tabung kereta :)

Saturday, July 25, 2009

Baru Kutahu..

Salamullahi'alaik.
Puji dan syukur kepada Allah SWT kerana masih memberi aku nikmat untuk masih bernafas di bumi yang fana ini.

'cikgu mai..cikgu mai..' itu ungkapan pertama dari 'murid-murid'ku sebaik sahaja saya, iza dan fairuz melangkah masuk ke kelas surau petang tadi. Hati disentap satu perasaan. Perasaan yang bercampur baur. Terharu, bangga, gementar dan macam-macam lagi.

CIKGU.
dulu panggilan ini saya ucapkan untuk guru-guru yang berbakti mencurahkan ilmu kepada saya. Tapi sekarang, panggilan itu telah dan akan menjadi panggilan yang cukup sebati dan dekat dengan diri saya sendiri. Panggilan yang cukup gah di mata seseorang yang tahu menilai erti satu penghargaan dan pengorbanan.

Hari ini saya sungguh teruja untuk menjalin peranan sebagai 'cikgu tuisyen' anak-anak bangsa di Mengkuang Titi..: ) Walaupun masih gersang pengalaman, namun saya sedaya upaya cuba untuk yakinkan diri sendiri bahawa saya mampu!

Perkara yang paling sukar pada pengalaman pertama ini ialah mengawal kelas. Teringat saya kata-kata seorang pensyarah ketika sesi kuliah semester lepas. 'guru yang berjaya sebenarnya guru yang berjaya mengawal kelas dengan baik'. Betapa susahnya untuk bergelar seorang guru. Baru kutahu.


Ini baru sahaja satu kelas. lebih kurang 20 orang murid. dan hanya menyelia mereka menyiapkan kerja sekolah. bukan lagi mengajar subjek-subjek tertentu. bukan lagi mengajar subjek yang kita tidak kuasai (meskipun hakikatnya cikgu perlu serba tahu). belum lagi menjaga beberapa buah kelas. belum lagi menyediakan alat bantu mengajar, menarik perhatian murid dengan cara-cara tertentu dan sebagainya. Baru kutahu.


Meskipun saya pernah berpengalaman menjadi seorang guru muda dalam satu projek di sekolah dulu, namun pengalaman dan keadaannya bagai langit dan bumi. jauh berbeza. tiada panggilan cikgu. tiada persolan-persoalan yang mampu mencabar minda saya sebagai seorang bakal pendidik. Wah! Sungguh berbeza. Baru kutahu.

Teringat lagi saya kata Cikgu Hassan, guru disiplin sekolah rendah dulu. 'Cikgu akan mudah ingat murid yang terlalu aktif dan terlalu pasif di dalam kelas'. Walaupun hanya 2 jam saya bersama murid-murid ini tadi, saya harus akui kebenarannya. Baru kutahu.

Atiff Aufa dan Amirul. Cikgu ingat nama kamu ya! huhu..: )
Seorang yang teramat nakal dan seorang teramat pendiam. Atiff, tanpa ditanya sudah melontarkan macam-macam jawapan apalagi persoalan untuk dijawab oleh cikgu.ish3..
Amirul, jawab bila ditanya. selebihnya, seluruh tumpuan pada buku di atas meja. Mungkin pasif dari tingkahlaku tapi advance IQ nya. Baru kutahu.


Pembesaran kanak-kanak seiring dengan pelbagai persoalan di benak fikirannya. Macam-macam mereka fikir. macam-macam mereka nak tahu. dan macam-macam juga lah soalan yang ditanya untuk Cikgu ini. sungguh jujur. Baru kutahu.

'cikgu dah kahwin ke belum?' 'umur cikgu berapa?' cikgu dah ada pakwe?' 'cikgu asal mana?' 'cikgu suka makan apa?' 'baju ni cikgu buat sendiri?cantik...' 'cikgu...cikgu....cikgu dan cikgu...
tidak betah melayan kanak-kanak ini..: ) seronok sebenarnya bersembang dengan mereka. mereka jujur dalam segala hal. tulus dalam mencari dan mengutarakan jawapan. Baru kutahu.

Bila ditanya nama, saya hanya menggelarkan diri sebagai Cikgu Sha. Wah! Seakan mimpi~ :)
CIKGU bukan sekadar panggilan. tetapi hadir bersama tanggungjawab yang sungguh besar. amanah yang sangat berat. GURU bukan sekadar ungkapan. tetapi dijalin erat bersama pengorbanan, bakti dan kesabaran yang tiada tara. Baru kutahu.

Benarlah. bila kita sendiri yang berada ditempat itu barulah kita merasai keadaan sebenar sesuatu itu. baru kita menyedari senang, susah, payah dan jerih individu-individu yang melaluinya. Kini, saya lebih jelas tentang makna sebenar kerjaya seorang GURU. lebih jelas tentang matlamat dan tujuan hakiki saya disini. Baru kutahu.


Buat bakal anak didikku, tunggu CIKGU! : )
dan buat..
atiff, amirul, anas, faiz, shauqi, arsyad, mohammad, farhana, siti, batrisya, ain, aisyah, dan semua (cikgu tak ingat nama la...sorry ek : )
terima kasih kerana menjadi murid cikgu yang pertama ya!
Kalian mengajar cikgu erti satu PENGHARGAAN dan KEJUJURAN. Baru kutahu.

Cikgu sayang kamu!

scha : terharu bila mendengar ini.
'kami nak cikgu datang lagi minggu depan..'

2 comments:

cik manis said...

hoyeahhh dh bleh cmmnt :D

klau kite x jdi ckgu,
smpai bile2 pun kite x tau beban jd cikgu kan?
gd luck k, pnjang lagi prjlanan kite nk mmbntuk jd ckgu :)

scha schuk said...

haah..btol tu cik manis sayang..
baru tahu betapa susahnya nak jadi cikgu..kan?
buat cikgu manis..gud luck jgak..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tabung kereta :)

Daisypath Happy Birthday tickers