tabung kereta :)

Saturday, July 18, 2009

Benarkah Sistem Pendidikan di Malaysia Telah Disekularkan?





Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..w.b.t

Subhanallah..

Topik ini terlalu kritikal untuk saya utarakan
sebagai entry kali ini..
sebagai seorang individu yang masih terlalu
naif dalam membicarakan soal agama dan pendidikan
ini..
lebih elok andai kiranya saya membawa
pembaca di permukaan topik sahaja..

masih terlalu jauh juga untuk saya
mendalami ilmu pengetahuan sebegini...

Namun,
sebagai seorang bakal guru..
insyaALLAH yang akan turut berkecimpung
dalam bidang pendidikan,
saya turut terpanggil untuk memanipulasi
persoalan ini..

Apakah itu sekularisme?

sekularisme merupakan satu fahaman yang
memisahkan antara agama Islam dan kehidupan
seharian.

itu definisi secara amnya la..
secara mendalam lagi,
sila rujuk individu yang lebih expert..
hehe..: )

satu lagi persoalan yang saya akan manipulasikan.

Di manakah letaknya unsur-unsur Islam dalam perancangan kurikulum?

Untuk menjawab soalan ini, kedua-dua Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) perlulah diamati dan
dikupas dengan sedalam-dalamnya.

Walaupun Malaysia mengamalkan pendidikan moden tetapi ini
tidaklah bererti bahawa kita mempertahankan pendidikan sekular
yang menolak sama sekali unsur-unsur keagamaan dan ketuhanan.

Perancang pendidikan, khasnya perancang kurikulum di Malaysia
sedar betapa buruknya tradisi Barat yang menjadi asas kepada
pendidikan sekular, iaitu seperti yang termaktub dalam kata-kata
“give unto Caesar what is Caesar’s, and give unto
God what is God’s.

FPN menekankan faktor pembinaan insan yang sempurna yang
bertentangan dengan apa yang berlaku di Barat di mana mereka
banyak menghasilkan “educated barbarian”.

Pendidikan yang mampu menghasilkan orang yang
terdidik dan kaya tetapi jiwanya gersang dan ketandusan
unsur-unsur kerohanian akan menyebabkan masyarakat
yang sakit menjadi bertambah tenat.

Kita tentu tidak mahu melihat rakyat Malaysia yang
hidup di atas pegangan “membujur lalu melintang patah”.
Berdasarkan keterangan di atas, didapati FPN secara lantang
menolak konsep pemisahan di antara pendidikan dengan agama.

Tetapi, sejauh manakah konsep ini telah direalisasikan
di dalam sistem pendidikan negara kita?

Dan adakah konsep ini telah difahami, dihadam dan
dipraktikkan oleh semua rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam?

Ada yang berpendapat bahawa sebenarnya sistem
pendidikan kita telahpun disekularkan dari awal-awal lagi.

Jika kita halusi perjalanan pendidikan yang kita lalui selama
ini memang jauh berbeza dengan sistem pendidikan yang
diterima oleh cendekiawan Islam yang terdahulu seperti
al-Farabi, al-Kindi, Ibn Sina dan Ibn Khaldun.

Dari kecil kita di ajar membaca, menulis, mengira dan menyanyi.
Kemudian kita diajar dengan pelbagai matapelajaran dan
diwajibkan untuk menduduki peperiksaan.

dan saya pasti pengalaman kita sama bukan?: )



Keputusan peperiksaan diibaratkan seperti penentu masa
depan sehingga ramai yang belajar secara berorientasikan
peperiksaan. Tamat sahaja peperiksaan, hilanglah segala ilmu yang ada.

Seterusnya pengajian diteruskan ke peringkat yang
lebih tinggi di institut pengajian tinggi.

Sebagai siswazah, kita diminta membuat
pilihan untuk mendalami ilmu di dalam satu bidang sahaja.
Sebagai contoh untuk menguasai bidang Biologi.

Setelah menamatkan pengajian, didapati graduan
tersebut hanya mengenali dunia Biologi, itupun
terbatas kepada subtopik tertentu sahaja.
Tanpa disedari, akhirnya kita sendiri dapat melihat
bagaimana pemisahan yang berlaku antara pendidikan
dengan agama di dalam sistem pendidikan yang masih
kita amalkan sehingga ke hari ini.

Hal ini jauh berbeza dengan sistem pendidikan
yang dilalui oleh cendekiawan Islam masa lalu.
Dari kecil mereka dilatih untuk menghafaz al-Quran
dan mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar.

Dengan berbekalkan hati yang bersih dan keberkatan
dari Allah SWT, mereka meneruskan perjuangan
dalam menuntut ilmu sehingga menjadikan mereka
pakar di dalam pelbagai bidang.

Sikap mereka yang tidak memisahkan antara
pendidikan dengan agama dan ketuhanan telah
membentuk mereka menjadi teknokrat Islam yang ternama.





Mereka bersedia menjadi sumber rujukan
masyarakat apabila wujudnya masalah dalam masyarakat.

Apabila wujudnya isu pengklonan manusia,
ramai tokoh-tokoh ulama dan pemikir memberikan pendapat
dan hujah. Kita juga ingin mendengar hujah-hujah dan idea
dari golongan teknokrat Islam.

Sejarah Islam dahulu boleh dibanggakan dengan
lahirnya teknokrat Islam seperti Ibnu Sina.
Dia bukan sahaja mahir dalam bidang agama
tetapi juga merupakan bapa kedoktoran Islam pada masa itu.
Buku-buku perubatannya menjadi rujukan dinegara-negara barat.

Imam Abu Hanifah yang warak juga merupakan tokoh perniagaan
yang handal dan jujur.

Al-Khawarizmi pula merupakan tokoh dalam
bidang matematik (Utusan Malaysia 27 Jun 1997).

Namun, itu semua faktor sejarah yang lalu dan pada masa
ini amat sukar untuk mencari seorang teknokrat Islam seperti mereka!

Wallahualam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tabung kereta :)

Daisypath Happy Birthday tickers