita.

Benar. mereka sangat berjasa kepada kita.
sanggup berkorban apa sahaja untuk kita.
Namun. andai mereka tidak berjasa kepada kita
dalam hayat ini, masih adakah sayang kita untuk
mereka?

fikirkan.
kalau jawapannya ya.
anda sayang mereka tanpa sebab.
dan saya pasti, cinta dan sayang ibubapa terhadap
anak-anak juga tanpa sebab.

sebab tidak pernah wujud dalam meletakkan kasih
sayang terhadap sesuatu dan seseorang.

'jika kita sayang seseorang kerana keindahan rupa, dan
rupa itu boleh hilang dan pudar pada bila-bila masa, jadi
dimana sayang kita?
turut hilang dan pudar seperti kaburnya keindahan itu?'

atau hanya tenggelam timbul.
sekejap sayang sekejap tidak.
atau turun naik?
sekejap sayang banyak. dan kadang-kadang
berkurang ikut mood? hmmm...


kasih kerana pangkat dan darjat.
bila mana pangkat dan darjat itu tiada.
kasih itu masih wujud kah di hati dan sanubari kita?

cinta kerana harta.
sememangnya anda buta dengan dusta dunia.
harta tiada. cinta entah ke mana.

itulah kasih, sayang, suka dan cinta apabila bersebab.
hilang sebab. hilanglah sayang. pudarlah kasih.
kaburlah suka. tenggelamlah cinta.

kasih sayang cinta dan suka tidak perlu sebab dan alasan.
tidak perlu ada mengapa dan kerana.
tidak perlu cipta persoalan mengapa kita menyayangi seseorang.

sayangilah seseorang kerana dia seadanya.
hargai kelebihannya. cintai kelemahannya.
manusia tiada yang sempurna. jauh lagi maksum.


ayuh!
buang segala alasan untuk sayang kita!
campak segala sebab untuk kasih kita!
untuk ibu ayah, adik beradik, kawan, teman, sahabat
dan semua orang yang kita sayang.
jangan ada KERANA.

cinta yang sejati hanya cintakan Ilahi.
cinta ayah bonda tulus suci selamanya.
cintakan saudara masa berada hanya sementara.
cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tabung kereta :)

Daisypath Happy Birthday tickers